Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian dan pencerahan mengenai kepercayaan masyarakat Muslim di Malaysia.
1. Bidaah Hasanah Bidaah Dholalah.
Pasti kita biasa dengar kan yang ni? Sebenarnya tak wujud bidaah hasanah dalam ibadah. Kenapa? Sebab ibadah adalah pada asalnya haram kecuali ada nas. Maksudnya, kita boleh buat ibadah kalau ada disebut dalam Quran, Hadis, perbuatan, percakapan, diam Nabi SAW, dari sahabat, dan tabiin.
2. Ahli Sufi/Tasawuf, Syiah, Tariqat
Mesti anda akan kata macam ni.
"Tak mengapa la ikut sufi, syiah, tariqat. Kita cuma ambil yang baik. Lebih baik dia ikut mereka daripada dia buat dosa." Biasa dengar kan? Ok, apa asas kepercayaan ahli sufi, syiah dan tariqat? Mereka menggunakan hujah mimpi. Selalunya ahli2 ni akan dakwa yang guru mereka bermimpi berjumpa Rasulullah.
Ok, akan ada yang kata, "betul..guru dia tak tipu. memang mimpi jumpa". Ok, kalau betul dia mimpi, mesti la mimpi tu rujuk balik apa yang dah ada dalam Quran dan Sunnah. Kalau mencipta benda baru seperti mana yang didakwa oleh pengikut Sheikh Kadir Jailani dimana Sheikh mereka bermimpi mengatakan tak perlu buat ibadah untuk hari tu, ini adalah bertentangan dengan Quran dan Sunnah. Sheikh Kadir tu tak salah. Tapi orang Shiah telah mereka-reka cerita tipu.
Jadi sebab tu la kita tak boleh pun ikut walau sikit ajaran Shiah. Sebab iman orang Shiah rosak. Bila iman rosak, agama pun rosak. Orang yang mengikut pun akan rosak. Nilai agama Islam juga akan hilang sebab kita mengikut benda yang tiada nas. Hanya mengikut apa yang disebut oleh guru.
Satu lagi, pasti kan kita faham terminologi untuk perkataan tu. Contohnya, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sufi?Apa maksud tasawuf?Syiah?Tariqat? Kita perlu bezakan dengan perbuatan dan terminologi. Contoh, katakan Fatimah adalah ahli kelab kungfu, tapi dia bukan reti kungfu. Dia reti silat. Saya tak pasti anda faham tak analogi tu. Tapi nak cakapnya, nama kelab lain, tapi benda yang dibuatnya lain. Kan ke pening kita nak faham?
3. Rabiatul Adawiyah Tidak Berkahwin Kerana Menghambakan Diri Kepada Allah
Semua orang cakap dia ahli sufi. Tak kawin walaupun ada yang datang meminang sebab dia nak menghambakan diri kepada Allah. Nak tanya la kan. Rabiatul Adawiyah hidup sebelum atau selepas zaman Nabi Muhammad SAW? Kalau selepas, kahwin tu sunnah Nabi atau tidak? Mengapa dia bertentangan dengan sunnah? Pernah tak anda terfikir, apa pandangan non-muslim/revert/sesiapa saja bila dengar cerita ini. Sesetengah mungkin pernah terfikir, "Bunyi macam extremist". Apa anda nak jawab?
4. Kita Bukan Ikut Guru, Tapi Kita Ikut Quran dan Sunnah
Guru yang betul adalah guru yang tidak menyuruh muridnya mengikut dia saja. Kita bukan ikut guru, kita ikut apa yang guru yang kita ikut iaitu Quran dan Sunnah. Nabi suruh kita ikut dia sebab Nabi bawa petunjuk untuk ikut Allah.
Kita juga biasa dengar orang cakap, "Kita mesti berguru dengan ramai guru. Bukan berguru dengan sorang tu je." Jangan jadi dogmatik. Apa maksud berguru dengan ramai guru? Macam mana kalau ditakdirkan semua guru yang dia jumpa ajar ajaran sesat? Sebab tu pentingnya kita perlu pastikan apa yang diajar oleh guru kita ikut selari/selaras dengan ajaran Quran dan Sunnah.
Pastikan prinsip pegangan kita adalah Quran dan Sunnah. Bukan tergantung kepada guru, atau Buku yang dibaca/dikarang oleh guru/sheikh kita.
5. Nak Sembah Allah, Ikut Cara Yang Allah Suruh. Bukan Ikut Cakap Guru
Rujuk ayat berikut : (An'am:57), (Yusuf :40), dan (Yusuf :67)
Contoh:
1. Bersalaman lepas solat dimasjid. Asal hukum harus. Tapi bila kita buat sokmo2, dan lepas tu bila kita atau orang lain tak buat, kita rasa salah besar (dosa), benda tu dah tukar macam jadi wajib. Tu kira dah tukar hukum dari harus ke wajib.
2. Baca Yasin malam jumaat. Bila kita kata mesti buat bacaan Yassin beramai, mesti malam jumaat, tu bidaah. Kita tukar hukum. Bukannya salah baca Yasin malam jumaat.
Pengajaran: Ibadah yang kita buat ni mesti kepada dan kerana Allah melalui Nabi SAW (cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW). Kalau kita pandai2 buat sendiri, kita macam mintak dengan orang.
Ibadah untuk Allah, sebagaimana yang disuruh oleh Allah.
Contohnya mudah. Shiro sembah Neko sebab Neko tu kira Tuhan dia la. Neko pun bagi la manual cara apa yang patut Shiro buat untuk sembah dia. Neko ajar supaya Neko sediakan ikan untuk dia tiap2 hari. Tapi Shiro tak mau. Shiro nak ikut cara kawan Shiro,Unagi, cipta iaitu sedia roti tiap2 hari. Pastu katakan suatu hari, Shiro mati. Hari akhirat, Shiro nak minta balasan la sebab sembah Neko dulu2. Tapi Neko tak bagi balasan baik untuk dia. Sebab Neko cakap, Shiro tak sembah ikut apa yang dia suruh seperti dalam manual. Neko suruh Shiro minta dekat Unagi la sebab Unagi yang ajar cara tu..
Jadi, berdasarkan kisah pendek tu, apa yang kita faham?
Wallahu'alam.

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ ٱللَّـهُ ٱلْكِتَـٰبَ وَٱلْحُكْمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا۟ عِبَادًا لِّى مِن دُونِ ٱللَّـهِ وَلَـٰكِن كُونُوا۟ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩﴾
"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (Ali Imran : 79)

Comments