Assalamualaikun Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin mengulas tentang Kedai Makan "Dapur Penyet" yang terletak di dalam Mydin Bukit Mertajam.
Semalam adalah pertama kali mencuba menu mereka. Empat jenis menu dicuba iaitu:
1. Ayam Berlado x1 (RM11.90)
2. Ayam Cili Hijau x1 (RM11.90)
3. Ayam Bakar x1 (RM11.90)
4. Ayam Penyet x1 (RM10.90)
5. Air minuman x 2 (RM3)
6. Nasi putih x4 (RM11+)
Jumlah keseluruhan harga adalah RM60+.
Semuanya Alhamdulillah sedap. Cuma bagi saya, harga yang diletakkan amat mahal jika dibandingkan dengan makanannya.
Ayam bakar dia seperti ayam yang disalut kicap.
Ayamnya semua ayam goreng kunyit dan beza cuma sambal. Sambal juga sedikit jika dibandingkan dengan 'portion' ayam. Ayam sedikit keras dan ada bintik2 pada isi ayam. Tak pasti sebab apa.
Jadi saya bagi 3 daripada 5 bintang untuk kedai ini. Bagi yang tidak kisah dengan harga, maka tempat ini mungkin sesuai.
Semalam lupa untuk ambil gambar kerana sudah terlalu lapar.
Yang menarik adalah sabun dia jenis berbuih bila ditekan dan tisu yang berkualiti. hihi
Saya lebih minat Ayam Jingkrak yang kedainya terletak dihadapan Bangunan Shopping Complex Bukit Jambul. Harga berpatutan dan sedap. hihi
Ok itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~
Comments