Review - Susu Segar Jenama Farm Fresh (Malaysia) - PILIHAN TERBAIK

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang S.U.S.U. S.E.G.A.R. Biasa sebut fresh milk. Saya adalah seorang peminat susu daripada kecik sampai la besar. Masa kecik minum susu tepung keluaran Fernleaf jenis Full Cream. 

Kenapa full cream? Sebab jenis ini yang paling lengkap dan banyak khasiat serta paling natural sebab sikit proses yang dibuat keatas susu tepung ini. Kalau jenis lain, biasa ada proses dibuat macam buang lemak la, tambah vitamin la, tambah gula tambahan la. Pastu, rasa susu ni paling sedap. Bagi saya lah. Sebab rasa susu kuat. Kalau jenama lain, rasa macam "fake" sebab kurang rasa semulajadi susu.

Susu tepung Fernleaf ni sangat sedap kalau makan campur dengan nasi lembik. Gaul banyak-banyak dan makan. Fuh...Sedap~

ok, selain susu tepung Fernleaf, saya juga suka mencuba susu segar lain. Antara yang diminati ialah jenama FarmFresh dimana pengeluaran mereka adalah tempatan daripada Johor. Kita sokong produk Malaysia ya. Lagipun produk FarmFresh memang setanding atau lebih lagi lah rasanya. Harga pun berbaloi. Memang tak rugi lah.

Ada banyak jenis produk mereka. Saya akan senaraikan semua yang saya pernah cuba. Jumlah semua 11 jenis tau.

1. SUSU SEGAR / FRESH MILK / FULL CREAM

Yang ni kat website dia tulis Full cream. Tapi kalau zoom in tengok label, dia tulis Fresh Milk 100% tanpa sebarang tambahan bahan. Biasa saya beli 1L sebab kena habiskan dalam masa 3 hari. Tapi kalau peti ais betul-betul sejuk, 5 hari pun masih elok susu ni. Dah pernah cuba. hihi Sedap makan dengan Koko Krunch atau Honey Star atau Granola atau buat Iceblended. Best..

2. YOGURT BUAH PERISA MIX BERI, MANGO, STRAWBERRY, DLL

Yogurt makan. Pilihan saya sebab dia pakai paling minima bahan-bahan tambahan. Itu yang paling penting. Sebab sekarang banyak makanan sekadar perasa, perisa, pewarna tambahan yang mana mestilah tak elok untuk kesihatan kalau selalu makan. Yogurt bagus untuk usus sebab dia bakteria baik. Kalau rasa sembelit, senang cirit, sakit perut, baru lepas makan antibiotik, boleh lah makan yogurt.  Oh ha TIPS RAHSIA : Kalau kentut berbau "semerbak", cuba makan yogurt. Nanti hilang bau tu.haha cuba la try. Tapi makan sebekas sampai habis la tau. Makan sikit tak jadi.

3. KOPI SUSU/ CAFE LATTE
Ha...ni Cafe Latte. Rasa kopi boleh tahan kuat. Sebab saya tak boleh minum nescafe. Kopi biasa boleh la. Tapi paling penting, tak manis macam air tin kopi-kopi lain. Sedap.

4. AIR YOGURT UHT PERISA STRAWBERI DAN MEMPELAM

Yang ni baru beli minggu ni, jadi petang ni nak cuba. UHT punya. UHT maksudnya boleh simpan disuhu bilik dan tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia ada tambah penstabil makanan.

Ok, saya dah cuba. Sedap dan tidak terlampau manis. Best...Alhamdulillah.

5. SUSU SEGAR COKLAT / CHOCOLATE MILK
Yang ni Susu Coklat. Sedap, tapi sedikit manis. Sedap, tapi tak galakkan minum banyak sebab manis kan.hihi tapi kalau banding susu coklat ni dengan jenama lain, saya cadang pilihlah brand ini. Bagus dan sedap.

6. SUSU SEGAR RENDAH LEMAK / SKINNY LOW FAT
Pernah beli sebab masa tu dok ingat berat badan naik sebab minum susu fresh yang jenis biasa. Tapi rasa dia kurang lemak. Rasa cair la. Tapi bila berubah jenis susu ni, jadi tak selesa kat perut.  Tak pasti sebab apa. Tapi ni lebih kepada permintaan orang ramai. Sebenarnya lemak susu tak ada masalah minum. Tak perlu buang lemak daripada susu sebab dalam lemak tu pun ada vitamin yang diperlukan dalam badan kita.

7. YOGURT MAKAN KOSONG / PLAIN NATURAL YOGURT

Yang ni best. Sebab yogurt dia kental dan tak berair macam brand lain bila kita buka. Ni ciri-ciri paling best sebab TAK BERAIR tau. Sedap makan dengan epal potong campur dengan gula. Atau buat air yogurt sendiri macam fresh oren, epal atau mempelam. Fuh..Lazat..

8. SUSU SEGAR KURMA 

Susu Kurma. Sedap juga.. Wangi, tapi wangi dia tak sama dengan Dutch Lady. Dutch lady macam guna kurma cina bau dia. Best sebab bahan dia juga. Hanya kurma dan susu segar. Itu yang penting. Kita tak mahu tambahan perisa, pewarna tambahan yang tak elok untuk kesihatan.

9. SUSU SEGAR KURMA UHT
susu kurma UHT. Sedap. Lebih kurang rasa dengan yang bukan UHT.

10. SUSU SEGAR KAMBING / NUBIAN GOAT MILK

Susu kambing. Agak mahal. tapi rasa dan bau dia ada la sikit bau. Tapi susah nak dapat stok ni. Yang paling best susu kambing kt Sabah Desa Dairy Farm kat Kundasang. Mungkin sebab fresh, dia tak berbau pun tapi macam cair la susu dia daripada susu lembj. Tapi susu di kundasang tu tak pernah dijumpai kat sekitar penang ni.

11. AIR YOGURT PELBAGAI PERISA

Yogurt drink. Sedap sebab tak manis melampau macam susu yogurt brand lain. Yang penting, bahan-bahan dia pun best. haa.. 

Saya seorang menitik beratkan bahan-bahan yang ada dalam makanan. Buat apa sedap sementara dimulut tapi nanti badan merana. Makanan yang sihat, akan menjadikan badan yang sihat.

Brand lain yang biasa minum susu Yarra, Dutch Lady, HL, Marigold. Yarra dan DutchLady ja yang kena cita rasa saya. Lain ada yang rasa macam campur esen vanila.

Yogurt pulak biasa beli brand Nestle, DutchLady, Fernleaf.

Ok, nanti kita jumpa lagi. Kita kongsi benda lain pulak.

Itu sahaja kali ini. Zai jian. Jaane~

Comments