Review Breast Pump Youha Ava Gen 2

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa

Kali ini saya nak berkongsi tentang Breast Pump Youha Ava Gen 2. 

Biasanya saya pam 3x sehari ditempat kerja. Jam 9 pagi, 11.30 pagi dan 2 petang. Jumlah sehari biasanya akan dapat dalam 450ml atau 15 oz.

Susu akan dapat macam dalam gambar ni. Satu cup biasa 150ml saja tapi banyak kali sebab susu banyak, maxima satu cup boleh 200ml. Tapi tumpah kena mesin la sikit.

Saya beli 2 set pada harga RM759 melalui Shoppee di Kedai Super Mom Duper Kids pada tahun lepas Ogos 2022.

TEKNIK DAPAT SUSU BANYAK bagi saya ialah :

1. Pam sebelum bengkak.

2. Masa pengeluaran susu tidak melebihi 3-4jam. Maksudnya kalau bayi last minum jam 8am, maka susu selewat2nya perlu dipam jam 11 pagi. Jangan tunggu 12 tengahari. Tapi pastikan sebelum bengkak lah. Kalau 2jam dah bengkak, kena pam teruslah.

3. Makan buah kurma 3 biji atau minum susu Fernleaf satu cawan sebelum pam. Nanti susu akan hasilkan pekat elok warnanya. Baby pun cepat kenyang lama.

4. Urut kalau dah ada ketul2. Letak hot pack. Kalau sakit, letak cold pack dlu pastu baru urut dan guna hot pack.

5. Pastikan minum air masa pagi 8-1pm tu habiskan 1.5L. Petang habiskan 1L jam 1-5pm. Penting tau tak mau bagi dehidrasi.

6. Cara pasang valve tu pastikan tekan sikit bagi buka mulut itik dia pastu baru pasang valve. Sebab bila lepas sterile, mulut itik valve tu macam seal. Jadi bila pam, susu tak masuk dalam pam. Jadi langkah ini penting tau.

KELEBIHAN Youha Ava Gen 2 yang saya suka ialah :

1. Ada bluetooth boleh sambung dengan telefon. Boleh tahu baki bateri, tukar mode.

2. Mixed mode (warna purple lampu) dia adalah MASSAGE>EXPRESS>MASSAGE>EXPRESS.
Ni best. sebab tak sakit dan mungkin ni faktor susu keluar banyak. Dia macam tiru isapan bayi sebenar. Sesetengah pam kena manual tukar mode. Macam EXPRESS saja atau MASSAGE saja. Tapi Youha Ava Gen 2 ni auto. Pilih Massage mode, nanti dia massage dalam 5minit kot, pastu auto tukar ke Mixed Mode.

3. Kalau breast sakit sebab luka atau crack, boleh guna massage mode saja untuk 30min. Susu keluar macam biasa penuh 1 cup 150ml juga. Yang penting ialah tak sakit pun. Kalau guna mixed mode, jadi sakit bila time dia express.

4. Mesin auto off lepas dah 30min.

5. Bateri tahan lama. Boleh pakai sampai 3-4 sesi.

6. PALING PENTING. Senang nak basuh dan sterile!! Haa.. Ni paling penting tau. Saya guna Philip Avent Steam and Drying tu. Muat masuk 2 set semua dan ON. 

7. Muat pakai dalam baju dalam. Tak terlalu besar. Bunyi tu kawan ada la dengar kalau bilik tu sunyi. Kalau ada noise, tak perasan pun bunyi pam.

8. Kalau overflow pulak, insyallah dijamin takkan masuk susu dalam pam. Sebab rekaan dia. 

9. Nak tuang susu dalam botol pun mudah. Awal2 kalau tak biasa, memang mencabar. Tapi saya tuang tak guna teknik mereka ajar. Buat cara sendiri je. Senang.

10. Nak cas dia guna wayar cable USB Type C. Sama macam charger hset. Dia bagi cable plug semua.


Ni bekas yang bawa hari2 pergi kerja. Senang jadi lapik meja dan simpan pam. Belakang tu beg simpan susu. Elok beg galas sebab berat tau dan nak jaga tulang belakang.

Ni tempat simpan susu. Boleh letak 5 ice pack Autumnz dan 1 pek yang ice pack keras tu. Botol susu muat 4-6 biji bergantung kepada ''kegemukan" botol. Suhu memang tahan daripada 6.30am sampai 7petang. 

Ok, itu saja review kali ini. Saya tak pernah cuba jenama lain. Tapi tak berminat nak cuba jenama lain dah sebab memang puas hatilah pakai Youha Ava Gen 2. 

Jaane~ Zaijian~

Comments