Assalamualaikum,
Ni hao,
wan shang hao,
konnichiwa.
Genki desu ka? Apa khabar perasaan anda hari ni? Gembira? Sedih? Rasa nak marah?
Hari ini nak cerita pasal M.A.R.A.H. (bertengkar dan orang yang ego tak kena tempat dan yang sama waktu dengannya)
Tergerak hati nak tulis sebab terbaca satu statement orang yang tulis dia tak tahu macam mana nak kawal perasaan tu. Jadi, saya nak cuba berkongsi la sikit. Tak banyak pun. Cara ni mungkin tak la macam ustaz-ustaz ceramah yang guna ayat sempoi2 dan bunyi 'wahhhhh wowwww' tu.. bagi saya, kadang2 memang dah tahu lagi arif maha pakar benda-benda yang disebut oleh ustaz, tapi secara realiti dan praktikalnya, susah juga nak buat sebab tak tahu macam mana nak mula.
Semua orang mesti pernah rasa marah dan pernah marah orang pun kan?
(baby pun pandai marah juga kalau perasan)
Agak-agaknya masa tu, fikiran anda normal tak?
Kalau anda tengah marah, mesti cakap : "Aku normal la"
Tapi kalau lepas marah, dan fikir balik apa yang anda ucap waktu marah,
mungkin ada yang akan fikir macam ni : "Apa la yang aku dah cakap tadi. Nyesal pulak.".
kes tu selalunya jadi untuk yang jenis 'cepat mulut'. takpun yang jenis tinggi benar keegoan dalam diri, rasa diri dia yang lebih pandai, bagus, alim, kaya, cantik, maha mengetahui, maha agung dan maha-maha la.. atau yang jenis fikir, orang buat kat aku macam tu, aku buat la balik
(ni semua penyakit hati la ni)
Bila dah puas sesi tembak menembak guna sniper M16 dan segala jenis bom atom hidrogen proton...baru la nak fikir..
----Tu kira bagus kalau fikir balik dan menyesal. Kalau kes yang tak ingat apa yang dia cakap waktu tengah marah macam mana?sebenarnya tu lagi parah. Sebab orang yang dimarah tu dah luka parah berdarah tinggal nyawa-nyawa ikan, tapi si pemarah tu tak ingat pun dia cakap apa.. adui~~ (kita rakam la waktu dia marah. pastu replay balik kat dia waktu tenang. agak2 nya apa respons dia ya?) walaubagaimana pun, kalau lah anda secara bertuahnya terpilih menjadi orang yang memerhati atau dengan bahasa mudahnya - "saksi kejadian" mesti cuba untuk nasihat atau bagitau si pemarah tu..tapi kalau dia tak mau dengar/cakap jangan masuk campur/ apa-apa yang bakal terjadi, berhenti la. Tanggungjawab sebagai saksi kejadian tamat.
Selalunya orang muda-muda dalam lingkungan 15 tahun ke atas ni dah mula pandai marah dan selalunya tak pandai nak kawal perasaan dia. (kalau tak setuju dengan umur 15 tahun pun tak pa. Saya hanya buat anggaran je ni.. Nak cakapnya orang yang berumur sikit dan perasan dia dah besar, selalunya dah mula buat hal la).
Kalau anda rasa nak marah, cuba selesaikan soalan-soalan ni dulu. Bisik pelan2 dalam hati. Tanya dan jawab dengan jujur. Hanya anda dan Allah je yang tahu.
SOALAN 1 : Kenapa nak marah? Ikut nafsu ammarah semata atau sebab sayang kat dia?
SOALAN 2 : Benda yang dia buat ni langgar perintah Allah ke? Dosa besar ke yang dia dah buat?
SOALAN 3 : Aku penat sangat ke hari ni? Patut berehat dulu kot sebelum nak sambung perbincangan.
SOALAN 4 : Macam mana hubungan aku dengan Allah ya? Makin jauh ke makin dekat? Solat khusyuk tak? Mungkin aku sekarang dah makin jauh hubungan dengan Allah, sebab tu aku cepat marah.
SOALAN 5 : Apa bezanya aku dengan dia? Dia manusia, aku manusia. Mati nanti, dua2 masuk dalam tanah. Yang membezakan dia dan aku hanyalah taqwa. Jadi apa yang perlu dimarahkan sangat. Tegurlah & Ucaplah dengan cara yang berhikmah.
SOALAN 6 : (ayat ganas skit) Aku perasan aku Tuhan ke yang nak marah orang bagai nak rak sebab dia tak dengar / menentang kita? Ingat, Allah yang pegang hati manusia. Kita manusia hanya boleh berusaha, nasihat, ajak, tegur. Hasilnya bergantung kepada Allah. Jangan lupa yang Allah nak U.J.I. kita & dia.
SOALAN 7 : Aku tak lupa kan yang Allah lebih tinggi daripada segalanya dan Allah suruh kita bersederhana dan hanya marah pada tempatnya. Marah kita lagi tinggi dan utama ke atau perintah Allah lagi tinggi? kalau anda marah juga, itu bermaksud marah aku yang lebih tinggi berbanding suruhan Allah supaya menjaga hubungan sesama manusia.
Kalau nak juga sangat amat nian marah, tanya soalan terakhir ni: "Aku suka ke kalau syaitan & iblis menang dalam kes ni? Ke aku ni dah tak waras nak bagi syaitan menang sebab kalau aku marah & bertengkar, memang sah syaitan menang. Aku nak aku menang!!!! Katakan tidak kepada syaitan.."
Mesti la tak mau syaitan menang kan?
Kalau kata soalan atas ni banyak sangat (ye la kan tengah marah aka abnormal atau paranormal, memang takboleh nak fikir secara logik dan waras la kan). jadi apa kata cuba asingkan diri daripada orang yang anda nak marah tu, then fikir elok2 jawapan dia.. Ikhlaskan diri jawab. Bukan saya yang untung, bukan musuh/ orang yang akan marah itu yang untung, TAPI....yang untung tu diri anda sendiri.. Tak dak la cepat mati sebab stress,telan panadol 10 biji, cepat kena jangkitan macam selsema, sakit jiwa, masuk hospital bahagia awal ke kan...
POINT UTAMA yang saya nak utarakan di sini bila anda rasa nak marah (ataupun kalau anda nak nasihat orang yang nak marah) :
1. TUTUP & KUNCI MULUT RAPAT-RAPAT bila dah start rasa berapi.
2. CEPAT-CEPAT LARIKAN DIRI DARI ORANG TU, masuk bilik lain ke atau pergi la mana2 asalkan tak nampak muka orang tu.
3. DUDUK kalau masa tu tengah berdiri...atau pun BARING kalau duduk pun tak makan saman.
4. AMBIL WUDHU. Nak ambil wudhu banyak2 kali pun xpa. pastu, alang-alang dah berwudhu, solat la sunat 2 rakaat. Jumpa pakar kepada segala pakar, adu semua masalah yang anda rasa kepada Pencipta anda sebab sudah semestinya pencipta kita mempunyai penyelesaian yang terbaik untuk manusia sebab dia yang cipta kita.
(ala, macam robot la. Kalau la syarikat shizune yang cipta robot kucing dan jual kat orang, then tiba2 robot tu ada masalah rosak atau ada bahagian yang tak berfungsi...mestila kita hantar kat pembuat robot balik kan? kenapa hantar kat syarikat shizune balik? kenapa tak pergi ke syarikat elektronik lain yang terkenal dan gah? Memang diakui syarikat lain ada kepakaran elektronik dan kerja pembaikan, tapi untuk kes robot kucing yang dicipta oleh syarikat shizune, hanya syarikat tu je la yang expert & terer. Sama la kes nya dengan manusia.)
5. Paling penting terutama sekali ialah, JAWAB SEMUA SOALAN diatas. Bukan apa, saya nak suruh anda berfikir. Kadang2, kebanyakan orang malas nak fikir. Kalau dibimbing satu persatu baru boleh. Sebenarnya, kalau kita ni fikir sikit je, konpem (insyallah) tak jadi nak marah/ bertengkar. & kita mesti maafkan kesalahan dia walaupun dia yang cari pasal dulu. Teruk sangatkah kesalahan dia sampai kita nak dendam? Allah pun ampunkan dosa hamba dia kalau hamba dia taubat sesunguh-sungguhnya. Tapi kita sebagai manusia takmau maafkan? Hebat sangatkah kita daripada Allah? Dendam akan menyebabkan perpecahan sesama manusia dan hidup pun jadi tak aman. Jadi, jom saling bermaafan. Mungkin masa tu dia yang buat silap, tapi lepas ni, kita pulak yang mungkin akan buat silap kat orang lain...
Allah suka kalau kita banyak-banyak minta kat dia, itu menunjukkan pergantungan kita kepada Allah.
Jangan banyak marah-marah stress-stress tension-tension sangat ye.. Muka nanti cepat berkedut. Nampak tua nanti. Hidup dah la sementara saja.. Jangan bazirkan masa dengan benda yang tak berfaedah dan merugikan diri sendiri.. Kalau rasa tak boleh buat, cuba dulu. Jangan reject/tolak terus.. Tak salah mencuba. Allah lebih menilai kepada usaha berbanding hasil.
Ok itu saja kali ni.. Tataaaa
Jaane~

Nak main angry bird boleh. tapi jangan pulak anda cipta game baru - angry people. tak seronok orang keliling nak main nanti |

Senyum banyak2 jommmmmm |
Jaane~
#p/s: kalau ada mana-mana yang tak kena, tolong tegur la ya.. saya juga manusia yang boleh buat salah dan saya bersedia untuk belajar.
Comments
soalan 4 tu. daebak. tp ad jgk kes, smyg khusyuk smua dh rsa tenang. tp ttba ad ja bnda nk bg hati panas. tu agknya nk uji kot, btul ka, kita baik kita sabar.
yg steps tu mnarik.sbb km buat gk 1 n dua tu
main tulis saja... (^0^)
tapi kdg2 km tlupa juga nk buat..
sbb bila time dtg malas nk fikir..
hiiii~~