Assalamualaikum,
Topik kali nak cakap berkaitan masjid. Kalau tengok singkat KPJ, boleh agak tak apa maksud? KPJ adalah singkatan yang saya buat untuk KePentingan Jamaah. Sebab kalau nak cerita tentang kepentingan jemaah, memang panjang huraian sebab setiap orang ada sahaja pendapat dan pandangan sendiri. Kenapa tak senaraikan dalam bentuk point? Tak sesuai untuk disenaraikan macam tu. Sebabnya, setiap pandangan orang (view) dan cara orang memahami adalah berbeza, bergantung kepada sejauh mana ilmu yang dia ada, dan sejauh mana keterbukaan seseorang terhadap sesuatu perkara.
Agak-agaknya kenapa penting sangat isu jamaah? Why, why, why? Pernah tertanya kat diri sendiri tak? Mengapa perlu berada dalam jamaah? Apa keperluan untuk berada dalam jamaah? Kenapa perlu memberi komitmen kepada jamaah? Whyyyy... Siapa disini pernah bermain2 persoalan tu diminda? Dan berapa ramai yang cuba mencari jawapan kepada persoalan yang bermain diminda? Selalunya, kalau budaya orang Melayu, bila ada persoalan yang bermain diminda, tak ramai yang cuba cari jawapan. Tambahan pula kalau persoalan berkaitan amalan yang dah lama dipraktis sejak azali. Lagi la kurang nak tanya sebab, kita ada budaya "terima sajalah. Samikna wa ato'na.Ilmu tak banyak. Jadi jangan banyak soal". Biasa tak jumpa? Kalau tahu ilmu tak banyak, kenapa tak cari? Kenapa tak tambah ilmu? Kenapa hanya cakapppppppp 'banyak' tapi tidak disusuli dengan perbuatan yang mengatasi masalah tersebut?
Jadiiiii.............
Apa kata JOM jadi PROAKTIF. Bila sedar kita ada masalah, terus cuba cari jalan penyelesaian. Kita kan mahu mencapai status mukmin yang bertaqwa. Mukmin yang bertaqwa mesti la sentiasa berusaha bersungguh-sungguh. Tak kenal erti putus asa. Sebab kita percaya Allah sentiasa bersama kita walau dalam apa yang kita buat. Allah tidak pernah 'miss' untuk tulis pahala jika kita buat kebaikan.
Soalan panjang2 tu, sebenarnya, isunya satu iaitu:
KERJA DAKWAH BESAR, PANJANG, BERAT, & LAMA (DURATION).
Ok, ingat ayat kat atas tu.
Baru masuk topik bina masjid. Nak faham isu atas ni, tak ramai boleh faham kalau kita cakap 'direct to the point'. Kadang, ia memerlukan analogi supaya kita boleh berfikir sebab manusia, majoritinya mahu logik (tapi ingat, ada benda yang kita memang tak dapat fikir logik disitu sebab akal manusia yang terbatas. Kalau la semua benda kita boleh fikir, kita kurang rasa sifat kehambaan sebab kita tak rasa adanya Pencipta).
Ok, nak bina masjid, kita perlu konkrit, batu-bata, simen, dan sebagainya. Rasa-rasanya, ringan ke berat nak angkat semua benda tu? Pembinaan masjid biru macam dalam gambar atas tu ambill masa 7 tahun (sumber dari Google). Jadi, katakan anda seorang yang memang terkenal sangat kuat, sangat sihat, sangat bertenaga (selalu exercise gym la katakan) cakap camni :
Kalau la anda jumpa orang camni, apa yang bermain difikiran?Antara jawapan biasa mungkin bermain difikiran anda, "Ish, cakap besar" , "Takpa, mungkin dia memang mampu" , "biarla, malas ambil tahu. Bukan urusan aku pun" , atau apa? cuba kongsi skit.
Jadi, ni nak ajak analisa skit.
Pernah terfikir tak yang orang begitu sebenarnya tak faham yang pembinaan masjid tu sebenarnya banyak, besar, dan tak mampu kalau buat seorang. Tapi kenapa dia berani cakap & buat keputusan begitu? Tu sebab dia nampak, kerja bina masjid tu kecik, mudah, dan senang.
Nampak tak isu disitu? Samalah isu yang saya bold & hightlight kan diatas.
Kes pembinaan masjid ni sama macam kerja dakwah. Dakwah tu merangkumi dakwah muslim kepada muslim (lebih sesuai dipanggil Islah:to improve) dan juga dakwah to non-Muslim (dipanggil dakwah:to call).
Sambung cerita bina masjid.
Katakan ada satu kumpulan manusia, duduk di suatu kawasan yang tak ada masjid langsung. Jadi, penduduk disitu beramai-ramai bersepakat nak bina masjid. Jadi lantik seorang ketua. Ketua ni akan decide (objektif) masjid ni nak bina ada berapa pintu, berapa tingkat, pasang aircond atau kipas, berapa orang yang diperlukan untuk menghias masjid, dan sebagainya. Ada penduduk yang sedar aircond takpatut pasang kat masjid sebab kawasan situ dah sejuk. Jadi dia menyuarakan pendapat kat ketua supaya tak pasang aircond sebab ketua tu awalnya nak sangat pasang aircond dimasjid (contoh aje ni).
Jadi, nampak tak yang kita memerlukan satu organisasi yang tersusun (ketua), dan pengikut bawahan yang turut serta dan proaktif. Kita perlu ketua supaya ketua dapat memberi kata putus setelah diadakan perbincangan (syura), tetapi ketua amat memerlukan pengikut yang proaktif sebab ketua tak 'perfect'. Sebab tu ketua dan pengikut bawahan saling memerlukan antara satu sama lain. Kalau orang bawah tak bagi pandangan, teguran, dan tunjuk ajar, apa akan jadi kepada organisasi? Kita sebagai ahli dalam organisasi terbabit mestila mahukan organisasi kita TIPTOP hebat kan?
Katakan ada sorang penduduk situ membantah tak puas hati masjid tu 3 tingkat. Ya, dia boleh membantah sebab pembinaan masjid ni tak ada benda khusus yang cakap wajib buat dalam Islam. Tak ada mana-mana nas cakap masjid kena bina 3 tingkat. Tapi disebabkan penduduk semua dah sepakat nak bina masjid 3 tingkat, jadi semua perlu patuh la. Kalau tak, tak terbina la masjid sebab semua tak puas hati nak bina masjid ikut cita rasa sendiri.
Setakat itu saja untuk kali ni. Apa yang ada dapat & faham? Atau ada yang anda kurang puas hati? Open for discussion. We are humankind and never perfect and I'm still learning and continously learning. Thank you. Xiexie.

"tak pa, biar aku bina sorang masjid ni."

Comments