learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Monday, March 08, 2010

Penegak Syi'ar

LIST OF ISLAMIC SCHOLARS

1. Ibnu Sina 
2. Al-Razi
3. Abu Raihan al-Biruni
4. Ibnu Hisham
5. Jabbir b Hayyan
6. Abu Musa Jabir b Hayyan
7. Solehuddin al-Ayyubi
8. Jamaluddin al-Afghani
9. Syeikh Muhammad Abduh
10. Ibnu Battuta
11. Yazid b Muawiyah / Yazid I
12. Ibnu Khaldun
13. Hunain b Ishak 
14. Thabit b Qurrah
15. al-Khawarizmi
16. Ibnu Haitham
17. Ibnu Baithar
18. Yuhanna ibnu Masawaiyh
19. Ibnu Nafis
20. Ibnu Rusyd
21. Al-Batani/Al-Batanius 
22. Al-Farghani/Al-Fraganus
23. Al-Bazjani
24. Nasir al-Din al-Thusi 
25. Umar Khayyam 
26. Al-Majrity
27. Ibnu Majah
28. Ibnu Tufail 
29. Ibnu Maimun
30. Al-Farabi
31. Al-Kindi
32. Abu Hasan Ali al-Masu'di
33. Ibnu Hauqal
34. Al-Muqaddasi
35. Yaqut ibnu 'Abdullah al-Rumi al-Hamawi  
36. Al-Idrisi
37. Ibnu Khardzbah



1. Ibnu Sina (980-1037) 
Nama lain : Avicienna. Dilahirkan pada 370H bersamaan 980M di Akhsyanah dekat Bukhara. Meninggal dunia di Hamzan. Orang pertama yang menulis dalam bidang kedoktoran pada zaman pembaharuan. Terkenal sebagai pakar matematik dan perubatan, merupakan ahli falsafah dan cendiakawan Arab terulung. Antara buku-bukunya ialah Al-Qanun fi Tibb, Syifa an-Nafsi, karya falsafah dan lain-lain. Beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan. Ibnu Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. Kehebatan dan kepakarannya dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya.

2. Al-Razi
Nama asal : Abu Bakar Muhammad b Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia Barat. Merupakan seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865-925M. Menurut al-Biruni, al-Razi dilahirkan di Rayy, bandar tua di selatan Tehran dan meninggal pada 313H. Beliau digelar Jalinus Arab dan tabib Muslim. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia, dan falsafah. Telah menulis sebanyak lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia menguasai perubatan Yunani dan membuat sebahagian besar penambahan berdasarkan penyelidikan sendiri. Sebagai pakar kimia, al-Razi diakui orang pertama menemui asid sulfurik, yang digunakan secara meluas 'work horse' bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Tidak dapat dinafikan al-Razi merupakan salah seorang pakar ilmuan dalam Dunia Islam dan mempunyai pengaruh besar kepada sains dan perubatan Eropah. Antara bukunya yang terkenal ialah kitab Al-Hawi.

3. Abu Raihan al-Biruni
Dilahirkan pada 15 September 973 di pinggir Khawarizam, Turkistan, Rusia.Beliau meninggal dunia pada 13 December 1048. Beliau mempelajari ilmu matematik, falak, perubatan, taqwim dan tarikh. Abu Raihan al-Biruni merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendiakawan, ahli geografi, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi, dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang surut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi,mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

4. Ibnu Hisham
Pakar dalam perubatan mata.

5. Jabbir b Hayyan
Pakar dalam ilmu kimia

6. Abu Musa Jabir b Hayyan
Dikenal dengan nama Gaber di dunia Barat. Dilahirkan di Kuffah, Iraq pada tahun 750 dan wafat pada tahun 803. Sumbangan terbesar Jabir adalah dalam bidang kimia. Kepakarannya terserlah setelah berguru dengan Barmaki Vizier pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid di Baghdad. Kitab Al-Kimya (diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi The Book of The Composition of Alchemy), Kitab Al-Sab'een, Kitab Al-Rahmah, Al-Tajmi, Al-Zilaq Al-Sharqi, Book of The Kingdom, Book of Eastern Mercury, dan Book of Balance.

7. Solehuddin al-AyyubiNama sebenar : Yusuf b Ayyub. Mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdi di Mesir dan Syria. Di Barat dikenali sebagai Saladin. Terkenal dikalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kepahlawanan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.

8. Jamaluddin al-AfghaniNama sebenar : Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini / Muhammad ibnu Safdar al-Husain (sesetengah pendapat). Dilahirkan pada tahun 1838M bersamaan 1254H. Dibesarkan ditempat lahirnya iaitu di Asadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan. Tahun 1871, Sayid Jamaludin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Pada 1884, beliau menerbitkan sebuah majalah Arab berjudul al-Urwah al-Wuthqa. Menerusi majalah ini, Sayid Jamaludin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenar dan bersatu padu. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1897M bersamaan 1314H ketika berusia 60 tahun dan dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944, jenazah Sayid Jamaludin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan dan dikebumikan dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah didirikan untuknya.

9. Syeikh Muhammad Abduh
Nama sebenar : Muhammad b Abduh b Hasan Khairullah.  Bapanya merupakan seorang petani dan mempunyai salahsilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salahsilah perhubungan dengan Saidina Umar al-Khattab. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad saw iaitu abduhu wa rasuluh. Dilahirkan pada tahun 1849M bersamaan 1265H di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujub-rakhit, Daerah Buhairah, Mesir. Ketika dibuang negeri, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.

10. Ibnu Battuta
dilahirkan di Tanjah, utara Morocco. Merupakan seorang pengembara yang belayar di seluruh pelusuk dunia sselama 29 tahun. Di antara negara yang pernah disinggahi ; Mesir, Syria, Palestin, Mekah, Iraq, selatan negara Arab, Afrika Timur, negara-negara Asia, Bukhara, Afghanistan, India, China, Bangladesh dan kemudian kembali ke negara Arab melalui kepulauan Sumatera seterusnya ke Morocco. Bukunya yang berjudul Pelayaran Ibnu Battuta telah diterjemahkan ke bahasa Perancis, Jerman dan Inggeris.

11. Yazid b Muawiyah
/ Yazid I
khalifah ke-2 Kerajaan Bani Umayyah selepas menggantikan ayahandanya Khalifah Muawiyah. Dia meninggal dunia secara mengejut pada tahun 683 selepas hanya 3 tahun memerintah. Khalifah Muawiyah memutuskan penggantinya ialah anaknya sendiri iaitu Yazid. Keputusan ini mendatangkan bantahan daripada orang ramai. Namun penentangan ini hanya berlaku selepas Khalifah Muawiyah wafat. Yazid pertama sekali ditentang oleh cucu Nabi Muhammad saw iaitu Saidina Hussien yang juga merupakan anak khalifah terakhir Khulafa ar-Rasyidin, Saidina Ali b Abi Talib. Namun, semasa di Karbala, Iraq, pertempuran berlaku yang menyaksikan kematian Saidina Hussien. Golongan Syiah memperingati peristiwa ini pada setiap tahun iaitu pada 10 Muharram dengan berdukacita. Antara peristiwa hitam yang terjadi semasa pemerintahan Yazid adalah serangannya ke atas kota Madinah yang menyebabkan ramai golongan para penentang terdiri daripada para sahabat, anak para sahabat, dan golongan tabi'in terkorban syahid. Kubur para syuhada ini masih dapat dilihat di Tanah Perkuburan Baqi' di Madinah. Kubur para syuhada ini dipanggil Syuhada al-Hararah as-Syarqiyyah.

12. Ibnu Khaldun
Nama sebenar : Abd al-Rahman Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Abi Bakr Muhammad Ibnu al-Hasan Ibnu Khaldun. Merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332-1395. Dilahirkan pada 27 May 1332 di Tunisia dan meninggal pada 17 March 1406 di Kaherah, Mesir. Keluarga Ibnu Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab yang teragung, juga dikenali sebagai Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Social Modern. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah. Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintahan Tunisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta Raja Moor di Granada. Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada October 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di al-Azhar dan universiti lain.

13. Hunain b Ishak
(809-873)
dikenali dalam Latin sebagai Johannitius . Beliau merupakan seorang Sarjana Syriac yang terkenal. Sebagai doktor dan saintis, beliau berjaya melakukan pelbagai tranformasi terhadap perubatan Yunani kepada kaedah perubatan Arab. Dilahirkan di al-Hirah berdekatan Kufah. Pada tahun 830, beliau bertugas di Baitul Hikmah sebagai penterjemah dengan upah lumayan. Beliau banyak menterjemah karya Galen. Khalifah al-Ma'mun (813-833M) melantik beliau menjadi pengarah Institut Baitul Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil (847-861M) beliau dilantik sebagai doktor istana. Hunain ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arabb adalah sangat berguna untuk pendidikan asas perubatan.

14. Thabit b Qurrahdilahirkan di Harran. Merupakan pakar matematik, perubatan dan falsafah di zaman Khalifah al-Muktadir di Baghdad. Ideanya dalam bidang-bidang di atas diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Beliau menghuraikan banyak buku Yunani terutama dalam bidang matematik dan falak.

15. al-Khawarizmi (780-850)
Nama sebenar : Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. al-Khawarizmi pakar dalam bidang matematik dan astronomi.

16. Ibnu Haitham
(965-1020)
Nama sebenar : Abu Ali Hassan dilahirkan di Basrah. Beliau adalah tokoh intelektual Arab dalam bidang matematik, fizik, dan falsafah Aristotle. Diantara bukunya al-Manazir dan lain-lain diterjemahkan oleh orang Eropah ke dalam bahasa mereka. Abu Ali Hasan al-Haitham dikenali sebagai Alhazen di Barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan bapa fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Beliau merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Abu Ali Hassan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat bukan datang dari dalam mata. Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Abu Ali Hasan membincangkan ketumpatan atmosphere dan menghasilkan hubungan antara atmosphere dan ketinggian.

17. Ibnu Baithar
Nama sebenar Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi. Salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol, ahli botani, dan farmasi yang terkenal. Dilahirkan di Malaqa / Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Beliau meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1248.

18. Yuhanna ibnu Masawaiyh
Ibn Masawaiyh dalam bahasa Latin disebut sebagai Mesue, Masuya, Mesue Major, Msuya dan Mesue The Elder. Seorang doktor dari akademi Gundishapur. Menurut kitab Al-Qanun Fit-Tib karangan Ibnu Sina dan kitab 'Uyun al-Anba menceritakan bahawa Ibn Masawaiyh berketurunan As-Syrian dari sebelah bapa dan Slaavic dari sebelah ibunya. Dilahirkan pada 777M dan belajar di Baghdad di bawah seliaan Jabril ibnu Bukhtishu. Beliau banyak menulis dalam bahasa Syriac dan bahasa Arab dan pernah menjadi pengarah di hospital Baghdad. Kepakaran Ibn Masawaiyh menyebabkan beliau dilantik menjadi doktor peribadi kepada 4 orang khalifah berturut-turut.

19. Ibnu Nafis (1210-1288)
Turut dikenali sebagai Bapa Perubatan dan telah menulis suatu iktisar bertajuk 'Al-Shamil fi'l-sina at-tibbiyah (Suatu Kajian Menyeluruh Bagi Seni Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan. Selain seorang cendiakawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis, dan usul fiqh. Ibnu Nafis mendapat pendidikan ilmu kedoktoran perubatan daripada Al-Dakhwar dan Imam al-Israili yang digunakan untuk membuat eksperimen dan seterusnya diiktiraf masyarakat dunia.  Beliau berjaya menyiapkan 80 jilid ensiklopedia penulisan berkaitan kedoktoran daripada 300 jilid yang dirancang. Selain itu, Ibnu Nafis juga banyak mengarang dalam bidang falsafah, sirah nabawi, ulum hadis, bahasa, dan perundangan Islam, malah dunia barah begitu mengagumi penemuan dan usaha yang dilakukannya. Ibnu Nafis meninggal dunia di Kaherah dna beliau diingati sebagai seorang cendiakawan yang menggunakan illmu kedoktoran untuk menggemilangkan lagi Islam pada zamannya di seluruh dunia.

20. Ibnu Rusyd
Nama asal : Abu al-Wahid Mohammad b Ahmad atau dikenali juga sebagai Averrose di Barat. Dilahirkan di Qurtubah,  Cordova, dan meninggal dunia di Morocco. Merupakan seorang ahli falsafah, doktor Muslim, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi, dan sains. Beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas dalam dunia Islam, tetapi juga dikalangan masyarakat di Eropah. Antara bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan A'bri ialah Tuhfatul Tahafat dan lain-lain.

21. Al-Batani/Al-Batanius (858-929)
Nama asal : Abu Abdullah. Beliau merupakan seorang pakar falak tersohor. Karya-karya falak beliau mempunyai pengaruh yang besar terhadap ilmu falak dan matematik di Eropah Barat.

22. Al-Farghani/Al-Fraganus
Nama asal : Abu al-Abbas Ahmad ibnu Muhammad ibnu kathir al-Farghani. Dilahirkan di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Ma'mun. Al-Farghani juga telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap. Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh besar kepada ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal. Menurut al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan al-Farghani yang lain apabila beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700km termasuk menentukan ukur lilit planet. Menurut Ibn Tughri Birdi, al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di Fustat (Kaherah Lama). Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861M iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

23. Al-Bazjani
Nama asal : Abu Wafa Muhammad al-Bazjani. Salah seorang saintis Islam yang hidup antara tahun 940-997. Dilahirkan di Bazjan dan merupakan tokoh besar matematik Arab dan tinggal di Baghdad. Antara bukunya ialah Kitab Manazil Fil Hisab dan Hisab Tiga Bucu/Hisab Tiga Segi.

24. Nasir al-Din al-Thusi (1201-1274)
adalah ahli sains Islam Syiah berbangsa Parsi, Iran, yang dikenali sebagai ahli falsafah, matematik, astronomi, teologi, serta pakar perubatan dan penulis. Beliau adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang. Dilahirkan di daerah Thus, Khurasan, Iran. Nasir memulakan pendidikan sejak kecil. Di Thus, beliau mengaji al-Qur'an, Hadis, dan Syariah Syiah, serta belajar bahasa Arab, logik, falsafah, matematik, perubatan, dan astronomi. Ketika masih muda, beliau berpindah ke Nisabur untuk belajar falsafah dengan Farid al-Din Damad dan matematik dengan Muhammad Hasib.

25. Umar Khayyam (1074-1132)
Merupakan seorang alim dan penyair Parsi. Beliau mengambil peranan dalam membetulkan Matematik Tahunan Parsi. Antara bukunya yang masyhur ialah Kitab al-Musodarat dan Muksilat al-Hisab dna sebuah kitab syair iaitu Ar-Ruba'iayat.

26. Al-Majrity
Dilahirkan di Majrit, Sepanyol, dan meninggal dunia pada tahun 1007M. Merupakan seorang ulama besar Arab dalam bidang Matematik, Falak, perubatan dan kimia. Antara bukunya ialah Takdil al-Kawakib (Kedudukan Bintang-Bintang).

27. Ibnu Majah
Nama asal : Abu Abdullah Muhammad b Yazid b Abdullah b Majah al-Quzwaini. Dilahirkan pada 207H dan meninggal pada hari Selasa 8 hari sebelum berakhir bulan Ramadan dalam tahun 275. Beliau menuntut ilmu hadis dari pelbagai negara sehingga beliau mendengar hadis dari mazhab Maliki dan Al-Laith. ramai ulama yang menerima hadis dari beliau.

28. Ibnu Tufail (1105-1185)
Nama asal : Abu Bakar Muhammad b Abdul Malik b Muhammad b Tufail al-Qaisi al-Andalusi atau Abubacer dalam bahasa Latin. Merupakan ahli filosofi, doktor, dan petugas di pejabat pengadilan Arab Muslim di Andalus. Lahir di Guadix, Granada. Dididik oleh Ibnu Bajjah (Avempace). Beliau dilantik sebagai setiausaha bagi penguasa Granada, kemudian menjadi doktor peribadi kepada Abu Yaqub yusuf, penguasa Sepanyol (Andalus) di bawah pemerintahan Almohad. Beliau meninggal di Morocco. Di zamannya tersohor sebagai sarjana filosofi dan pelajar. Kemasyhurannya telah meletakkan dirinya sebagai Maecenas. Ibnu Tufail juga merupakan pengarang Hayy ibnu Yaqzan (Hidup, Putera Kesedaran).

29. Ibnu Maimun (30/3/1135 - 13/12/1204)
Nama sebenar : Abu Imran Musa b Maimum b Abdullah al-Qurtubi al-Israeli. Dikenali sebagai seorang pengkaji agama Yahudi (rabbi), doktor, dan ahli falsafah di Andalus, Sepanyol, dan Mesir yang lahir, hidup dan membesar dalam zaman keemasan kebudayaan Islam pada abad pertengahan. Beliau adalah salah seorang dari beberapa ahli falsafah berbangsa Yahudi.

30. Al-Farabi (873-950)Nama asal : Abu Nasr Mohammad . Dilahirkan di Farab dan meninggal dunia di Damsyik, Syria. Beliau merupakan ahli falsafah Arab yang agung, berasal dari Turki. Mempelajari falsafah daripada ulama Nasrani (Kristian) dan merupakan mahaguru kedua selepas Aristotle. Beliau melahirkan Falsafah Islamiyah Aflatoniyah al-Jadidah.

31. Al-Kindi
Nama asal : Abu Yusuf Yaakub. Dilahirkan di Kufah, Iraq. Digelar ahli falsafah Arab. Merupakan pakar dalam ilmu falak. Banyak buku Yunani diterjemah ke bahasa Arab kemudian ke bahasa Latin. Meninggal dunia pada 873M.

32. Abu Hasan Ali al-Masu'di
Seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 957. Dilahirkan  di Baghdad. Merupakan seorang ahli sejarah, geografi dan falsafah. Dia pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan China serta menghabiskan umurnya di Syria dan Mesir. Berasal daripada keturunan sahabat Nabi Muhammad, Abdullah b Mas'ud. Bukunya Muruj adh-Dhahab wa Ma'adin al-Jawahir (Padang Emas dan Lombong Manikam) yang ditulis pada 943, merupakan himpunan kisah perjalanan dan pembelajarannya. Ia menyentuh aspek sosial dan kesusasteraan sejarah, perbincangan mengenai agama dan penerangan geografi. Dia menulis buku Al-Tanbih wa al-Ashraf, yang merupakan buku terakhirnya.

33. Ibnu Hauqal
Pakar geografi Arab abad ke-10. Memulakan penulisan dalam bidang geografi bermula pada 997. Beliau menumpukan kajian terhadap kitab Masalik al-Mamalik karangan al-Istakhri, yang ditulis pada 951. Kitab ini adalah edisi kemaskini daripada Kitab al-Ashkal atau Suwar al-Agalim karya Abu Zaid al-Balkhi, yang dikarang pada 921. Hasil kajian Ibnu Hauqal ini telah diterbitkan oleh M. J. de Goeje (Leiden, 1873).

34. Al-Muqaddasi
Nama penuh : Muhammad Ibn Ahmad al-Maqdisi. Dilahirkan pada 946M dan meninggal dunia pada 1000M. Seorang pengembara Arab, pakar geografi. Beliau merakamkan penyelidikan dan pengamatan dalam tulisan yang berjudul Ahson at-Taqasim fi Ma'rifat al-Aqalim (The Best of Classification for The Knowledge of Regions) ditulis pada 985 berdasarkan pemerhatiannya terhadap populasi penduduk, adab setempat, dan perkembangan ekonomi di negara-negara Islam.

35. Yaqut ibnu 'Abdullah al-Rumi al-Hamawi (1179-1229)
Seorang pakar biografi dan geografi berdarah Syria. Al-Rumi diambil daripada perkataan Rom, merujuk kepada keturunannya berbangsa Yunani manakala al-Hamawi bererti beliau berasal dari Hama, Syria. Diksi Yaqut bermaksud permata delima. Beliau dikenali kerana kejayaannya menghasilkan ensiklopedia dunia Muslim. Yaqut pernah dijual sebagai hamba kepada seseorang yang kemudiaannya berpindah ke Baghdad. Setelah menyedari kebijksanaan Yaqut, pemiliknya memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Beliau kemudiannya dimerdekakan dan mengembara menimba ilmu. Yaqut menyara hidupnya dengan menyalin dan menjual manuskrip.

36. Al-Idrisi (1099-1166)
Nama penuh : Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris ash-Sharif. Dilahirkan di Ceita, Sepanyol. Seorang ahli geografi dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400kg. Al-Sharif al-Idris al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran.

37. Ibnu Khardzbah (820-913)
Seorang ulama geografi dan pelukis penting bagi menentukan sifat bumi. Bukunya yang terpenting : Al-Masalik Wal Mumalik.

1 comment:

ekin.. said...

bagus entry ni..bermanfaat..:D tengs,,