Assalamualaikum.. Apa khabar iman?
Antunna semua mesti selalu baca quran kan setiap hari. Tapi pernah tahu tak yang kita ada cara nak berinteraksi dengan Quran? Kalau tak tahu lagi, jom baca selanjutnya...
PERTAMA : FAHAM BAHASA ARAB
Dalam Qur’an ada pelbagai jenis kisah, pengajaran, nasihat, dan etc. Seronok sebenarnya kalau kita faham Quran ni. Mesti anda pernah solat dimana imam nya membaca surah yang sangat panjang. Kita yang dibelakang ni dah nak ‘bosan’ atau dengan bahasa mudahnya, lenguh kaki dan mula fikir pelik sikit – “kenapa lah imam ni baca panjang-panjang sangat. Kalau nak mengulang hafazan pun, tak payah la waktu solat.” Ada juga imam yang macam suara nak menangis (tapi tak nangis la waktu tengah solat) waktu baca ayat tertentu. Pernah terfikir tak kenapa imam buat dan jadi macam tu? Sebabnya, dia sedang menghayati makna ayat yang dibacakan. Subnallah..
Macam mana nak faham? Belajar lah bahasa Arab. Banyak tempat dan cara untuk belajar. Kalau ada kemahuan, mesti ada usaha untuk belajar. Kalau takut tak dapat bagi komitmen untuk ke kelas + tak dak duit, cari je online. Banyak tempat yang mengajar secara percuma. Download video dari youtube ke.. Livemocha.com pun boleh juga.. Boleh juga cari pen-pal (atau saya panggil sebagai kawan online). Kita berkenalan dengan dia dan minta dia ajar Arab. Orang Arab ni sangat baik dan akan cuba untuk ajar kita. Gunakan teknologi terkini untuk faedah kita, jangan biarkan teknologi yang menggunakan kita.
Bahasa Arab sangat mudah untuk dipelajari. Kalau anda belajar di sekolah agama, mesti ada ambil subjek bahasa Arab kan? Samada Bahasa Arab Komunikasi atau pun Bahasa Arab Tinggi. Kalau nak tahu, belajar bahasa ni sebenarnya dapat menajamkan ingatan dan menguatkan minda. Sama macam kita hafal qur’an. Jadi lepas belajar, mestila kena guna. Selalu-selalu lah sembang atau menulis atau apa-apalah dalam bahasa Arab. Lagi bagus kalau anda ajar pulak orang lain bahasa Arab. Sebab kalau tak, nanti lupa. Apa-apa pun, kalau dah belajar, tapi tak praktik dan guna, memang akan lupa. Maklumla, kita kan manusia.
KEDUA: FAHAM DENGAN HATI
Macam mana nak faham dengan hati? Jangan jawab dengan mulut. Kalau jawab dengan mulut, tu kira faham dengan mulut. Tak semestinya hati dah faham. Salah satu cara nak faham dengan hati ialah dengan imagine yang Quran itu adalah surat cinta dari Allah. Allah turunkan khas untuk kita umat akhir zaman. Seronok tak? ke tak seronok…..?
Katakan, kalau lah anda tiba-tiba dapat surat dari Perdana Menteri Jepun menjemput anda untuk dinner bersama kerana anda telah menolong mengubati dia suatu ketika dulu (padahal kebetulan masa tu dah nak sembuh. Ubat sekejap je, terus sembuh).. Tiket penerbangan, makanan, tempat tinggal semua free. Apa perasaan masa tu? Mesti seharian senyum sampai telinga. Gembira. Tu baru Perdana Menteri Jepun. Tak dak lah tinggi dan berkuasa sangat.. Nanti dah sampai seru, lucutlah jawatan, tua, dan akhirnya mati. Kegembiraan kita tu pun sementara saja. Paling lama pun, mungkin la seminggu dapat tinggal di Jepun tu.
Tapi, macam mana kalau Allah Tuhan sekalian alam yang Maha Berkuasa Maha Kaya Maha Pemurah Maha Bijaksana Maha Mengetahui yang menciptakan kita dan segala nya memberi jaminan dan tawaran yang jauh beeeeeerlipat kali ganda-ganda hebat dari itu? Mesti la kita kata:
NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK~PLEASE~ONEGAISHIMASU~
(*merayu-rayu nak sebab susah nak dapat tau)
Kalau nak, tak boleh la free. Kena patuh dan ikut apa yang diperintah oleh Allah ; laksana amar makruf nahi mungkar.
Ok, jauh sangat lari dari topic kita iaitu faham dengan hati. Jadi, bila kita yakin yang itu adalah surat cinta dari Allah, mesti kita akan baca dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang tu boleh sampai menangis sebab terharu. Ada juga waktu bila rasa mendapat semangat untuk buat lepas baca Quran. Jadi jom kita cuba untuk faham dengan hati.
KETIGA : RASA QURAN DITURUNKAN KHAS UNTUK KITA
Imagine yang Allah sedang bercakap dengan kita melalui Quran. One-one.
Ala macam kita sembang dengan kawan-kawan melalui facebook, twitter, Friendster, myspace, etc.. Sahabat baik kita pulak tu.. Kenal sejak azali lagi..Dia la yang selalu tolong kita, dia la segalanya lah. (contoh je ni). Then, dia tegur dan nasihat dan nak sembangdengan kita. Layan atau tak?
KEEMPAT : FAHAM SIRAH (SEJARAH)
Mesti faham kenapa Ayat dan surah tu turun . Selalunya ayat tu turun kat spesifik masa dan waktu sesuatu benda tu berlaku. Contoh macam kisah Aisyah isteri nabi yang difitnah, kisah Rasulullah yang dikatakan terputus zuriat sebab tak dak anak lelaki (padahal sebenarnya Aqidah lebih penting berbanding darah), kisah pengharaman arak secara berperingkat-peringkat dan sebagainya... Cuba rajin-rajin diri baca tafsir dan asbabun nuzul setiap ayat. Kita akan dapat lebih menghayati ayat tu lepas ni sebab kita dah tahu maksud secara tesurat dan tersirat..
KELIMA : BACA QURAN DENGAN MINDSET DAKWAH
Kalau kita tak rasa we are belong to the group, kita akan bosan dan jadi tak minat. Jadi macam mana nak bagi rasa kita belong to Quran group? Baca Qur’an dan terjun dalam dakwah ( buat praktikal). Kena buat baru kita dapat feeling tu..
Jadi, kesimpulannya, jom berinteraksi dengan Quran. Kalau kata macam susah nak buat semua, jangan tak buat terus. Cuba buat sikit-sikit dan berterusan. Bahasa Arab kata ISTIQAMAH (bukan istimrar) Belum cuba belum tahu..
Comments