Matawang yang Laku Selamanya

"Sesetengah orang tidak berapa minat hendak cari pahala. Apa yang dia minat ialah hendak cari duit, hendak cari harta."


Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit, 'mata wang' yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur.

Bila kita masuk ke dalam kubur, kita tidak mati 100%, yang mati hanya tubuh. Dalam jisim kita ada roh,sebagaimana firman Allah:
   
    "Dialah Tuhan yang telah meniup masuk ke dalam tubuh manusia rohnya"
(Sajadah:9)

Allah SWT tiupkan roh ke dalam tubuh manusia. alaupun semua benda lain datang daripada Allah, tapi oleh kerana roh ni benda mulia, maka Allah sandarkan roh kepada Dia sendiri. Jadi, sebagaimana Allah tidak mati-mati, kekal abadi, maka roh juga tidak mati. Yang mati hanyalah tubuh. Pahala adalah mata wang di akhirat. Pandangan atau kemungkinan yang cuma melihat dunia ini sebagai matlamat adalah fahaman yang sesat.

Comments