learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Thursday, October 18, 2012

Siapa anda untuk saya tunggu?

Assalamualaikum. Ni hao. Konnichiwa. 

Sebenarnya dah lama nak cakap benda  ni tapi ni baru boleh tulis... ok, sangat panjang dan mungkin susah nak faham. tapi kalau nak baca, kena baca sampai habis ya.. ni berdasarkan surah maidah ayat 56... 

rasa2nya, apa yang terfikir di minda kita kalau terjumpa dengan orang macam bawah ni?

(cerita 1)
katakan flight nak berlepas.
flight tidak akan menunggu penumpang kalau penumpang lambat.
secara logiknya penumpang la yang kena kejar flight kan?

cuba imagine ni. katakan, itulah satu2nya flight yang terakhir untuk berlepas dari Jepun ke Malaysia sebab ada tsunami. tapi anda yang jadi penumpang t

u tengok je..sibuk nak borak2, lepak2, tido2 walaupun dah tahu& nampak flight tu nak berlepas pada bila2 masa. tapi dia memang nak keluar dari tempat tu. beria-ia lagi cakap dengan geng dia kata nak pegi malaysia. tapi gaya dia tak selari pun dengan kata2.

agaknya dia ni.......normal tak.......atau .........zzz..... (isi tempat kosong)"



kalau terer, cuba kaitkan dengan kehidupan kita. semua orang aim nak masuk syurga kan?minimum 5 kali sehari kita cakap "hidup & matiku hanya untuk allah". tapi cuba fikir, apa yang anda dah buat setelah sekian lama hidup (sampai umur sekarang)?

(cerita 2)
bila kita nampak si H ni sangat bersungguh dakwah/buat amar makruf nahi mungkar, apa respon yang biasa kita buat?
1. tengok saja & buat tak tahu, ATAU
2. tengok & nak bantu& join sekali, ATAU
3. cakap dalam hati "kenapa la sibuk ajak orang 'lain' tapi aku ni buat tak endah je", ATAU
4. cakap dalam hati "eleh, dia tu nak ajak orang konon, tapi sendiri tak bagus pun",
5. cakap dalam hati "aku tak bagus la. so, biarla orang lain yang buat. nanti aku dah baik, aku buat la"

Yang ke 1 tu - anda tahu ke tak sebenarnya tujuan hidup kita kat dunia ni? makan tido kawin study je?
Yang ke 3 tu kes nak tunggu orang ajak baru nak ikut atau jeles..?. kalau dah tahu benda nak suruh orang ajak, cakap la terus kan. kalau senyap je mana orang tahu. atau kalau dah tahu benda tu penting, join je trus. tak payah tunggu orang ajak. kita kena proaktif.
Yang ke 4 tu kes suka judge & comment orang.
Yang ke 5 tu kes rendah diri tak kena tempat.

kalau anda yang ke 2, tahniah! sebab anda seorang yang proaktif & tahu tujuan hidup anda. memang tidak dinafikan manusia adakalanya terlupa, tapi lepas dia tengok kawan dia buat, mesti la terfikir balik kenapa dia ni bersungguh buat padahal tak dapat duit pun benda yang dia buat.

ingat, flight yang nak berlepas tak kan tunggu anda pun. dia boleh buat announcement 2/3 kali cakap nak berlepas, tapi kalau anda tak datang2 juga, dia blah la.. membazir je tunggu. bak kata orang bisnes, time is money okey.everything is money. haha

harapnya faham la kan. tapi kalau tak faham jg, baca la byk2 kali sampai faham.tak faham juga,mai sini.. nak inject physostigmine bagi banyak acetylcholine.haha
*lain=non-muslim / sama jemaah

No comments: