learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Tuesday, June 30, 2015

Peta ke Destinasi Sekitar UIA Kuantan

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa....

Hari ni saja nak kongsi peta untuk menuju ke destinasi-destinasi daripada UIA ke sekitarnya. Alang-alang saya pun dah tidak berada di situ, eloklah juga kalau pelajar-pelajar di situ dapat rujuk. Saya kongsikan 5 peta destinasi ke beberapa tempat sekitar kuantan. Banyaknya tempat makan la.
Dulu-dulu memang pernah sesat dengan kawan sampai dekat 2 jam pusing dalam bandar. Memang dahsyat! haha tapi lepas tu, nasib baik Allah bagi ilham. Kita kan ada apps Waze. Jadi guna yang tu ja, senang cerita. Memang boleh elak jem dan terus sampai destinasi.

1. Destinasi ke Perumahan IM15. Dekat kawasan situ ada banyak deret-deret kedai makan kalau nak dicuba. Cuma kebersihan tu nampak agak kurang. On the way nak pergi IM15, akan lalu Wisma Belia. Tepi wisma Belia ada City Times hotel. Kat situ ada steamboat murah dan sedap. Tapi kawan kata kena booking dulu sebelum pergi sebab selalu ada majlis malam-malam kat situ.



2. Destinasi : Bukit sekilau. Berdekatan dengan ECM. Sini ada deret kedai printing yang recommended. Kat situ juga ada kedai makan tepi jalan yang best dan murah. Recommended to try!! Sebenarnya kalau pandai lalu jalan belakang kat jerat cina, memang lagi cepat sebab tak ada lampu isyarat. Cumanya jalan situ agak sempit dan tidak bertar dengan elok. haha

3. Destinasi : Sekolah Irsyad atau Giant besar. Biasa kat Giant besar lagi banyak barang kalau nak beli.. Cuma jauh sangat kalau sekadar nak shopping sampai pergi Giant besar. Giant kecik ada kat Berjaya Megamall.

4. Destinasi : Kuantan Parade, Cowboy, JHC, atau HTAA. Lalu jalan ni. Kuantan parade ni orang selalu pergi kalau nak shopping pakaian yang murah. Cowboy kalau nak beli air mineral banyak-banyak dan murah.

5. Destinasi : Cenderawasih. Kat sini ada banyak deret kedai makan. Carwash. Jadi boleh la cuba. Dekat ja.

6. Destinasi : East Coast Steamboat di Jalan Beserah. Peta tak ada sebab guna Waze. Tapi memang saya bagi 5 bintang sebab memang sedap yang Grill dia. Harga RM28 termasuk grill. Kalau steamboat saja RM22. Cara nak pergi senang ja. Daripada uia, macam nak pergi TC. Tapi nanti sampai satu jalan yang banyak deret-deret kedai tu kena U-turn.

Jadi, kredit kepada pelukis peta. Walaupun pelukis ni mungkin takkan baca pun post ni sebab tak jumpa. Tapi bagus dan terima kasih sangat sebab rajin lukiskan. Maklumla, saya ni kalau pernah lalu jalan sama 10 kali pun, susah betul nak ingat. hahahaha

Itu saja untuk kali ini..
Jaane~

No comments: