learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Monday, October 19, 2009

Kanser HPV?Vaksin Untuk Wanita??

Pemberian vaksin yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah sangat mengejutkan. Ia merupakan penyelesaian 'mudah' kepada masalah kanser servik dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin menghidap kanser servik akibat aktiviti seksual terlalu awal dan mungkin persetubuhan rambang.



 

Virus Human Papillomavirus
Faktor utama penyumbang kepada HPV adalah hubungan seksual dengan ramai pasangan. Oleh itu, kanser servik ini seharusnya diatasi melalui pendidikan,keagamaan dan suntikan nilai moral ke dalam masyarakat. Bukannya dengan cara memberikan suntikan vaksin kepada wanita yang berumur 13 tahun. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Kesan sampingan hasil suntikan vaksin HPV adalah teruk yang mana boleh menyebabkan kerosakan kekal dan kematian!. Bagi yang telah mendapatkan vaksin HPV, anda masih berisiko mendapat kanser servik selepas menerima vaksin itu. Kegagalan vaksin dan kesan sampingannya sangat serius-antaranya kecacatan, immunologikal kronik, dan gangguan neurologikal (seperti autisme,hiperaktif, gangguan kurang perhatian, dyslexia, alergi, kanser) dan kematian (termasuk SIDS).

APAKAH ITU HPV?


Human Papilomavirus (HPV) ialah virus biasa. Ada jenis tertentu mungkin menyebabkan kutil atau papillomas yang merupakan tumor yang tidak berbahaya (bukan kanser).

Sesetengah jenis HPV dikaitkan dengan jenis kanser tertentu. Ia dipanggil "risiko tinggi", oncogenic, atau HPV carcinogenic. Daripada lebih 100 jenis HPV, kira-kira 40 jenis HPV dijangkiti melalui oral, hubungan seksual melalui vagina dan anal serta menjejaskan genital atau organ seks lelaki dan wanita.

HPV juga boleh menyebabkan sel normal pada servik bertukar menjadi tidak normal. Kebanyakan masa, HPV boleh hilang dengan sendiri. Ini kerana tubuh menentang HPV secara semulajadi. Sistem imun yang kuat boleh menyumbang kepada kemampuan ini. Apabila HPV hilang, sel servik kembali kepada normal.

Tetapi jika HPV bertahan selama beberapa tahun, sel tidak normal ini boleh bertukar menjadi kanser. Ujian pemeriksaan secara tetap boleh mengesan tanda-tanda awal kehadiran HPV atau kanser servik iaitu melalui ujian Pap Smear.

Lebih penting bagi wanita yang mendapat suntikan vaksin untuk terus menjalani pemeriksaan kanser servik memandangkan tempoh keberkesanan vaksin diramalkan selama 4 tahun - satu fakta yang tidak ditekankan oleh Kementerian Kesihatan.

HPV adalah penyakit jangkitan seksual, sesuatu yang tidak dapat dicegah degan berkesan daripada disebarkan melalui kondom atau kaedah rawatan kelahiran lain. Hasilnya berjuta orang diseluruh dunia adalah pembawa virus ini. Penyakit ini merupakan pandemik.

-SUMBER DARIPADA CAP-

No comments: