Jom Muhasabah diri sikit....
Ni monolog dalaman:
"ala..sikit2 hadis sohih. Sikit2 kena cek sohih ke tak. Dah benda tu baik, boleh saja buat. Asalkan tak bercanggah dengan syarak. Kenapa nak strict sangat mesti cek ada hadis sohih ke tak"
"Incik2, masalahnya bukan tak boleh buat benda baik. Tapi kalau perbuatan tu diniatkan untuk beribadah, kenapa tak ikut cara yang disebut dalam Quran & Hadis? ( tinggi sangat ya maqam sampai boleh cipta teknik baru nak beribadah kepada Allah)"
Solusinya :
Teruskan menuntut ilmu. Jangan pernah ada rasa cukup dengan ilmu agama yang kita ada. Sebagaimana kita belajar di universiti untuk mencari sumber yang sahih, begitu jugalah perlu dipraktikkan dalam agama. Sebenarnya, lagi banyak kita mencari &menuntut ilmu agama, lagi banyak kita sedar yang kita tak tahu dan kita perlu tahu.
#tuntut banyak2 dan cuba amalkan la ya. Jangan tuntut saja2, tapi tak praktis. Rugi untuk diri sendiri saja nanti.
Comments