learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Wednesday, July 15, 2015

Recipe - Ayam Masak Madu


Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa.

 Kali ni jom belajar memasak Ayam Madu. Memang best. Cuma hati-hati lepas makan ni sebab madu banyak dan badan boleh jadi panassss~~~ Kalau search google, ada banyak jenis masakan. Tapi bagi saya, ni adalah resepi yang rasanya lebih kurang macam ayam madu yang ada kat kedai nasi Kandar. Untuk anda yang tak suka manis, mungkin la tak berapa minat masakan ni. haha



Telah siap dimasak dalam periuk macam biasa


Bahan - bahan :


1. Bawang besar 1 labu
2. Bawang putih - 3 ulas
3. Halia - 2 cm
#Bahan 1 - 3 dikisar. 

4. kulit kayu manis - 1 inci
#Tumis bahan kisar 1-3 dengan kulit kayu manis sampai garang dan naik bau.

5. Cabai kering dikisar - 15biji.
#Masak sampai pecah minyak dan naik bau.

6. Madu 150g
7. Garam -1/2 sudu teh
8. Ayam 1/2 ekor - garam kunyitkan dan goreng.
9. Cili sos
10. Bawang holland - 1 biji *optional

Sedia untuk dihidang. Mudah kan.. Selamat mencuba.

Jaane~

No comments: