learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Friday, June 26, 2015

Recipe - Biskut Famous Amous

Assalamualaikum,

Disebabkan saya suka mencuba masakan baru dan pelbagai variasi, kali ini saya ingin berkongsi cara membuat biskut famous amous. Senang saja rupanya.
Nak jadi cerita, boleh pulak salin resepi terlupa tulis letak tepung gandum. Jadi masa pertama kali bakar, habis cair macam buat kek..! hahaaha lepas tu terus cek semula resepi dan masukkan tepung gandum. Alhamdulillah menjadi. Disebabkan masa bakar ni  dan lewat malam, maka saya simpan saja doh belum dibakar ke dalam peti. Esoknya baru bakar.



Bahan-bahan :

  1. Butter 250g
  2. Gula perang 1 cawan *
  3. Kuning telur 1 biji
  4. Tepung jagung 1 cawan
  5. Serbuk koko 1 1/2 sudu besar
  6. Vico 1 sudu besar
  7. Tepung gandum 1 1/2 cawan
  8. Pelbagai jenis kekacang 1 cawan setiap jenis - Gajus, badan, bunga matahari. Perlu di potong kecik-kecik ikut kesesuaian.
  9. Coklat cip 250g
  10. Bakar selama 20 minit dengan suhu 150oC. Tapi mesti pre-heat dulu oven awal2 ok. 

- Pukul sampai kembang butter dan gula perang.
- Campur kan bahan 3-6 dan gaul sampai sebati.
- Masukkan kekacang dan coklat cip.
- Bentukkan atas dulang. Tak perlu lapiskan minyak sebab tak melekat di dulang pun.

Tadaaaa... ni bentuk dia sebab ikut sudu. Tak guna tangan. Tapi lebih mudah kalau bentukkan guna tangan. Cuma tangan tu bungkus dengan plastik baru tak perlu basuh banyak-banyak kali.
Siap dah... Boleh tahan banyak juga dapat. Boleh dapat penuh empat bekas standard biskut.

However, rasa biskut ni manis. Kalau jenis suka kurang manis, bolehla kurangkan gula. Sebabnya kalau dah masukkan coklat cip banyak banyak banyak, memang jadi manis. Tak elok manis-manis nanti takut berdarah manis bahaya. kekekeke~

Dulu-dulu rajin buat video, tapi sekarang udah capek. Ada 3 video yang masih belum siap. haha.. nanti kan di youtube saya www.youtube.com/shizuneotani 

Jaane~~~

No comments: