Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam!!
Kematian adalah lumrah bagi makhluk yang hidup. Tidak ada kehidupan melainkan semuanya berakhir dengan kematian, dan tidak ada kematian melainkan ianya bermula dengan kehidupan. Firman Allah:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati." (ali-Imran:185)
Pun begitu, hakikat kematian yang difahami manusia adalah 'meninggalkan dunia' yang serba fana. Menunjukkan, selepas kematian yang dimaksudkan dengan meninggalkan dunia, pasti manusia akan dihidupkan balik bagi menyelesaikan segala pembalasan baikk atau buruk yang telah dilakukan oleh manusia.
Dengan sebab itu, kematian bukan patut dijadikan alasan sebagai asas ketakutan, tetapi ketakutan itu adalah kehidupan selepas mati. Firman Allah SWT:
"Dan jagalah dirimu daripada (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong." (Baqarah:48)
Sesungguhnya seseorang manusia itu tidak dibiarkan hidup sepanjang masa, bahkan akan sampai suatu ketika bahawa Allah akan mencabut nyawanya. Apabila sampai ajal dan ketikanya, Allah pasti akan menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa manusia tersebut. Firman Allah:

"Tidak ada suatu umat pun dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan(nya)."
(Hijr:5)
Manusia yang telah ditetapkan satu masa sebagai waktu ajalnya, ianya tidak dapat melewatkan ajalnya itu, walaupun satu saat sekalipun. Firman Allah SWT:
"Dan Allah tidak sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan." (Munafiqun:11)
Sesungguhnya mati adalah antara perkara ghaib yang sengaja Allah tidak maklumkan kepada manusia. Tindakan Allah sedemikian adalah mahu mengajar manusia agar hidup sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
Jika manusia itu sudah mengetahui waktu hayatnya, pasti manusia akan menjadikan kehidupan awalnya dengan kerosakan dengan melakukan berbagai-bagai kefasadan di atas muka bumi Allah, sedangkan perkara ini adalah dilarang sama sekali oleh Allah.
Memandangkan keadaan inilah, manusia perlu sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan mereka, kerana tarikh kematian mereka itu tidak diketahui melainkan di bawah pengetahuan Allah. Dan ianya boleh terluput pada bila-bila masa sahaja sepertimana boleh terpadamnya api pelita. Oleh itu, berhati-hatilah wahai manusia!!!
Comments