learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Wednesday, September 16, 2015

Jamboree PSFM 2003 (Video)

Assalamualaikum,  ni hao, konnichiwa

Kali ni saya nak berkongsi mengenai kisah seperti tajuk diatas. Pernah dengar perkataan Jamboree PSFM? Bagi sesiapa yang pernah bersekolah di rangkaian Musleh, mesti dah tahu kan. Hehe PSFM ialah Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia. Syabab maksud lelaki, Fatayat bermaksud perempuan. Kami gelar lelaki sebab syabab dan perempuan sebagai fatayat. Kalau sekolah kebangsaan, biasanya dipanggil Pengakap.

Masa tu saya darjah 6 iaitu berumur 12 tahun. Sebenarnya saya terkenang pasal jamboree apabila melihat bajun yang berwarna biru dimana saya masih boleh memakainya sehingga sekarang! Ajaibkan.. haha Tetapi bila saya terjumpa VCD yang mengandungi video Jamboree, lagi la menyebabkan saya ingin menaip kisah pengalaman yang dilalui. Pengalaman berharga kot~~

Ni la khemah yang kena bina. Cuba bayangkan setiap bahagian khemah kena buat pacak.. Tapi khemah ni besar la.
Jamboree adalah satu perkhemahan tahunan besar-besaran yang mengumpulkan semua wakil pelajar sekolah menengah & rendah rangkaian Musleh. Kalau orang luar tengok, perkhemahan ini lebih ke arah ala ketenteraan. Haha

Bagaimana saya boleh terjebak?
Sebenarnya saya pun dah tak ingat bagaimana saya boleh terlepas ke program lasak begini. Hihi Tapi yang saya ingat, disebabkan pelajar sekolah kami teramat la sikit iaitu 30 orang saja setiap darjah, jadi kebanyakkanya memang terpaksa pergi mewakili sekolah. hehe

Aktiviti pertama yang dibuat bila sampai di tapak perkhemahan ialah mendirikan khemah. Memandangkan sekolah kami tiada sekolah menengah, maka wakil daripada sekolah saya hanyalah pelajar sekolah rendah. Cuba bayangkan, kami terpaksa memacak khemah manual. Sambung dan ketuk batang tiang khemah dilakukan bersama-sama kawan yang sama2 kecik tapi khemah tu tinggi berganda-ganda daripada kami. Haha Tapi akhirnya berjaya juga siapkan. Sekolah lain semuanya bawa khemah yang pasang siap.

Aktiviti kedua yang dibuat ialah memasak. Setiap sekolah perlu memasak sendiri makanan. Sumber utama air ialah air sungai. Air sungai sangat bersih dan jernih. Pada masa tu tak terasa pun susah sebab budak-budakkan suka main air. Jadi, sambil-sambil basuh beras & sayur, sambil mandi. Haha Sekarang ni mungkin susah dah nak mandi sungai sebab pencemaran teruk. Kesian budak-budak sekarang tak dapat menikmati keseronokan mandi sungai. Kenikmatan mandi sungai di bawah teduhan pokok dengan sungai yang luas dan dalam memang tidak dapat digambarkan. Sekarang ni asyik risau kena air kencing tikus saja.

Aktiviti ketiga ialah kawad kaki. Peraturan mewajibkan berkawad ketika bergerak walau kemana pun. Susah la juga untuk budak-budak kecik yang kaki pendek nak kena kawad ni. Kanan, kiri, kanan....Baris sedia....Macam-macam lagi arahan masa kawad. Yang penting kena 'payung' muka elok-elok supaya tak jadi 'sunburn'. Lengan baju pun mau bagi labuh supaya tak hitam tangan. Tapi muka saya masa tu menggelupas boleh tahan sebab cahaya terlalu terik dan habis 'burn' muka. Sebab tu mungkin dah hitam la sikit berbanding dulu. hihi~ Ada satu bunyi 'buk,buk,buk' kalau budak sekolah menengah kawad sebab depa pakai kasut bot keras. Setiap kali hentakan bunyi macam ada satu 'benda' tu jatuh. Menakutkan ja bunyi. haha

Aktiviti ke empat ialah solat berjemaah. Surau kecik, pelajar ramai. ada sekali tu waktu solat isyak. Hujan baru lepas turun. Tanah basah. Gelap kerana cahaya lampu tak banyak. Nyamuk boleh tahan. Terpaksa la solat atas tanah. Nasib baik bawa sejadah. Keadaan masa tu rasa memang sangat tak selesa. Tapi dapat rasakan itu suatu pengalaman berharga yang mungkin saya tidak akan hadapi lepas ni dah. (mungkin dipanggil serik.haha)

Aktiviti seterusnya ialah pengalaman bermandi hujan tanpa payung. Siapa yang akan bawa payung ketika perkhemahan kan? (Pengecualian mungkinla untuk cikgu-cikgu yang ada anak la. Haha) cuba bayangkan mandi hujan lebat dan disebabkan tak selesa pakai baju basah, tukar baju dan sidai kt pokok. Nasib tak berapa baik sebab tiba2 bila pakai semula baju yang dah kering, jadi gatal sebab ada ulat bulu~! Haha tempat penyidai ada tapi tak banyak dan sentiasa penuh. Maklumla budak-budak bukan reti berebut dan mengambil peluang sangat.

Benda yang dapat saya pelajari ialah : 

1. Bekerjasama dan patuh pada arahan dapat membantu memudahkan kerja orang sekeliling kita.
2. Program ini dapat mendisiplinkan diri sendiri dan membuka ruang untuk berfikiran lebih terbuka.

Kalau tanya saya nak pergi lagi tak program macam ni masa akan datang. Hmmm.. mungkin kena fikir berkali-kali sebab tahu kesusahan waktu berkhemah. Waktu muda mudah nak beradaptasi dengan suasana baru. Tapi bila dah tua-tua ni, lambat dan mencabar juga nak adaptasi dengan perubahan tempat dan suasana.

Berikut disertakan video aktiviti yang dilaksanakan disana. 

Bahagian 1/4


Bahagian 2/4


Bahagian 3/4


Bahagian 4/4


Saya pun masih belum tengok lagi video ni. Nanti ada masa baru nak tengok. Selamat menonton.

Itu sahaja setakat ini. Zai jian~

No comments: