learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Saturday, July 11, 2015

Recipe - Pizza (Video)

Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa.

Sekarang jom belajar cara buat pizza. Mudah dan sedap!! Tak perlu lagi beli di pizza hut. hihihi~ Kalau ada ramai-ramai ahli rumah, memang lagi best buat ni.
Bersedia untuk dibakar sehingga cheese cair.


Bahan-bahan roti  (kalau suka roti tebal, boleh kali 2 kuantiti ni) :

1. Tepung gandum - 300g
2. Air suam dalam 70 degree Celcius - 170g
3. Yis kering - 1 peket
4. Gula - 1 tbsp
5. Butter - 10g
6. Telur - 1 biji
7. Garam - 1tsp

Cara membuat roti :
  1. Larutkan gula dengan air suam dan campurkan dengan yis kering.
  2.  Mula-mula gaul tepung dan garam.
  3.  Masukkan butter dan gaul sampai rata.
  4.  Masukkan telur.
  5.  Masukkan air yis tadi.
  6.  Uli sampai tidak melekat ditangan dan sehingga doh lembut. 
  7.  Tutup bekas dengan kain basah dan letak bawah kipas selama 1 jam.
  8.  Canai dan masak dengan suhu 200 degree Celcius selama 10 minit.
  9. Kemudian baru masukkan 'topping'.
Bahan-bahan topping :

1. Kiub nenas dalam tin
2. Lada benggala - potong kecik ikut cita rasa
3. Lobak merah - parut nipis
4. Cheese mozarella
5. Bawang holland - potong kecik
6. Sos daging - buat sendiri

Bahan-bahan sos daging :

1. Daging lembu atau ayam - 500g dipotong kecik
2. Tomato puree - 1 tin sederhana
3. Garam
4. Gula
5. Oregano
6. Serbuk lada hitam
7. Tomato
8. Tomato sos
9. Bawang putih

Boleh juga tengok video ni untuk lebih gambaran.
Jaane~
Sos daging yang telah siap dimasak
Roti yang akan dibakar terlebih dahulu selama 10 minit

Berikut adalah video yang telah saya buat dahulu kala. Haha

 

No comments: