learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Monday, July 13, 2015

Recipe - Dalca Kelantan

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Hari ni belajar memasak dalca versi kelantan+penang. Sedap lazat berkhasiat. Sebabnya dalca ni boleh masukkan banyak-banyak jenis sayur. Macam dalam gambar bawah ni. Sedap sangat kalau cicah dengan roti.

Dalca dalam periuk








 Kalau perasan la kan, banyak betul resepi masakan yang dikongsi kat blog ini. Anda boleh klik di link Recipe di tab atas sekali. Saya jenis suka mencuba makanan baru dan mudah nak buat rujukan lepas ni. Dulu-dulu rajin nak buat video kat setiap resepi, tapi rasa macam tak berapa rajin sebab lama sangat masa ambil untuk buat video.



Bahan-bahan :

1. Minyak masak 1/2 senduk
2. Daun kari - 4 tangkai
3. Bawang putih - 2 ulas
4. Bawang merah - 4 ulas
5. Halia - 2 cm
6. Rempah - kulit kayu manis 1 inci + pelaga hindi 2 biji + bunga lawang kuntum + bunga cengkih 2
Tumis bahan atas ni sampai garing / kuning.
7. Bawang besar - 1 labu
8. Bawang putih - 1 ulas
9. Halia - 1cm
 #Kisar dan campurkan dengan bahan tumis tadi. 

10. Serbuk rempuh ayam - 2 tbsp
11. Serbuk jintan putih - 1/2tsp
12. Serbuk ketumbar - 1/2tsp
#Campur semua dan tumis sampai pecah minyak.

ni rempah-rempah yang dah dicampur dan dilarutkan
13. Tulang daging - 500g + garam 1 tsp. Rebus sampai empuk. (ni optional. kalau nak masukkan paru, perut, atau hati pun boleh. Cuma kalau masukkan perut, akan jadi sedikit berbau dalca ni)
14. Air asam jawa -besar ibu tangan
15. Garam
16. Gula - 3 tbsp
17. Santan - 300g
#Campurkan semua bahan 14-17. Kemudian masukkan daging dan paru. Masak sampai mendidih.

18. Sayur - Bendi + kacang panjang + tomato + lobak merah + lada hidup
19. Rasa manis masin.
20. Masak sampai sayur lembut dan mendidih. Tutup api. Hidang.
 
ni lepas dah dicampur semua dan perlu dimasak sehingga mendidih atau sedikit pekat (ikut citarasa anda)

Selamat mencuba!

Jaane~

No comments: