Perlukah Samak Bila Pegang Anjing?

Menurut mazhab Syafie : WAJIB bila bersentuhan dengan anjing.

Menurut mazhab Maliki : TAK WAJIB samak.

Mazhab Syafie mewajibkan basuhan (samak) 7x adalah qiyas kepada jilatan anjing. Imam Nawawi berkata:
"Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada komponen-komponennya. Maka apabila mengenai kencingnya, najisnya, darahnya dan peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang suci pada keadaan/ basah salah satunya, maka wajiblah basuhan 7x, salah satunya dengan basuhan air tanah." (SYARAH SAHIH MUSLIM, JILID 1, KITAB TAHARAH, BAB JILATAN ANJING, HAL.521)
Sebaliknya, menurut mazhab Maliki, kalau dijilat anjing barulah wajib dibasuh. Oleh itu, kalau sekadar bergesel, tersentuh, dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan mulut anjing, masyarakat Muslim ada 2 pilihan; WAJIB samak(Syafie) atau TIDAK WAJIB SAMAK (Maliki). Walaubagaimana pun, jika badan anjing itu basah, maka hendaklah dibasuh kerana kebasahan kulit/bulu anjing adalah berkemungkinan disebabkan oleh jilatannya kerana anjing memang suka menjilat badannya.

RUJUKAN:
FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM, UST MOHAMMAD NIDZAM BIN ABD KADIR. TELAGA
BIRU,CETAKAN PERTAMA 2009, HALAMAN 64-66, BAB 4 FIQAH KENAJISAN ANJING.

Kalau ikut Ustaz Asri pulak:

Comments