9 Tips Dakwah Non-Muslim & Menjadi Da'ie

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa,

Kali ni nak tulis perkongsian yang berkaitan dakwah non-muslim. Mungkin ramai yang akan, sedang, dan telah melakukan pelbagai jenis dakwah non-muslim. Saya mempunyai cara tersendiri. 

Pernah terfikir tak kenapa dakwah non-muslim mesti dibuat
Pernah dengar orang kata yang orang muslim sendiri belum cukup bagus, kita kenalah dakwah kat orang islam dulu bla3 lagi.

"Siapa yang mengucap syahadah, dia adalah para da'ie"

Tapi tahukah anda, dalam Quran ada menyebut dalam beberapa ayat tentang ini iaitu :
Makruf terbesar = mengEsakan Allah (Nisa : xpasti)
Mungkar terbesar = mensyirikkan Allah (Nisa : 116)
+ Mesti ada yang  menjalankan kerja mencegah mungkar (3:104)

Semudah-mudah cara berdakwah ialah dengan senyum. Cuba bayangkan kalau semua orang Islam senyum kepada non-Muslim? Mesti hasilnya sangat menarik minat mereka kan....
Ketahuilah juga bahawa Nabi saw bukan sahaja berdakwah kepada orang dikeliling dan penduduk negeri mekah& madinah, tetapi baginda juga menghantar utusan2 yang ramai ke negara2 lain seperti ke Rom dan sebagainya. Saidina Umar juga membuka beberapa negara lain dan menyebarkan Islam.

Jadi, apa lagi penjelasan yang anda perlukan untuk menidakkan perkara ini? Tanya iman anda sendiri.
Disini saya ingin berkongsi bagaimana cara bekerja yang saya lakukan sepanjang 4-5 tahun lepas. Untuk pengetahuan, pada masa itu saya adalah pelajar dan tidak mahir dalam pelbagai perkara. Tapi kerana ingin mencuba dan ingin tahu, akhirnya saya terjebak juga. Saya bukanlah pelajar hebat, dan pintar yang boleh melakukan pelbagai benda tapi tak salah mencuba jika diberi peluang. Jadi kalau ada siapa-siapa memberi peluang, memang saya nak. haha~

Tips untuk melakukan kerja dengan konsisten dan penuh semangat :

1st : Mindset dan niat. Niat paling penting. Tanya pada diri sendiri - Adakah kita sudah buat seperti mana Rasulullah buat iaitu mlakukan dakwah menyeru kepada jalan islam? Semestinyalah benda yang kita buat takkan sampai 1% daripada apa yang Nabi pernah buat. Kalau nak masuk syurga & dapat syafaat Nabi, kita mestilah mengikuti apa yang disuruh Nabi. Kalau kita tak ikut, macam mana Nabi nak kenal kita ni pengikut nabi ke takkan.
 
2nd : Bagi menjadikan rasa kerja itu ringan & menyeronokkan, cuba anggap benda itu adalah hobi kegemaran anda. Hobi ini maksudnya kita seronok dan kalau boleh wajib buat setiap hari. Katakan kerja anda lebih kepada kerja disebalik tabir. Sememangnya orang tak nampak tetapi rasa kepuasan itu tidak terkata kerana kita buat hanya mengharapkan balasan Allah, bukan mnusia.
3rd : Memahami dan merasai seolah kita berada ditempat mereka yang susah. Kita mesti rasa seronok bila ada orang membantu memudahkan urusan kita. Berganda pahala kita akan dapat. Kalau rasa memerlukan pembakar semangat, bolehlah rajinkan diri membaca terjemahan al Quran. Banyak kisah-kisah teladan yang terkandung di dalamnya.

4th : Pandai bahagi masa & tidak menangguhkan kerja (berdisiplin). Bila ada pertembungan dua perkara penting, pilihlah yang lebih penting dan yang memerlukan segera. Insyallah, penggunaan masa kita akan lebih efektif dan juga dapat mengelak diri daripada perkara mungkar.
5th : Cukup rehat & menjaga kesihatan. Kedua perkara ini penting kerana perjalanan hidup kita masih jauh dan penuh berliku-liku.

6th : Kekalkan pemikiran positif. Biasanya akan blaku bisikan-bisikan syaitan yang akan mengoda untuk melemahkan semangat. Kita mestilah mengenali diri sendiri dan yakin diri. Sekiranya memang rasa tak mampu, cubalah cari org yang lebih berpengalaman, berumur, atau professional dalam bidang berkenaan bagi bertanya dan meminta nasihat. Elakkan berdiam diri jika ada masalah.
7th :  Sentiasa cuba untuk membuat kemajuan dalam sesuatu. Kalau nak mudah, bayangkan seolah benda kita buat ini adalah satu syarikat bisnes. Jadi mestilah banyak idea yang boleh dilakukan.

8th : Elakkan masalah komunikasi, banyak bersabar, dan banyak bertanya. Lagi ramai orang kita jumpa, lagi banyak jenis ragam manusia yang pelik-pelik dan tak masuk akal kadang tu. haha Jadi, sangat penting untuk kita jelaskan sesuatu. Elakkan membuat tanggapan sendiri.
9th : Berani dan jangan takut membuat salah. Sekarang masa muda inilah masa untuk mencuba dan membuat silap. Nanti lagi tua, lagi malu kan.....haha WAJIB yakin diri. Cari pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin.

Point penting yang saya mahu anda fikir-fikirkan.
Tiap-tiap tahun kita mesti sibuk berapa banyak ribu jutaan kali khatam Quran tapi tidak pernah mengetahui&faham isi yang terkandung dalam Quran. Bacalah Quran dengan bahasa kamu (terjemahan). Adakah anda betul-betul seorang Muslim tanpa mengetahui mengenai apa yang Allah khabarkan dalam Qur'an? 
Berikut pula 9 point ringkas menjadi seorang da'ie yang berjaya :

  1. Ikhlas kerana Allah
  2. Berusaha meningkatkan ilmu
  3. Ada hubungan yang kuat dengan Allah. Berikan usaha yang maksima dan baru menyerah kepada Allah
  4. Bacalah kisah-kisah masyarakat terdahulu. Sejarah hidup sahabat Nabi, Tabi', Tabi'in. Hayati kisah yang terkandung di dalam Quran
  5. Banyakkan berdoa
  6. Praktis Islam dengan sebenar-benarnya
  7. Kepimpinan melalui teladan. Tunjukkan teladan yang baik mengikut ajaran Islam.
  8. Gabung dengan kumpulan Islam
  9. Cari Mentor. Supaya apabila ada masalah kronik, kita ada talian 'hot-line'.
Selamat mencuba. Semoga kita semua mendapat pahala dan syurga Firdaus.

Itu saja kali ini. Jumpa lagi~ Jaane~ Zai jian~

Comments