Pesanan Hidup Untuk Anak

​Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Nak luah.

Hari tu nampak adik L tak suka bila ex-H datang rumah dia. Terfikir kalau anak dah besar, mesti fikir kenapa orang tak suka ayah dia. Mungkin akan rasa sedih.

Tapi hari ni dengar ceramah. Kita tak boleh paksa orang lain suka orang yang kita suka. Harap kalau anak tanya, saya boleh terangkan baik2.

Nabi pun ada orang tak suka, benci, fitnah, kata macam2. 

Allah boleh saja buat bagi semua orang suka kita, tapi Allah tak buat macam tu. Ada sebabnya. Antaranya nak kuatkan orang tu sebenarnya. Nak kita balik dan berharap hanya kepada Allah.

Tak salahkan adik L juga sebab dia pun ada pengalaman tertentu atau pendirian yang mungkin menyebabkan dia ambil pendekatan begitu.

Saya pulak jenis lembu hati, tak boleh tengok, cepat kesian.

Kalau suatu hari nanti anak nak tahu kena mak & ayah dia pisah, nak bagitahu dia sebab tiada persefahaman saja. Mak & ayah juga manusia. Ada kelemahan. Dan mak memilih untuk berpisah sebab demi tujuan untuk kebaikan mak dan ayah yang mak fikir masa tu. Sebab tujuan hidup di dunia adalah kerana Allah. Apa2 kerana Allah. Tindakan diambil masa tu, memang rasa susah, rasa berat, tapi dah fikir masak2.

Tidak terlintas langsung sebab benci kat ayah dia. Kalau nak kira kelemahan, mak pun banyak kelemahan. 

Bukan semua perpisahan itu disebabkan kebencian atau pergaduhan.

Insyallah, semoga Allah terus menjaga Zubair, membantu, beri hidayah, beri ketenangan kat Zubair. Sebab sebaik-baik penjaga adalah Allah, yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mendengar, dan takkan tinggal kan kita keseorangan.

Kalau Zubair rasa keseorangan atau sedih, ingatlah Allah bagi perasaan tu ada sebab. Kadang kita tak faham lagi sekarang, mungkin akan datanh. Atau sebab Allah nak ganti bagi pahala yang banyak atau syurga.

Ujian bukan tanda Allah benci. 

Nabi Yaakob sedih 18 tahun sampai buta mata sebab hilang anaknya Nabi Yusuf.

Maryam sedih keseorangan semasa nak bersalin melahirkan Nabi Isa.

Nabi Nuh berdakwah 950 tahun tapi tidak diterima. Anak Nabi Nuh juga tidak terima dah termasuk orang yang dibinasakan.

Isteri Nabi Luth juga termasuk orang yang dibinasakan.

Mak dan ayah juga hamba Allah yang lemah dan kerdil. Yang tak mampu nak tolong. Mak dan ayah boleh doa, boleh bantu beri didikan agama. Selebihnya, Zubair perlu usaha dan cari sendiri. Doa. Niatkan semuanya kerana Allah. Kerana diakhirat nanti, kita dan amal kita. Hanya Allah yang kita harapkan. 

Hidup atas dunia pun hanyalah kerana nak beribadah kepada Allah. Buat semua yang Allah suruh. Tinggalkan apa yang Allah larang. Kita manusia lemah. Tapi akan kuat kerana Allah beri kita kekuatan. Sampai masanya, kita akan pulang kepada Allah.

Dunia ni hanya persinggahan sementara. Kita gunakan amanah kesihatan, akal fikiran yang sihat, ilmu dan segala kelebihan kita sebaiknya untuk kumpul pahala dan beribadah kat Allah. Tanda kita syukur kepada rezeki dan nikmat yang Allah bagi.

Ujian, sakit, ketidakselesaan, kebencian, penolakan, ketidaksukaan oleh manusia atau sesiapa saja adalah salah satu cara pembelajaran untuk kita belajar dan terus berdoa dan memohon kepada Allah. Supaya kita tak jauh daripada Allah.

Kisah Qarun yang tak pernah sakit atau lapar menyebabkan dia lupa kepada Allah.

Semoga kita semua bertemu di dalam syurga di akhirat nanti dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. 

Mak sayang Zubair kerana Allah.

Terima kasih ya Allah sebab beri peluang merasai pengalaman mengandung, bersalin, menyusu, serta membesarkan seorang anak lelaki. 

Bukan mudah tapi dengan bantuan Allah, semuanya rasa seronok bila tahu Allah yang susun semua ni.

Bukan semua orang ada peluang ni.

Mak akan cuba sedaya upaya mengikut kudrat untuk beri pendidikan agama serta pendidikan kehidupan supaya Zubair berjaya di dunia dan akhirat.

Comments