learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Tuesday, January 20, 2009

ADA APA PADA NAMA??

Tidak berapa lama dahulu nama Allah menjadi rebutan di Malaysia
Orang Kristian menuntutnya tetapi "status quo" yang ada tidak 
membenarkannya.
Begitulah orang Islam tidak sanggup membenarkan nama Allah dikaitkan
dengan akidah yang lain.

Bagaimana pula dengan Israel? Bermacam-macam celaan dilemparkan
kepada Israel sekarang ini. Apakah orang Malaysia tidak tahu bahawa
Israel itu  satu gelaran untuk Nabi Yaakub?

Semua makanan halal untuk bani Israel kecuali apa yang diharamkan
Israel terhadap dirinya sendiri sebelum turunnya Taurat... ali Imran 93

Pada tahun 70an kenyataan kenyataan resmi kerajaan Malaysia berkenaan
negara Yahudi hanya menggunakan istilah regim Tel Aviv. Ianya juga
diikuti oleh media-media resmi kerajaan seperti radio dan TV. "Israel'
tidak digunakan kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut.

Jika dikira sikap terhadap mana nama Allah, maka orang Malaysia
patut membantah pengunaan nama Israel untuk negara mereka.

Tetapi zaman berlalu, orang sudah lupa. Imej Israel yang baik hanya hidup
di dalam al-Quran. Jarang dibaca al-Quran dengan kefahaman maka
imej itupun pudar atau padam.

Apabila melaknat sekalipun al-Quran masih berlapik. Dihadkan kepada
"yang kafir".
Telah dilaknat mereka yang kafir dari kalangan bani Israel di atas lidah
(nabi) Daud dan (nabi) Isa bin Maryam. Yang demikian ialah kerana mereka
durhaka dan bersikap melampau. Al-Maidah 78

Manusia tanpa al-Quran seperti badan tanpa ruh.. Tidak mampu hidup
mengurus diri sendiri menanti saat reput. Perut bumi lebih layak untuknya.

No comments: