5 Sebab Pilih Lampu Kuning (Warm White) Berbanding Putih (Cool White)

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Panduan Pemilihan Lampu Rumah". Oleh itu, saya akan senaraikan LIMA sebab kenapa perlu memilih lampu kuning (warm white) berbanding putih (cool white).  Kalau nak mudah, boleh pergi kedai IKEA bahagian lampu. Situ anda boleh terus praktikal pemilihan lampu. Sangat banyak pilihan.

Sebelum itu, saya akan senaraikan dulu TUJUH elemen penting dalam pemilihan lampu. Elemen ini disenarai oleh adik saya ya. Dia kongsi, jadi saya sunting sedikit dan kongsikan disini untuk rujukan semua.

Ini panggil kuning / oren / warm white . Sangat sesuai untuk mengalakkan rasa mengantuk.
7 ELEMEN DALAM PEMILIHAN LAMPU RUMAH


1) Lumen - penentu bagi mengukur kadar kecerahan lampu. Lagi tinggi lumen, lagi cerah. Kalau dalam ruang bilik yang kecil, bolehlah pilih lumen rendah untuk mengurangkan silau dimata (glaring effect).
ni daripada kotak lampu ikea tentang energy efficiency. setakat ni rasa lampu kat ikea yang banyak info macam ni. lampu jenama lain tiada

2) Jenis fitting - E27 atau GU10 dll perlu check sebelum pilih. Huruf berbeza menunjukkan kepala fitting yang berbeza.
inilah perbezaan fitting


3) Jenis cahaya - halogen, LED atau filamen. Antara yang diketahui paling efficient tenaga adalah jenis LED. Tambahan, LED juga sukar rosak cuma harga sedikit tinggi berbanding jenis filamen.

4) Tona pencahayaan - diukur dalam kelvin. Untuk memudahkan kefahaman :

Lagi rendah kelvin, lampu lebih kuning.
Kalau lagi tinggi kelvin, lampu jadi kearah putih kebiruan.
Lagi tinggi elemen biru, lebih sakit mata dan jadi glaring.


Kebiasaannya warm white untuk bilik tidur, paling rendah kelvin (contoh 2700K) dan daylight (contoh 6500K). Manakala cold white berada ditengah-tengah kedua-dua spectrum ini.

Tona pencahayaan ni penting untuk menghidupkan suasana. Kalau terlebih daylight akan menyebabkan suasana jadi pucat. Warm white biasa dikatakan cahaya romatik. Kalau kat bilik baca buku letak warm white mungkin akan segera terbang ke new York. Jika tidak pasti, pilihan selamat adalah cool white, sesuai utk semua kawasan.

5) Penggunaan tenaga (watt) - kebiasaannya lampu yg lagi tinggi lumen, watt akan lebih tinggi. Tetapi jika watt tinggi, lumen rendah, itu bermaksud lampu itu tidak energy efficient. Tenaga lebihan jadi dalam bentuk heat/infra red.

6) Direct / indirect lighting - Biasanya indirect light dalam ruang yang kecil boleh menghasilkan cahaya yang lebih sekata dan cerah, bergantung kepada keadaan ruang. Kalau ruang makan, mungkin lebih sesuai direct lighting.
Sebenarnya ada 5 jenis bentuk pencahayaan yang boleh dibuat.

7) Soften effect - lampu yang terus dari mentol atau yang ada penutup diluar pun ada bezanya. Kalau lampu disarungkan dengan permukaan kaca, cahaya akan lebih garang. Kalau dibalut dengan kain, cahaya akan lebih soften dan disperse lebih sekata

Ok, sekarang kita masuk topik sebenar kita iaitu LIMA SEBAB MEMILIH lampu kuning berbanding lampu putih :

SEBAB 1 : TIDAK SILAU MATA
Ini sebab paling penting terutama mereka yang mempunyai silau. Tapi masih bergantung kepada jenis lampu, elakkan direct light terus kepada mata. Lampu oren biasa tidak sakit mata jika dilihat terus ke lampu berbanding lampu putih.

SEBAB 2 : MENGELAKKAN SERANGGA MASUK KE RUMAH
Ok ini sebab paling penting terutama ketika musim hujan atau dirumah yang banyak pokok. Tahu kenapa? Sebab masa hujan, akan banyak kelekatu masuk memenuhi ruang rumah dan menghurung lampu putih anda. Tapi cuba anda guna lampu kuning? Serangga tidak tertarik kepada lampu kuning.

Tahukah anda, ada sebab saintifik disebalik ini? Bagi lampu putih, lampu itu menghampiri kearah warna UV. Serangga menyukai warna berkenaan kerana mereka dapat melihat warna berkenaan. Sebab itu ada perangkap serangga dibuat menggunakan lampu UV seperti produk Sharp Air Purifier with Mosquito Catcher. Haaa....


jika lampu berwarna putih, ia lebih kepada ungu tetapi lampu kuning mengarah kepada merah.

SEBAB 3 : RUMAH NAMPAK LEBIH BERSIH
Bila anda guna lampu kuning, habuk semua susah untuk dilihat. Barang dan perabot lama juga akan kelihatan baru dan cantik. Tidak perlu bersusah payah menukar perabot baru. Semua akan nampak cantik dimata. hihi

Tetapi jika anda ingin menjahit, hati-hati! Sebab nanti benang dan warna baju tidak matching sebab warna kuning akan menyebabkan mata kita tidak mengetahui warna sebenar sesuatu perkara.

SEBAB 4 : LEBIH ROMATIK
Boleh cuba dimeja makan. Katanya makanan akan nampak lebih enak dan suasana juga lebih tenang.  Lampu boleh memainkan peranan dalam perasaan manusia. Untuk tahu lebih, mungkin kena lebih membaca.

SEBAB 5 : MEMPERCEPATKAN RASA MENGANTUK
Anak mata kita lebih rilek. Kalau tengok mata kucing, anda boleh nampak mata hitam dia akan jadi lebih besar. Sebab untuk bagi cahaya lebih banyak masuk. Tapi untuk manusia, susah sikit untuk nampak sebab bergantung kepada warna anak mata (iris) kita. Biasanya, makin lama dalam suasana berlampu kuning, makin kita akan rasa mengantuk. Jadi, pilihlah lampu bilik tidur anda warna warm white.
Ni lampu beli kat ikea untuk lampu bilik tidur. Saiz 45mm x 78mm, menyala dalam masa kurang 1saat

Lampu ikea jenis LED E14, 2700 Kelvin, 21 Watt, 200 Im, Tahan 15000 jam

Ok itu sahaja kali ini. Jumpa lagi.

Jaane~ Zai jian~

Comments