Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa.
Kali ni berkaitan benda yang dah bermain difikiran sejak 
sekian lama. Dah kongsi di fb pada Sabtu lepas. Kali ni nak simpan 
artikel pendek kat sini pulak. Untuk dibaca pada masa depan.. 
Ada orang pernah kata....
Tadika agama, sek rendah & men agama, universiti pun agama, bergaul pun dengan orang ikut usrah je. Bila masa nak campur dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama?
Pernah terfikir tak?
Aha!
Hari tiba2 dapat satu jawapan.
Sebenarnya sesiapa yang berada di dalam sistem pendidikan agama ni adalah satu kelebihan yang menguntungkan.
Sebab ? Tempat2 seperti UIA atau sekolah Musleh, atau juga 
NGO seperti ikram boleh saya panggil sebagai lubuk a.k.a. pangkalan yang
 sangat sangat sangat penting. Sebab daripada manusia2 yang belajar 
agama ini, dalam masa yang sama akan  keluar dan melakukan kegiatan 
bercampur dengan masyarakat. Sampaikan serta kongsikan ilmu-ilmu Allah 
daripada Quran dan Hadis. Inilah masa untuk praktikal. Kawan-kawan 
lubuk/pangkalan inilah akan sama2 membantu dan menyokong anda. 
(Disamping pertolongan daripada allah yang tidak kita sedari).
TAPI... Ada pengecualiannya juga. Orang yang macam bawah ni
 la kadang merosakkan imej orang belajar tempat pendidikan agama. Sebab 
orang ramai telah memandang serong bahawa orang yang belajar agama hanya
 bergaul dengan kelompok sendiri. 
Rugilah orang yang hanya duduk saja (belajar, makan, tido, 
enjoy, exam saja) dan tidak berbuat apa-apa yang lain kalau anda berada 
dalam sistem pendidikan agama. Dengan kata lain ibarat 'katak bawah 
tempurung' atau 'mengurung diri dalam gua'. 
Bukan mudah nak cari orang yang tulus hati ingin 
bersama-sama membantu menjadi penggerak sesuatu. Tapi insyallah mudah 
sekiranya kita ambil tenaga penggerak daripada orang yang berada dalam 
sistem pendidikan agama tersebut.
Satu lagi, walau apa pun cita-cita kita (terutamanya kalau 
ada nak bagi nasihat kepada remaja2 yang nak cari arah tuju 
hidup/pelajaran), agama itu penting. Ilmu juga penting. Belajar sikit2 
dan berterusan itu wajib terutamanya ilmu agama. 
Sebab apa sampai taraf wajib tu? Haha ok..baca ni:
>>>Dalam apa juga pekerjaan kita, tak kira la kerja apa sekalipun (walaupun cikgu ganti, cikgu sandaran, cleaner, pemandu lori, pelajar, pembantu rumah, tukg ajar ngaji atau apa2 amanah kuasa/jawatan yang kita pegang), semuanya perlu ada AGAMA ( Ingat.. Agama ni bukan hanya solat 5 waktu..baca quran..dan puasa ramadan saja..).
>> Sebab nak buat kerja mesti AMANAH (melaksanakan kerja dengan bersungguh2), ADIL, (meletakkan sesuatu pada tempatnya), IKHLAS (kerja kerana allah). Adab dalam bergaul dengan rakan sekerja mestilah mengikut panduan Allah (Quran& Hadis),..tidak mengumpat, memberi nasihat ke arah kebaikan, cegah mungkar, dan banyak lagi lah..
>>>Dalam apa juga pekerjaan kita, tak kira la kerja apa sekalipun (walaupun cikgu ganti, cikgu sandaran, cleaner, pemandu lori, pelajar, pembantu rumah, tukg ajar ngaji atau apa2 amanah kuasa/jawatan yang kita pegang), semuanya perlu ada AGAMA ( Ingat.. Agama ni bukan hanya solat 5 waktu..baca quran..dan puasa ramadan saja..).
>> Sebab nak buat kerja mesti AMANAH (melaksanakan kerja dengan bersungguh2), ADIL, (meletakkan sesuatu pada tempatnya), IKHLAS (kerja kerana allah). Adab dalam bergaul dengan rakan sekerja mestilah mengikut panduan Allah (Quran& Hadis),..tidak mengumpat, memberi nasihat ke arah kebaikan, cegah mungkar, dan banyak lagi lah..
>> wajib tu juga sebabnya.. kalau tak dak ilmu, macam
 mana nak beramal...?   Contoh nak tutup aurat ikut cara allah suruh, 
tapi tak belajar detail.. hanya ikut2. Macam mana nak tahu bahagian apa 
nak tutup, macam mana nak tutup dengan betul, bila kena tutup, dan lain2
 lagi. Ye dok?
 
Tambah 1 lg contoh utk yg nak beramal tapi tak dak ilmu --> 
Disebabkan si A ni terlalu alim (tapi tak dak ilmu), dia nak tambah la 
rakaat solat subuh daripada 2 menjadi 10. Amacam? (Jadi macam ajaran 
sesat je pulok kan..hihi)
--analogi--
Terima ilmu agama = 'MAKAN'
Bercampur dengan masyarakat = 'EXERCISE'
Bercampur dengan masyarakat = 'EXERCISE'
Jadi, kalau kerja 'makan' saja banyak, tapi tak 'exercise' 
bertahun2, cuba imagine badan orang tu jadi apa? Imagine orang yg obese 
tahap kritikal.. lama2 boleh kena penyakit kan..? Tapi kalau orang yang 
'exercise' ja banyak, tapi makan sikit atau makan makanan yang tidak 
sihat, maka....tunggu la jatuh sakit kan..  jadi sebabtu la pentingnya 
keseimbangan dan kesederhanaan...
Disclaimer : Bukan nak kata orang yang tidak terlibat 
dengan sistem pendidikan agama adalah tak bagus daripada segi agama. 
Tapi kalau orang yang jadi hebat agama tanpa melalui sistem pendidikan 
agama yang formal, maka anda memang luar biasa bagus. Belajar agama 
sebenarnya banyak cara/teknik dan tidak bertakluk dengan pendidikan 
formal saja ok. Tabik! 
Zai jian~ Jaane~
 
Comments