learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Sunday, August 16, 2015

Resepi - Gulai Lemak Ikan

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa

Hari ini saya nak berkongsi resepi masak gulai lemak ikan orang kelantan. Setakat ini tak pernah lagi jumpa tempat lain yang buat gulai sebiji macam ni selain daripada kat kelantan.Cara masak pun sangat-sangat senang dan cepat. Bolehlah mencuba.
Tak sempat nak snap gambar yang lebih 'mengancam'. haha Sebab sedap dan lapar sangat, jadi masa petang baru la teringat nak tangkap gambar. Patutnya ada timun tapi ni dah habis makan. Tapi bolehla dapat gambaran nak buat kalau tengok gambar ni kan... ;)


Bahan-bahan :

1. Kunyit hidup 1 inci
2. Lengkuas 1 inci
3. Bawang merah 5 biji 
Kisar bahan-bahan diatas beserta air. Air tu isi sampai tenggelam semua. Pastikan potong nipis dulu lengkuas dan kunyit sebab dua-dua tu keras. 

4. Asam keping 1
5. Garam 3 tsp
6. Santan 250g
7. Timun 1 batang
8. Lada hidup merah & hijau 1 batang


Campurkan semua bahan kisar dan bahan 4-7 ke dalam periuk. Potong timun kecik2. Masak sehingga mendidih guna api sederhana. Pastikan kacau dan jangan tinggal. Kalau tak, nanti santan jadi berketul.

9. Ikan
Masukkan ikan dan kacau sehingga mendidih. Lepas tu boleh dihidang dan dimakan..

Lauk ni sangat sedap dimakan dengan ikan goreng rangup panas-panas. Memang lazat~


Selamat mencuba. Jaane~

No comments: