Expedisi Raya ke 3

12 september bersejarah amat
umur si mutiarajannah semakin meningkat
jange bekeng supaya tak cepat usia meningkat
moga panjang umur dalam berkat


siapa tak kenal che abdullah mat nawi
bertani satu ibadah menjadi misi 
rumah terbuka aidilfitri jaya sekali
keychain dan duit raya diiringi



bermulalah alkisah yang hangat sekali
bagi syerp, mutiarajannah, puterikalimah dan umi
sayur menjadi buruan kini
wakaf che yeh yang ingin ditujui


Lama sungguh jangka masa pergi
puas tidur bangun kembali
tempat dituju belum ditemui
channel umi.fm pengubat hati


KBMall mejadi sasaran utama
malangnya aral telah menjelma
banyak sungguh kereta tak terkata
Tiga jam berlalu begitu sahaja


Jam menunjukkan 12 malam
Atok dan ayah menanti dalam terdiam
Mata berat macam nak lebam
Menanti anak yang pulang belum


Tibalah sudah anak-anakmu ini
Menjadi riuh rumah seisi
Late dinner atau early breakfast menjadi pengubat perutku ini
Makan ayam goreng ibarat makan ayam McD


Sebelum ditutup pantun ini
bolehlah layari laman web ini
topic sayur dari puterikalimah harap dihayati
mutiarajannah bakal menyusul nanti

Comments