Resepi - Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Hari ni jom belajar memasak ayam masak lemak cili padi. Memang sedap dan kawkaw punya. Alhamdulillah. Yang penting sekali, santan mesti mau fresh atau tidak berbau. Tapi untuk orang yang boleh tahan bau kunyit dan serai la. Sebab masakan ni keistimewaan kesedapannya bertanggung kepada aromanya yang melazatkan.
Tak sempat nak snap gambar yang dihidang elok-elok dalam pinggan. Ni dalam periuk. haha



Sebelum masak topik masakan, nak kongsi sikit ada kawan ajar cakap 'polite' in Filipino. Kena tambah 'po' dibelakang perkataan. Contoh : Thanks po. 'Po' ni menunjukkan isyarat hormat.Orang filipino hormat juga orang. hehe Dok ingat kot la depa assobiah sebab tu group semua filipino. Siap nasihat kata "You must be yourself. No need to try to be others." Dengan kata lain, dia hormat bangsa lain yang berlainan bahasa.

Topik satu lagi, semalam ada baca pasal orang kena kanser paru-paru, kulit, dan otak pada umur muda. Memang tabah dan kuat hati mereka. Alhamdulillah kita dikurniakan kesihatan dan tidak diuji dengan sebegitu rupa. Setakat ilmu yang saya tahu, dua-dua jenis kanser paru-paru dan otak memang biasanya tidak dapat bertahan lama disebabkan komplikasi nya yang amat teruk. Marilah sama-sama muhasabah diri kita.... Adakah sudah cukup amal dan adakah kita bersedia sekiranya diuji.

Ok, berbalik kepada tajuk asal, jom saya kongsi resepi. Memang kalau google resepi ni, sangatlah banyak versi dan gaya masakan. Tapi ni la yang paling sedap sebab dah buat dan dah makan.

Bahan-bahan :

  1. Bawang merah 6 biji
  2. Cabai melaka 10 biji* bergantung nak pedas setakat mana
  3. Kunyit hidup 3 cm
  4. Ayam 1 ekor - dipotong kecil
  5. Asam keping 1
  6. Serai 1 - diketuk
  7. Garam 1 tsp
  8. Gula 1tbsp
  9. Santan 300g
  10. Lada hidup hijau dan merah 1

Masakan ni tak perlu masukkan minyak ya.Cara-caranya ialah :
  1. kisar bahan 1-3 
  2. Campurkan dengan ayam + bahan 4-8 didalam periuk. 
  3.  Masak sampai kering air ayam atau dengan mudahnya kering separuh daripada jumlah air yang asal dalam periuk
  4. Masukkan santan dan lada hidup
  5. Masak sehingga naik bau dan sedikit kering.
  6. Sedia untuk dihidang

Mudahkan ..? >.<
Cubalah. Sedikit tips yang saya dapat daripada kawan. Kalau nak beli santan yang dalam kotak, boleh beli jenama KARA. Dia tidak berbau dan best.

Itu saja setakat ini, Jaane~

Comments