learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Sunday, August 24, 2014

Resepi - Nasi Kerabu


Assalamualaikum, hari ni jom belajar cara memasak nasi kerabu.Kalau malas membaca,boleh tengok video untuk dapat gambaran. Tapi gambar kali ni tak banyak sangat. Sebab buat cepat2. Dah lama plan nak buat video ni. Dekat 1 tahun lebih jadi 'jeruk'. Hari ni baru berjaya siap akhirnya. Hoho.. Jom2 belajar. Terutamanya orang yang nak kawin dengan orang kelantan. :p


SAMBAL IKAN

1. Ikan curut/selar/temenung 1kg direbus atau bakar. Perisi buang tulang



2. Lada hitam 2tbsp tumbuk halus. Campur dengan serai 6 btg dihiris dan ditumbuk halus. Campur dgn bawang merah 10-12ulas ditumbuk. Garam 1tbsp, gula 4-5tbsp. Gaul smua dgn ikan rebus dan tumbuk. Hidang n campur dengan nyor yang telah dibakar/goreng keperangan.




TUMIS:

1. 250g santan dikacau smpai mendidih. Kemudian kecikan api tgu smpai pecah minyak. Lebih kurang 30min.

Cabai kering 7 biji + Bawang merah 7 ulas + Bawang putih 2 ulas + Kunyit hidup 3-4cm


Semua bahan atas ni dikisar dan campur dengan santan yang pecah minyak. Bagi masak smpai pecah minyak. Pastu serai 2 btg yg diketuk, asam keping 1, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pekat dan pecah minyak.

AIR LADA:

Segenggam cili padi + cuka + garam + gula.
Kisar smpai hancur. Hidang


BUDU:
Perah asam limau nipis/kasturi, hidang.


ULAM:
Tauge, timun, daun kesum, daun salad, bunga kantan, kacang panjang, kubis.
Hiris halus2.

Juga boleh dimakan bersama-sama dengan >>>>> Goreng keropok, solok lada, telur masin, daging bakar, ikan rebus celup tepung. Makanan kelantan memang terbaikkkk!!!

No comments: