TABARRUJ - PERHIASAN [1]



Bismillahirrahmanirrahim….
Tulisan ini adalah ringkasan hasil drp pembacaan buku TABARRUJ DOSA BERHIAS. BAGAIMANA MENGENALINYA DAN MENGHINDARINYA, karya Hj Mohd Hanif Hj Ismail lulusan B.A (Hons) Universiti Al-Azhar.

PENDAHULUAN

Mampukan kaum Hawa mengelak drp melakukan dosa tabarruj? Apa itu tabarruj? Bagaiman mereka boleh utk mengelakkan diri drp terjebak dgn dosa tabarruj? Bagaimana pula dgn kaum Adam? Masihkah mereka mampu mengawal kaum wanita yg di bawah t/jwb mereka drp terjebak dgn dosa tabarruj? Untuk menjawab persoalan ini, teruskan membaca hingga ke akhirnya.

Tabarruj ialah menampakkan kecantikannya yg wajib ditutup kpd lelaki yg bukan mahram. Sebagaiman kata Imam Bukhari: Tabarruj ialah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya. Jadi, dapatlah kita simpulkan bahawa konsep tabarruj ini melibatkan segala bentuk benda yg bertujuan utk perhiasan Al- Qurtubi telah menafsirkan bahawa perhiasan itu ada 2 iaitu perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan. Perhiasan semula jadi adalah kecantikan wajah dan keindahan tubuh yg tercipta sejak lahir lagi. Perhiasan buatan pula adalah barang2 yg dipakai oleh wanita utk menambahkan kecantikan dirinya serta pakaian dan perhiasan2 lain. Ini semua termasuk sebagaimana yg telah dimaksudkan dlm firman Allah: “Janganlah mereka (wanita) memperlihatkan perhiasan tubuh”

Allah s.w.t telah mewajibkan kaum wanita memakai tudung sbg alat menutup perhisannya atau fitnahnya. Namun reality hari ini, terdapat pelbagai fesyen tudung: tudung WardinA, tudung Waheeda, tudung Siti, lilit ke kiri, lilit ke kanan.. pernah sekali saya menonton rancangan busana muslimah. Namanya smenampakkan cirri Islam, tetapi gaya penampilnnya tidak berlandaskan syariat yg telah ditetapkan. Allah memerintahkan supaya melabuhkan tudung hingga ke dada, namun apa yg diketengahkan melalui siaran program ini berlawanan terus dgn saranan Allah. Tudung di bahagian depan disingkatkan manakala di sebelah belakang labuh sehingga ke punggung. Masya- Allah, betapa umat Islam hari ini makin terpesong dek arus kemodenan sehingga menjadikan tudung itu sebagai perhiasan kepada org yg melihat. Ia jelas berlawanan dengan suruhan Allah iaitu tudung itu sebagai mekanisme utk menutup perhiasannya atau fitnahnya.

Tidaklah salah untuk kita berhias kerana Allah sendiri yg sukakan kecantikan, tapi berhiaslah sekadarnya dan apa yg penting, memenuhi tuntutan syariat.. Sabda Nabi: “Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”

Namun kini, ramai yg menyokong dan mengamalkan tabarruj ini, mungkin dlm keadaan sedar ataupun tidak. Buku ini juga telah membicarakan tentang alasan golongan yg menyokong dan mengamalkan tabarruj dan hujjah utk menolaknya.

Comments