Tazkirah : Hidup vs Mati

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Ni hao ma? Setelah sekian lama tak dibasahi hati kita dengan tazkirah, apa kata hayati tazkirah pendek di bawah. Semoga bermanfaat. Teks dibawah ni di 'copypaste' daripada buku. Tapi dah tak ingat tajuk buku.

Hidup dan mati adalah jenis beregu. Ia dicipta berpasangan sebagai ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalannya. Mengingatinya akan menyemai kesungguhan dan meningkatkan daya juang. Ia menyuntik daya jihad, kesungguhan berkorban dan istiqamah demi menuntut  keredhaan Allah untuk lebih berbekal bagi kebahagiaan sesudah mati.

Kesedaran mengenai mati dan hidup ini turut jelas terpancar melalui lafaz dan pengertian doa sewaktu seorang mukmin itu mahu tidur. Berdasarkan terjemahan berikut:

    " Dengan namaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Izinkan diriku untuk tidur. Esok, aku nak angkat tubuhku. Kalau Kau pegang dan tahan rohku pada malam ini, maka matilah aku. Kasihanilah daku. Kalau Kau lepaskan, tolong jaga rohku pada pagi esok sebagaimana Kau jaga roh orang-orang soleh yang lain."

Demikian cermatnya Islam. Dengan segala kasihan belas, Allah SWT mengatur hidup kita dengan doa yang mengikat diri setiap hamba-Nya antara mati dengan hidup dan hidup dengan mati. Semuanya bersatu dalam jalinan kesedaran tauhid yang menyerah, mengesakan Allah dalam segenap kesempatan masa dan ketika di sepanjang-panjang waktu.

Comments