Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa...
Bagi sesiapa yang sedang 'beraksi' dipentas dakwah yang penuh cabaran, cuba hayati benda bawah ini yang juga dipetik daripada buku tulisan Dr MAZA bertajuk "Penawar Duka Pengubat Sengsara". Sebenarnya kita semua yang bergelar manusia sedang 'beraksi' dipentas dakwah. Cuma mungkin anda terlupa dan tidak sedar. Saya memegang watak sebagai anak, pelajar, rakyat, orang Muslim, pekerja, dan sebagainya. Setiap watak mempunyai etika yang perlu dilaksanakan dan semestinya mempunyai cabaran tersendiri. Semua itu dipanggil amanah yang perlu dilaksanakan.
Benda dibawah ini mungkin boleh menguatkan semangat anda yang Muslim. Ya, hidup ini memenatkan. Hanya syurga yang lengkap dan sempurna. Namun sebagai hamba Allah dan khalifah dibumi ini, kita mesti melaksanakan amanah sebaik mungkin.
▷ Dakwah ini bukannya kegiatan sampingan untuk satu kesukaan, atau mencari kekayaan tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah.
▷ Amanah yang menyebabkan pelaksananya letih kerananya.
▷ Amanah yang akan menyebabkan terkorbannya kerehatan, harta, bahkan nyawa.
▷Amanah yang akan mengheret insan ke lembah ujian.
Namun ia juga amanah yang menyebabkan insan merasai nikmat kelazatan iman.
▷ Amanah yang menyebabkan insan yang melaksanakannya bebas daripada ketakutan terhadap makhluk dan hanya takutkan Allah.
Percayalah kepada Maha Pencipta kita dan yakinlah dengan janji Allah (Al-Ahzab :39) :
"Mereka yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta mereka takut kepada-Nya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun selain Allah dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala perbuatan makhluk)."
Sebenarnya tajuk artikel kali ini adalah tentang satu puisi / syair / (saya tak pasti panggil apa haha).. Diambil daripada buku Dr Maza. Baca benda ni menyebabkan jadi terfikir sejenak mengenai diri sendiri dan keadaan dikeliling. Menginsafkan. Terfikir mengapa keadaan terjadi sedemikian rupa. Bahkan saya juga pernah mengalami keadaan demikian. Risau jika saya termasuk atau terlibat dalam keadaan yang negatif. Nauzubillah.
Zai jian~ Jaane~

Akulah kembara di dunia laraSaya bukanlah peminat sastera Melayu tetapi bila dibaca benda atas ni, dapat merasakan sesuatu di dalam hati. Mungkin hati tengah bersedih. Sekiranya anda pun sedang dalam situasi demikian, berdoalah banyak dan memohon kepada Allah supaya menguatkan hati dan iman anda. Untuk kiriman akan datang, saya akan berkongsi mengenai senarai doa yang diambil daripada Al-Quran dan juga hadis sahih. Tak banyak tapi cukuplah untuk diamalkan sebagai permulaan.
Membawa obor insan yang setia
Pabila benar dikatakan celupar
Pabila amanah dikatakan payah
Pabila nyata dikatakan dusta
Pabila teguh dikatakan rapuh
Pabila gagah dikatakan lemah
Pabila khianat dikatakan selamat
Pabila berbohong dikatakan sokong
Pabila menipu dikatakan perlu
Pabila syaitan menjadi teman
Pabila buaya menjadi raja
Bagaimana hendak ku berkata?
Dalam buana penuh angkara
Pabila bahasa berputar-putar
Pabila bicara bertukar-tukar
Pada Tuhan aku bersandar
Benar tetap kukata benar
Walau harganya mencabar sabar
Walau dihantar ke hutan belukar
Walau disambar api membakar
Kubayar nilai kejujuran hidup
Selagi jantungku masih berdengup
Menggalas panas kesakitan berbekas
Menanggung bebas mengusung korban
Akulah kembara lara di bumi Tuhan
Membela kebenaran nan penuh keperitan
Mencari syurga di perhentian kehidupan.
Zai jian~ Jaane~
Comments