Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa..
Resepi ini diambil daripada blog hayatunalillahi ini. Cream puff ni sedap. Saiz jangan buat kecik sangat sebab nanti tak syok makan. Besar sangat pun jangan sebab nanti tak best inti meleleh leleh. So kalau saiz sedang-sedang, amaun dia lebih kurang satu sudu besar .
Filling pulak memang sedap kuah kastard. Filling cream tak best. Kalau beli mahal juga. Jadi baik buat sendiri kalau dah teringin sangat kan. hihi..
Bahan-bahan roti
250g air kosong
100g buttercup/minyak sapi
125g tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam
Cara membuatnya
1) Masukkan air kosong dan buttercup ke dalam kuali, nyalakan api. Gaul hingga mendidih (tetapi jangan sampai tersejat airnya)
2) Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, kemudian tutup api.
3) Biarkan hingga adunan sejuk.
4) Pukul telur hingga sedikit kembang. Masukkan ke dalam adunan yang telah sejuk. Gaulkan hingga rata. (Pastikan telur tidak sejuk dan tepung yang dimasak tadi betul-betul tak panas dah).
5) Bentukkan kecil-kecil, susun dalam loyang pembakar yang telah digris. Saiznya akan menaik sehingga 2 kali ganda dari saiz asal apabila dibakar. Suhu ketuhar yang dicadangkan adalah 175 celcius dan dibakar selama 40 minit.
Bahan-bahan krim kustard
35g tepung kastad
5 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
1 biji telur (kuning sahaja)
7g mentega/buttercup
1 sudu teh esen vanila (*untuk kurangkan bau hanyir telur)
Cara membuatnya
1) Campurkan susu cair, air, gula, dan pes kastad. Kacau sebati.
2) Masak atas api kecil, kacau hingga kastad hampir pekat. Masukkan kuning telur, mentega dan esen vanila. Kacau sebati.
KRIM PUFF
Anda disarankan memasak rotinya terlebih dahulu sebelum krimnya. Hal ini kerana krimnya akan mengeras dan bergentel dengan pantas apabila sejuk.
1) Potong roti puff yang telah masak pada paksi X (melintang), tapi jangan sampai putus
2) Sudukan krim ke dalam lubang roti puff.
3) Sedia dimakan, tetapi lebih enak jika dibiarkan sejuk atau diletakkan dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Ok itu saja perkongsian kali ini. Sekarang tengah ada mood nak menaip pasal resepi. Mungkin nanti masuk bulan ramadan, bakal jadi lebih rajin super duper. lol~
Jumpa lagi.. Zai jian~ Babai~

Comments