Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Saya ingin berkongsi tinted cermin di Pulau Pinang. Baru-baru ini saya membantu untuk tinted cermin kenderaan lama.
JENIS TINTED
Ada pelbagai jenis yang berbeza kualiti dan harga. Berdasarkan kajian, paling mahal adalah V-Cool > 3M > Huper Optik > Agard dan lain-lain.
Harga berbeza mengikut peratus tapisan infrared radiasi (IR) dan ultraviolet ray (UV). Biasanya yang mahal-mahal tapis hampir 99% UV.
Bagi menjadikan tinted tersebut berfungsi sebagai penebat haba, peratusan tapisan perlu tinggi. Jika sekadar gelap tidak akan menjamin tidak panas. Jadi jika kita ambil yang berjenama, filem berkenaan telah dibuat kajian dan terbukti mampu menebat haba.
TINTED NISSAN VANETTE C22.
Saya risau jika tiada kedai mahu membuat van ini kerana kenderaan lama berpuluh tahun. Ini kerana penuh debu dan habuk. hihi Tetapi van ini sentiasa dicuci dan servis, jadi keadaan van ini adalah bagus. Van ini dijaga oleh ibu bapa penulis.
Berikut saya akan lampirkan van berkenaan.
Kena cas RM600. Masa diambil lebih kurang 4 jam. Daripada 10.30 pagi hinggi 2.30 petang. Pendingin hawa kat situ mereka buka perlahan. Panas.
Ni maklumat mereka di Google. Pekerja mereka juga baik. Saya pergi sini sebab kawan saya cadangkan kerana dia pelanggan setia di sini.
Pandangan dalam walaupun waktu tengahari dan tinted gelap. Kita mampu lihat diluar tetapi orang luar tak berapa nampak di dalam.
Seronok bawa van. Manual. Tapi peluh-peluh macam tengah ujian JPJ rasa. haha
Itu sahaja pada kali ini. Jumpa lagi. Jaane. Zai jian.
Comments