Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin bercerita tentang tayar kereta pancit. Saya pertama kali membawa kereta yang kemudiannya tiba2 baru mengetahui telah pancit.
Alhamdulillah tayar yang pancit ini adalah bahagian belakang. Jadi pemanduan tidak terjejas dengan teruk cuma bila membawa, kita dapat rasakan sedikit melelong.
Berdasarkan pembacaan dan nasihat orang, dinasihatkan memberhentikan kereta bila didapati tayar pancit. Ini bagi mengelakkan rim tayar rosak. Kos menukar rim tayar juga agak tinggi. Tetapi pastikan tempat yang kita hendak berhenti itu selamat terutamanya jika anda perempuan.
Pastikan ada nombor PLUS untuk dihubungi jika anda berada di lebuhraya. Atau nombor telefon sesiapa yang boleh membantu.
Untuk makluman, tayar pancit perlu ditukar segera dengan tayar sementera sebab dikhuatiri tayar rosak jika terlalu lama. Tengok tayar ni. Kami tukar lepas 4jam mengetahui tayar pancit.
Tapi alhamdulillah selepas diperiksa, selamat tayar tersebut masih ok dan boleh digunakan. Maklumlah, tayar tak sampai setahun lagi umurnya. Tengok gambar tayar tu kemik tak mau kembali ke asal. Nasib baik lepas pam angin, tayar kembali kepada asal.
Kami mendapati terdapat skru yang melekat dalam tayar. Selepas dikeluarkan oleh tukang kedai, terperanjat kami mendapati skru tersebut amat panjang dan masih baru, tiada karat.
Aduh.. Rupa2nya skru itu terkena semasa parking dikawasan deretan rumah kedai yang sedang membuat bumbung. Mengapa mereka yang membuat bumbung membiarkan skru dijalan raya? 🤦♀️😪
Jadi, nasihat saya, berhati2 jika hendak parking dikawasan pembinaan. Ada pekerja yang tidak bertanggungjawab membiarkan skru bersepah disekitar. Semoga Allah membalas mereka kerana perbuatan mereka. Tak perlu kita balas. Allah sebaik-baik pemberi balasan.
Tayar dan sport rim ni, angin dia 240 tayar depan, 220 tayar belakang tau. Bila kita dah tukar sport rim, tekanan angin pun berbeza sedikit daripada asal.
ok, itu saja perkongsian kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~
Comments