Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya akan berkongsi cara mematikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi borang perjanjian. Selalunya bila baru hendak lapor diri sebagai pekerja kerajaan, biasanya perlu isi borang ini. Saya baru buat pada dua hari lepas. Jumlah borang biasanya ada empat (4) salinan. Saya akan senaraikan cara-cara mati setem bagi memudahkan urusan anda.
Empat salinan sebab: Simpanan sendiri, kerajaan, dan lagi dua tak pasti. hihihi
Contoh borang perjanjian dan setem hasil |
10 CARA MEMATIKAN SETEM BORANG PERJANJIAN DI LHDN :
- Pastikan ada empat salinan borang perjanjian.
- Isi dengan lengkap bahagian anda
- Isi bahagian saksi. Biasanya saksi ini mereka yang mempunyai pendapatan tetap, berumur lebih 21 tahun, dan ahli keluarga terdekat dibenarkan. Suami, isteri, ibu, bapa, atau pensyarah yang kenal kita boleh jadi saksi.
- Beli setem hasil RM10 sebanyak empat keping di pejabat pos.
- Tampal di borang perjanjian anda.
- Pergi pejabat LHDN. Pastikan semak waktu operasi sebab sekarang masa PKP waktu operasi jadi singkat. Tutup awal iaitu pukul 3 petang.
- Isi dalam komputer maklumat diri. Kalau staf dia baik hati dan rajin, mereka akan tolong. hihi
- Serahkan borang untuk dicop oleh pegawai LHDN.
- Semak semua borang untuk pastikan telah dicop.
- Siap!
Tarikh untuk perjanjian perlu dibuat selewat-lewatnya sebelum atau pada tarikh lapor diri ya. Maksudnya kalau lapor diri pada 18 Mei 2020, jadi paling lewat mematikan setem pada 18 Mei 2020.
Saya sarankan beli setem hasil di pejabat pos bagi memudahkan kerja anda. Hal ini kerana anda hanya perlu dapatkan cop sahaja di pejabat LHDN yang akan mempercepatkan lagi urusan anda.
Ok, itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~
Comments