learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Sunday, October 11, 2009

Ustazah...........!!!!

Disebabkan cuti yang lama lagi, lebih kurang 2 minggu, sy nak menulis sikit pasal pengalaman jadi cikgu kafa kat sebuah tadika (bukan tadika rasanya, tapi tempat tu pagi-pagi digunakan untuk tadika).
Cerita ni dah lama tapi saja nak cerita sebab boleh simpan nanti lama-lama nak tengok balik sendiri-sendiri.



Gambar tepi ni adalah gambar yang ada dalam kelas tu. Saja ambil...

::::AFTER SPM:::

Rancang tak nak kerja apa-apa pun. Nak fokus dekat menghafal je. Tengah elok-elok khusyuk dalam menghafal, tiba-tiba ada orang offer minta kerja jadi ustazah ajar kafa. Kebetulan masa tu memang boring sangat99x dok dekat rumah, apalagi ingat nak try la juga mengajar budak-budak. Tapi sebelum confirm nak tu, dok fikir la juga boleh ke nak ngajar ni, dah la tak tahu fiil budak-budak guano. Budak sekarang ni advanced-advanced belako. Tambah 1 lagi, takut pun ada gak, sebab nanti kalau terima nanti kena keja lama juga la. Tapi ada yang best nya juga. Yang best nya gaji dia RMXXX.XX (boleh tahan dengan tak ada apa-apa kelulusan atau ilmu sangat lagi), masa pulak hanya 2 jam je, dan hari minggu je, dari isnin sampai jumaat. Memandangkan tempat tu dah ada kawan yang mengajar sekali dan nanti senang nak g skali, ana pun terima je la.. Haha.. Gerun juga hari first tu nak g ngajar dengan tak tahu apa-apa pun pasal kafa ni.

::::FIRST DAY:::::

sampai-sampai je kat situ, dah boleh dengar dah bising suara budak-budak dok main. Ada tu dok cakap macam ni,"Eh, ada ustazah baru!". Lebih kurang camtu la. Ingatkan sampai kat situ ada la orang yang akan beritahu apa yang patut, tengok-tengok.......... peh, kena terus masuk kelas. Dah dengan tak tahu nak buat apa. Sekolah dah tinggal 2,3 bulan yang lalu. Tak ingat langsung apa yang patut dan boleh buat dengan budak-budak masa kalau ada cikgu baru masuk kelas tu.  Nasib baik juga dapat kelas budak yang umur dia dah faham sikit kita ni iaitu majoriti darjah  3 dan 2 orang 10 tahun. Disebabkan terdesak tak tau nak buat apa, ana pun tanya je la apa yang selalu ustazah kat situ buat masa masuk kelas. Diorang pun tanpa banyak kira, mula start jadi 'cikgu' dekat kita pulak. "hmm,,mula-mula camni. Pastu camni...." Lebih kurang gitu la budak-budak tu ajar, siap bagi 'tunjuk ajar' lagi apa yang patut buat dan nak ajar apa. Ana dok fikir-fikir dalam hati, budak-budak ni tak takut langsung kat cikgu baru. Berbeza dengan 20 tahun dulu(lebih kurang).

::::SUBJEK KENA AJAR::: 

tajwid (kena ajar setiap hari) , akhlak, aqidah (tapi budak-budak tu cakap tauhid), sirah, feqah, bahasa arab, jawi dan juga yang paling penting baca iqra' atau yang dah pandai, baca al-Qur'an. Ada yang dah baca Qur'an tu memang pandai baca, tapi ada juga yang asyik tersangkut-sangkut je sampai tak larat nak tegur, banyak sangat. Yang tak tahannya masa dok dengar ada budak baca iqra' / qur'an , mesti ada je budak lain yang dok kacau. Kita halang dia daripada kacau kawan dia, dia nak sembang dengan kita pulak dah... Adusss...  Dah la ana tak reti nak buat macam mana...

Ada hari tu kena ajar feqah. Jadi ingat nak buat kelainan sikit. Untuk pengetahuan, kat sini ni kalau kita nak ajar apa-apa, suka hati la. Jadi ana pun nak ajar tayamum kat budak-budak tu. Suruh la budak-budak tu bawa bedak, sebagai alat untuk tayamum. Pada hari yang dijanjikan, tengok-tengok sorang budak je yang bawa. Laa.. rupa-rupanya diorang tu tak tahu tayamum tu apa benda! Sebab dah plan nak buat tayamum hari tu, ana pun buat je la. Budak-budak tu pun kata gini,

"Owh, best rupanya buat tayamum!! Ustazah, nanti kita buat lagi boleh?"
Lebih kurang macam tu la. Minggu akan datang pun ana pun buat la lagi. Bukan apa sebab hari yang buat sebelumnya ramai budak yang tak datang. Jadi, pada hari berikutnya tu, masa tengah dok baca iqra / qur'an g buat kluar satu botol bedak yang besar. Dia dok main tabur-tabur kat meja dan sapu kat kawan dia. Aiyaa... Memang buat masalah la budak-budak ni. Ana pun minta la bedak tu dan pegang supaya diorang tak boleh main. Tengok-tengok ada budak ni cari pasai nak ambik botol bedak tu dari kita. Dah tu, dia tu budak lelaki. Ntah apa-apa la... Tapi malangnya lupa nak ambil gambar muka diorang buat tayamum. Sayang.. Habis putih muka, jadi macam hantu sampai ke rambut jadi putih dan 'berkabus-kabus' kelas tu habis. Seperti biasa, budak-budak tetap budak-budak. Kita suruh bawa bedak nak ajar dia tayamum, tengok-tengok diorang dok syok sendiri. Tak nak dengar pun apa yang kita nak tunjuk. Segelintir je yang tengok. Yang tengok tu pun sebab kita suruh dia buat dan kita tengok. Tapi kalau suruh dan tak tengok, dia main sapu ikut suka hati dia je. Asal putih tempat anggota tayamum tu sudah... Disebabkan dah malas nak melayan kerenah budak-budak tu, kita pun suruh la diorang basuh muka, bagi hilang semua bedak. Elok je kita buka pintu, semua budak tu serbu keluar turun tangga nak g tandas. Kebetulannya masa tu ada Mak Cik Yah (budak-budak tu anggap lebih kurang macam guru besar la). Diorang takut sangat dengan makcik tu sebab garang dan sapa yang buat salah akan kena marah. Mak Cik Yah tu pelik tengok budak-budak tu putih sepu dan mula nak marah la. Tapi, budak-budak tu pun bijak. Dia terus kata yang ustazah yang ajar dan suruh buat macam tu. Mak cik tu pun terus tak jadi nak marah. (Mak cik tu kalau dia nampak budak2 keluar kelas, selalunya dia akan marah sebab selalunya budak yang keluar tu sebab dia curi-curi keluar dari kelas. Bukan sebab dia 'angin'. Mak Cik tu la baik...)

::::HARI BERIKUTNYA:::::

terpaksa keluar dari rumah setiap hari kul 2.50pm, jalan kaki g tempat ngajar sekali dengan kawan. Jauh la juga kalau jalan kaki. Sampai ada hari tu, panas terik sangat-sangat. Ya Allah, rasa macam tak nak g je. Tapi ingat kesian pulak kat budak-budak tu, sapa nak ajar, jadi pergi je la. Lagi pun, kita dah terima sebelum ni nak ajar kat situ. Ada pulak hari tu, hujan ribut (takde la ribut sangat tapi berangin, masyaAllah... kuat..). Jadi, nak tak nak kena la jalan juga. Ujiannn...

Setiap hari, budak-budak tu akan solat asar sebelum pulang ke rumah iaitu lepas habis kelas KAFA. Jadi ustazah-ustazah kat situ akan tengok dan tegur la apa yang tak kena. Mula-mula malas gak nak tegur sebab kena jerit sebab tak larat nak jerit. Penat nak jerit kuat-kuat. Dah la penat melayan kerenah budak-budak setiap hari. Masa solat ni, campur sekali budak kelas lain. Budak kelas lain ni ada yang tadika, umur 5 & 6 tahun dan darjah 5 dan 6. Sekali tu, tegur la sorang budak ni, budak tadika. Kalau tak silap umur 6 tahun. Dia pun buat degil satu macam. Pastu tanya la kawan kita yang ngajar dia ni. Dia pun kata la, memang budak ni degil sikit. Susah nak dengar orang cakap. Yang sempoi nya, budak tu kalau nak suruh dia dengar cakap kita, cuma kata gini je,
"Hei, nanti tepon polis, polis datang sini ambil kau baru nak tahu!". 
Lebih kurang macam tu la. Budak tu hanya takut kat polis je. Haha.. Pelik sungguh budak ni. Agaknya, mak dan ayah dia dok takutkan budak ni dengan polis la kot. Rasanya la...

::::MINGGU TERAKHIR::::

sebelum berhenti disebabkan wajib berhenti, rasa macam malas sikit nak ajar sebab dah ajar semua habis dah (tapi diorang tu ingat ke tak, rasanya memang tak ingat kot sebab suruh salin dan buat latihan je. Tak ngajar sangat pun sebab suara budak-budak tu kalah suara kita. Takkan la nak kena jerit tiap-tiap hari). Dan untuk pengetahuan juga, kalau kita nak cerita apa-apa kat budak-budak tu, diorang pun nak cerita juga. Bukan sorang nak cerita, tapi majoritinya semua nak cerita. Malangnya, bukannya cerita kat kawan dia, tapi semua budak tu nak cerita dekat kita sorang ni, siap berebut-rebut lagi dok depan muka kita nak suruh kita dengar. Kita ada 2 telinga je pun. Budak-budak tu ada 15 orang. Mati la.. Pastu, tak jadi terus nak cerita sebab habis lupa sebab dok dengar diorang bercerita. (ye la, kita ni kan tak ada skill mengajar. Mana tahu nak buat macam mana. So, kita pun layan je la budak-budak tu bercerita).

Berikut disenaraikan nama anak murid ana tu. Kot la ada saudara mara sapa-sapa yang  ada kaitan / kenal.
(Kat tepi tu gambar diorang. Macam-macam gaya ada). Nama budak-budak,
1. Danniel Idzham b Mohd Ridzuan b Zainol (10thn)
2. Mohammad Arif Raihan Ooi b Mohammad Faisal Ooi(9 thn, ayah dia org Cina)
3. Wan Muhammad Hazeeq b Afandi (9thn)
4. Azriel Za Faiz b Azhar (9 thn)
5. Mohd Zakwan b Zaker Syah (9thn)
6. Mohd Badris Hakim b Roslan (10thn, tapi dia keluar dari kelas tu minggu terakhir ana ajar kat situ)
7. Nazrin b Nazeri (9thn,lelaki)
8. Mohd Syu'aib b Ali (9thn)
9. Mohd Daniel Hayqal b Zulkifli (10thn, tapi masuk minggu terakhir mengajar. Jadi tak berapa kenal sangat)
10. Muhammad Syahid b Husein
11.Siti Nazreen bt Mohammad Shajahan (9thn,perempuan)
12.Nurul Syafiqah bt Md Darus (9thn)
13.Nur Farzana bt Zaker Syah (9thn)
14.Nur Adina Najwa bt Azri
15.Nur Fatin Fatihah bt Abd Aziz (9thn)
16. Nur Irma Shafiqah bt Suhaimi

:::BISINGNYA:::

Budak-budak yang ana mengajar ni yang peliknya suka 'main' dengan cikgu dia. Bukan perempuan, tapi lelaki!! Ish3... Nak bercerita tu la, ni la, dan macam-macam lagi la... Banyak sangat. Tak larat nak menulis.
Yang perempuan pulak, macam biasa untuk budak perempuan, main masak-masak, cikgu-cikgu dan main 'keluarga2'. Main dalam kelas masa budak lain tengah baca iqra' / qur'an. Ye la, nak suruh budak lain buat apa lagi. Kalau suruh ulang baca iqra' iaitu tempat yang dia tak lancar, hmph,, jangan harap nak buat (sebab dah suruh buat dah pun. tak jadi). kalau buat pun, seminit je. Lepas tu, apa lagi, bila tengok kawan dia best main, dia pun join la sekali. Macam-macam...

Satu lagi nak cerita. Pelik bin ajaib budak-budak sekarang. Umur baru setahun jagung tapi suka sangat tanya benda-benda 18XXX.... Haha... Bukan apa, malas nak jawab sebab soalan pelik-pelik dan mengarut-ngarut. tak payah tanya la soalan apa yang budak-budak tu tanya. Tapi sebenarnya bukan salah budak tu pun. Diorang tu kecil lagi, tak reti gapodio lagi pun. Sebab apa ana cakap macam ni. Sebab ada sekali tu, tegur la apa yang diorang buat, contohnya macam cakap menipu. Sebab budak-budak ni suka menipu orang. Dengan kita-kita sekali kena tipu dengan budak tu. Lepas tu, baru la kurang sikit 'penipuan' budak-budak tu. Tu pun, rasanya dah berpuluh-puluh kali juga kita halang dia daripada cakap bohong. Memang kalau jadi cikgu, memang mesti kena rasa tak jemu ulang benda sama berpuluh-puluh kali.. Mulia hati cikgu... Hihi...

Tapi lepas ni, kalau orang offer suruh mengajar budak-budak darjah 2,3,4, maaf la rasanya. Buat masa ni dan tahun mendatang rasanya memang tak nak mengajar la dalam lingkungan  tu. Serikkk!!! Hahaha... Memang best dan suka sangat sebab dapat pengalaman mengajar, tapi cukup la setakat itu saja. Tak nak tambah lagi dah. Cuma kalau kecik pada umur tu atau lebih besar lagi, mungkin boleh (Sebab tak pengalaman lagi) . Sebab kalau lagi kecik, senang nak urus kot dan kalau lebih besar, diorang tu selalunya dah 'faham' kita banyak.

Ni pulak gambar budak tadika yang umur lebih kurang 5 dan 6 tahun. Tengah beratur nak salam cikgu dia. Budak yang depan ni masa tu sakit mata kalau tak silap. Tapi gambar ni diambil bukan sebab nak ambil gambar budak tadika lain, cuma nak ambil gambar budak tu je. Tapi yang lain pun nak jugak..


Ok, habis sudah cerita ni.. Tapi rasanya ada lagi yang tak tercerita. Ye la, 2 bulan setengah mengajar. Mesti la banyak ragam dan pancarobanya.. Hehe..

4 comments:

mutiara bd said...

haha.. kaklong tak bace lagi. SELAMAT PAGI CIKGU

rosaceae said...

ces..

Hafizi Azmi =D said...

ngeee...~~ mcm ni rupanya pngalaman jd ustazah ye... teringin nak mengajar bdk2 jgk... tp, bila ye.. hurmm...~~

misSbLurRy said...

salam,

minta kebenaran untuk ambil salah 1 pix kat dlm blog nie....
pix budak sekolah yang sakit mata tue...
hihiihih tp da post..if tak bagi..let me know rite