Assalamualaikum Ni hao konnichiwa,
Mulai hari ni, nak berazam tak nak dah cari orang / sesiapa kalau rasa nak bercerita.
Bila rasa nak bercakap banyak, taip je kat sini. Sini tak dak siapa akan layan, akan respons. Tak kecewa lah. Tak dak harapan kat orang.
Walaupun kita rapat atau baik dengan sesiapa pun, hatta ibu bapa, adik beradik, kawan rapat, anak, pasangan, semua ada limit masing-masing. Hidup ni memang kena pandai survive sorang diri.
Tak payah fikir nak letak harapan kalau ada pasangan akan tak rasa sunyi. Ni cuma angan-angan.
Kawan rapat macam mana sekali pun, nanti sampai masa dia bosan juga. Pasangan pun sama. Jadi baik tak payah langsung rasa gembira disebabkan rasa ada orang bersama kita. Sedih nanti bila rasa ditinggalkan atau dijauhi.
Hidup atas dunia ni, kena berharap kat Allah saja.
Sakit, sedih, kecewa, sebab nak bagi kita rapat dengan Allah.
Biarlah orang nak pergi, biarkan orang nak buat apa pun kat kita, asalkan kita hidup ikut apa Allah suruh.
Bila teringin nak sembang dengan orang, sembang je dengan Allah. Allah ada sepanjang masa, tak tinggalkan kita, tak biarkan kita sorang-sorang.
Susah hidup ni ya Allah. Kalau gembira, nanti takut jadi lupa kat Allah.
Nak jadi pendiam. Kita layan je orang, kita ambil berat tapi tak payah cerita pasal diri sendiri kat sesiapa, tak cerita pasal perasaan, pasal kesihatan ke apa kat sesiapa. Mereka semua tak ingin pun dengar dan tahu sebab semua orang sibuk hal dunia masing-masing.
Hari isnin baru ni air direct meter tak ada. Sini kerap tiba-tiba tak ada air. Isnin dan selasa. Tapi selamat selasa petang air dah ada tapi perlahan.
Jimat guna air. Sebab takut air tangki habis macam hari tu. Hari tu susah juga lah sebab ada anak, kena kemas2 barang lagi, nak bawa g sewa hotel berdekatan. Sebab esoknya kerja lagi.
Betapa perlahannya air sampai kalau buka dua paip jadi tak ada air.
Tapi pagi rabu ni ok dah air cuma tak la laju sangat macam biasa.
Malam tadi anak low grade fever. Masukkan suppository 250mg masa dia tengah tidur jam 9 malam. Alhamdulillah dia tak sedar pun.
pagi tadi alhamdulillah dia aktif balik.
cuma najis dia tak macam biasa.
esok nak kena bawa anak dan jaga ditempat kerja. Sebab pengasuh tak ada pergi bercuti. Kena bawa stroller supaya senang dia nak tidur nanti.
Sekarang rasa macam addict kat air matcha. Tak tahu la kenapa. Kalau tak minum je sakit kepala.
pastu kerap kena makan ubat gastrik.
kesihatan jadi down bila kita stress kerap.
Biasa kalau lepas fokus buat kerja, kita suka sembang dengan orang. Tapi sekarang ni, rasa macam nk beruzlah lah. Sebab teringat ada kawan kata macam ni : kita tahu dah rapat tapi tak perlu la nak kena sembang sepanjang masa.
dah kalau perempuan memang la nak sembang kan. Seolah kita ni desparate sangat dah macam tak ada kawan lain selain dia dah kan. Kesian kat kawan kita sampai kena cakap statement macam tu.
Partner kita pun jenis tak respon kat benda kita cakap.
jadinya, kita tak payah berharap nak cakap dengan manusialah. Kecewa.
Badan masih sakit lagi beberapa tempat. Kena makan neurobion nak bagi cepat sembuh.
Emosi dan mental nak kena jaga supaya anak tak tertiru yang tak baik kan.
Sejak dah putuskan harapan kat manusia ni, rasa hilang dah perasaan kecewa kat apa2 benda dan sesiapa. Buat saja, tak payah fikir. Nak buat, buat.
Tulis sambil menangis ni.
Tak tahulah sedih kenapa.
Dah decide tak mahu menangis atau sedih.
Hidup atas dunia memang macam ni. Tak payah nak sedih sangat.
Tapi kalau anakku baca lah tulisan ni masa dia dah besar, harap ambil yang baik saja. Yang tak elok tu jangan tiru mummy ya.
Comments