Nak jadi muda? Bagi yang dah berumur, mesti nak jadi muda semula. Kalau dah dewasa, mesti teringat masa kecik2 dulu. Boleh main, makan, tidur tanpa perlu fikir masalah2 lain. Seronok je hidup masa tu. Tapi ingat, masa sentiasa berlalu. Tak ada yang terus muda dan tak ada yang terus bahagia/merana selamanya. Nama pun dunia. Mana ada yang sempurna. Jadi kita kena banyak2 bersyukur dengan semua nikmat yang kita ada. Semua benda yang ada pada kita ni kira nikmat. Sakit dan susah pun nikmat tau tak? Nikmat la sebab kalau tak sakit, macam mana nak tahu nikmat sihat, nikmat makan nasi sedap, dan macam2 lagi. Bak kata orang, kalau kita buat aktiviti orang muda, kita kira muda la kan? So, jom buat dakwah untuk jadi muda. ^^
Jadi, bila dah dapat nikmat, kita kena syukur la kan? Macam mana nak tunjuk yang kita ni bersyukur sangat dengan semua nikmat. Semua orang pun tahu – syukur dengan lidah, hati dan amalan, dan anggota dan amalan. Syukur dari segi anggota dan amalan ni adalah jenis syukur yang paling penting. Bukan kata yang jenis lain tak penting, yang lain pun penting, tapi ketiga ni yang lagi penting dari yang penting.
OK, yang atas tadi tu introduction je. Sumber benda ni ditulis: selepas dengar ceramah dari Syeikh Hamid Helwa. Jadi kalau ada sebarang salah, harap ditegur. Ya lah, bunyi kan ada resistance. Mana tahu ada bunyi yang hilang tengah jalan tak sempat sampai impulse ke brain. Opppss,, mengarut lagi.. Sekarang kita masuk topik utama kita.
KAMI KAUM YANG BERAMAL
Apa yang anda semua faham dengan tajuk ni? Saya beramal? Ya lah, betullah tu, kalau dah nama orang Islam mestilah beramalkan. Solat, puasa, pergi haji berpuluh-puluh kali, tolong orang susah, ikut kata mak ayah. Yeah, semua yang disenaraikan ada betulnya. Tapi bukan benda tu yang penulis nak kupas. Benda tu majoritinya semua orang buat. Penulis nak cakap benda yang tak ramai orang buat dan ramai orang lepas pandang. Anggap tak penting. Walaupun sebenarnya penting. Memang dia cakap kat mulut penting, tapi perbuatan dia tak dak bukti yang membenarkan lidah dia kata. ( bahasa mudah-> cakap tak serupa bikin).
D-A-K-W-A-H
Dakwah bukan teori dan falsafah semata-mata tetapi melibatkan gerakan. Dakwah sentiasa muda dan mesti berterusan.(Sebab apa muda? Sebab tak tua.) Bukannya sekejap ada, sekejap tak dak. Jangan jadi macam chipsmore. Haha Nak makan pun tak best. Orang suka makan chip coklat tu, tapi kejap banyak, kejap tak dak langsung(seciput je)!
Jadi, kalau nak dakwah tu, mestila ada objek / motif utama sesuatu gerakan tu kan? Orang panggil fikrah. Fikrah tu mesti , tak dapat tidak, wajib ikut. Alaa, macam nak belajar bahasa jepun tu la. Kalau nak expert dalam bidang tu, mesti la kena ikut step2 pembelajaran dia. Mula2 belajar jenis tulisan dia – hiragana, katakana, & kanji. Lepas tu baru boleh baca. Pastu hafal vocab. Banyak stepnya. Kalau langkau terus pastu tak consistent, campur dengan malas, kejap je boleh lupa balik apa yang belajar dan terus rasa bosan sebab susah. Sebab utama semua tu sebab tak ikut step yang betul. Ok, dah lari topic sangat dah ni. Back to our topic.
Macam mana nak amalkan fikrah yang kita ada? Mesti ikut flow ni…
1. Mesti PERCAYA dengan fikrah yang dibawa
2. BerAMAL sesuai dengan fikrah yang diterima
3. SERU manusia lain kepada fikrah kita
TARBIYAH ADA 3 LANGKAH
ILMU -----> HAL -----> AMAL
Untuk beramal, kita memerlukan beberapa sifat yang mesti ada dalam diri kita. Antaranya ialah:
1. AMAL IKHLAS KERANA ALLAH
a. Ikhlas adalah asas penerimaan sesuatu amal. Tanpa ikhlas, semua amalan kita akan jadi macam debu kat padang pasir tu. Banyakkk… Tapi tak dak nilai. Orang pun tak suka. Buat sakit mata orang. Terutamanya waktu angin tiup. Habis pasir masuk mata.
b. Ikhlas mesti dibuktikan dari segi percakapan, perbuatan, amalan. Bukan teori semata2. Jangan cakap je hebat. Tapi dia orang pertama yang melarikan diri dari buat sesuatu benda baik.
c. Orang yang tidak ikhlas akan mudah tergelincir dari landasan.
d. Ikhlas bukan benda mudah. Jadi, banyakkan la doa dalam solat terutamanya waktu sujud supaya Allah terima dan memberkati semua amalan kita. (Ya lah, kalau buat benda baik, mana boleh diam. Mesti nak riuh satu dunia kalau boleh. Ok je kalau nak riuh sebab nak suruh orang lain tiru buat benda baik. Tapi kalau riuh sebab nak orang puji lebih2, nak menunjuk yang dia je yang terer+bagus+perfect+hebat++++++, nak lari jauh2 la dari orang tu.. Menyampah je.. haha
e. Untuk makluman sesiapa yang mendakwa ikut Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna meletakkan niat sebagai rukun ke-2 dalam dakwah. Dengar tu, KEDUA! (Kalau yang pertama saya tak tahu pulak. Hohooooo Barang siapa yang tahu, boleh la royat ye)
KESIMPULAN: Dakwah adalah suatu platform untuk mendapat tauhid & diterima amal.
sambungan dia kemudian.. ada lagi 9.
Comments