Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ni nak tulis pasal adik beradik.
Dulu pernah rasa bangga dan gembira sebab adik beradik ramai.
Rasa gembira sebab tak sunyi, sebab ada semua orang. Setiap masa. Ada kakak, abang, adik lelaki, adik perempuan.
Rasa macam kelebihan sebab bila semua dah besar, semua masuk pelbagai bidang, senang nak minta tolong dan percaya.
TAPI..
Sebenar tidak.. Bila dah besar.
Tapi mungkin juga bergantung kepada pendidikan ilmu masing-masing.
Bagi saya, ada atau tak ada adik beradik, lebih baik tiada.
Kita lagi bergantung dan percaya kat Allah. Hidup kat dunia ni kan ujian. Allah nak kita bergantung dan berharap hanya kat Dia.
Bila berharap kat benda selain Allah, selalu kecewa, sedih, putus asa, menangis, ditinggalkan, dibiarkan, dan macam2 lagi. Penat hidup kat dunia ni bila alami macam ni.
Tapi sepenat mana pun, kena fikir bersyukur sebab Allah tak tinggalkan kita berseorangan.
Sebenarnya tak payah fikir pasal adik beradik, kehadiran ibu ayah, kawan ke, pasangan ke, semua tu tak penting.
Yang penting boleh teruskan hidup untuk terus beribadah kat Allah.
Kalau kehadiran mereka semua menyebabkan kita leka, dan lupa kat Allah, buat apa. Kadang sebab nak mengejar takut ditinggalkan, takut tidak difahami, menyebabkan kita jadi hidup tak tentu arah.
Ada keluarga, semua benda nak kawal. Semua benda nak kena ikut cakap dia. Anak-anak semua jadi rebel dan keras kepala. Tak tahulah apa yang keluarga ni nak daripada kehidupan macam ni.
Sedih.
Rasa susah hidup.
Tapi kena fikir hidup sekejap.
Allah ada tolong sepanjang masa setiap saat walaupun masa sekarang tak boleh nk fikir logik kat mana.
Comments