Nilaian Ilmu Yang Semakin Menghilang

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa...

Hari ni saya ingin berbicara tentang nilai ilmu. Sudah lama perkara ini bermain diminda. Teringin benar berkongsi dan melontarkan keluar perkara yang telah lama saya fikir. Semoga anda dapat mengambil apa yang bermanfaat.

"Ustaz tu kata macam tu.."
"Hukum sekian-sekian adalah Wajib kalau ikut ustaz tu..."
"Tu siapa kata? Si ABC ? Ayooo tak boleh percaya la.."
"Mengikut Quran surah sekian-sekian,...... ---mula la tu nak beleter bagi orang confuse"

Nilai seseorang atau apa sahaja mestilah berdasarkan ILMU. Bukan berdasarkan universiti/kolej/madrasah/lulusan apa dan dimana. Mengapa makin hari makin ramai yang semakin menjauhi kebenaran hakiki?
Cuba renung diri kita. Adakah kita lebih kepada hendak mengikut EMOSI dan PERASAAN berbanding berfikir dengan waras dan berlandaskan fakta & sumber yang sahih? 


Keadaan masyarakat sekarang amat menyedihkan. Sedih kerana makin yang tersimpang jauh daripada landasan Qur'an dan Sunnah. Mengapa saya berkata demikian? Cuba anda perhatikan apa tindak balas masyarakat umum yang 'mengaku Muslim' tetapi bila disoal soalan berkaitan agama, kita akan mendapat jawapan berikut :

1. "Banyak tanya betul. Ikut sajalah. Ramai orang buat. Sejak dahulu lagi. Buat sajalah tanpa banyak soal!"
2. "Engkau tu siapa nak argue berkaitan agama. Engkau bukan ustaz pun!"
3. "Engkau jangan main-main dengan agama. Nanti jatuh kafir. Silap-silap boleh murtad!"
4. "Engkau pandai-pandai buat hukum baru"
5. "Aku ikut ustaz aku cakap. Buat apa aku nak dengar engkau. Ustaz aku lagi betul"
6. "Engkau ni Wahabi! Ajaran sesat!"
7. "Engkau ni degil la. Ustaz cakap macam tu, ikut sajalah."
8. "Takpa orang nak buat macam mana pun. Asalkan benda baik. Tu pun bagus dia tak buat benda jahat"
9. "Engkau ni belajar tak habis. Bagi habis belajar dulu baru bercakap!"
10. "Aku orang biasa-biasa ja. Bukan ustaz. Jadi aku tak ambil tahu la"
11. "Ahhhh, Malas lah nak fikir!"

CONTOH perkara yang menjadi ikut-ikutan secara BUTA oleh masyarakat Melayu ialah niat. Semua benda mesti ada lafaz niat. Tiada lafaz niat dikata tidak sah. Tahukah anda 'niat' bermaksud tujuan dan azam untuk melakukan sesuatu. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengajar untuk melakukam LAFAZ niat. Cuba ada bayangkan jika anda bersolat disebelah orang Arab dan anda membaca lafaz niat kuat2. Agaknya orang Arab tu akan berkata , "apa kena mamat sebelah aku ni nak bagitahu habis orang keliling dia nak solat. Dah memang duduk dalam saf dah. Pelik betul mamat sebelah aku ni..."

Punca kepada masalah diatas terjadi adalah kerana kita sudah tersimpang jauh daripada al-Quran dan as-Sunnah!!!!
Sedih. Sedih.. Innalillah wainna ilaihirajiun..
Berapa banyak doa yang telah Allah ajarkan kepada kita dalam al-Quran. Sebut sahajalah doa jenis apa yang anda mahu. Cari dan jumpa dalam Quran.

TETAPI.....
 Cuba tengok masyarakat sekarang. Taksub dengan zikir ciptaan 'ustaz' mereka. Dahagakan 'zikir-zikir' baru yang tidak diajar oleh al-Qur'an dan as-Sunnah. Kita katakan umat Nabi & mahu mengikut jejak Nabi Muhammad s.a.w. tetapi mengapa tidak mengikut ajaran beliau...?? Adakah saya akan memanggil kamu sebagai pengikut saya sekiranya kamu tidak mengikut apa yang saya ajar?

Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, maka mengapakah susah dan malas untuk digunakan?
Mahukah kita menjadi seperti orang-orang kafir terdahulu yang disebut di dalam Quran dimana Allah memberikan balasan azab kerana kedegilan mereka?

Mengapa kita degil dan mementingkan EGO diri sendiri berbanding mendengar hujah dan fakta yang benar demi agama? Kenapa? Apa yang anda mahu di dunia ini selain daripada kebenaran?
Mahukah anda menjadi orang yang mempunyai mata tetapi buta, mempunyai telinga tetapi pekak seperti yang disebut di dalam Quran?
Islam tidak pernah mengajar kita menghina orang lain yang kurang.
Islam mengajar kita menyampaikan walaupun satu ayat. Tetapi apa yang masyarakat lakukan seiring dengan yang diajar dalam Quran?

Sekiranya seseorang itu datang dengan berlainan ideologi dan ilmu, dengar dan selidik, cuba fahami dan kaji. Boleh jadi pegangan anda selama ini salah dan boleh jadi kawan anda yang tersilap. Yang penting, pandulah jalan anda dengan ilmu dan kebenaran BUKAN berpandu kepada emosi dan egois yang menebal.

Definisi 'Ustaz' dalam masyarakat melayu juga mempunyai masalah.  Semua orang yang dikatakan lepasan sekolah/universiti/pondok/lain2 'agama' dikira ustaz. Tidak kiralah pelajar itu selalu ponteng kelas, gagal dalam peperiksaan, sikap yang negatif, tetap akan dihormati dan didengar segala percakapannya walaupun tidak logik dek akal, tidak seiring Quran Sunnah. 

Tetapi apabila orang yg lulusan 'sekular' mengeluarkan sesuatu fakta berkaitan agama, akan ditolak mentah-mentah! Walaupun fakta tersebut telah berpandukan sumber Qur'an dan sunnah, masyarakat akan terus memutarbelitkan supaya tiada siapa mendengar dan menerima!.. Maha suci allah (Subhanallah), Allah lah yang akan menjaga agamanya dan semoga orang-orang demikian dilembutkan hati menerima kebenaran.
Keadaan masyarakat yang kian parah....

Sebenarnya, semakin kita membaca dan mengkaji al-Quran dan as-Sunnah, semakin banyak kita akan dapati amalan yang sekian lama diamalkan langsung tidak diajar oleh Quran dan Sunnah. Maka, bacalah dan fahamilah al-Quran dan as-Sunnah sedalam-dalamnya. 

Berapa banyak perkara yang sebenarnya diajar dalam Quran, tetapi kita katakan itu 'common sense'. Ya, betul 'common sense'.. Syukur kepada Allah kerana anda mempunyai common sense yang positif. Tetapi untuk orang tiada common sense, dia perlukan rujukan. Semuanya telah diajar dalam Quran. Mengapa mahu asingkan agama dengan kehidupan biasa kita?

Sebenarnya semua point diatas yang saya senaraikan ada penerangannya. Tetapi saya mungkin tidak mampu nak tulis semua dalam satu artikel ini.

Soalan saya yang terakhir untuk anda fikir-fikirkan. Jawablah menggunakan mata hati.. Allah Maha Mengetahui. Saya tidak akan tahu sebab saya hanya manusia biasa..
"Jika anda percaya Quran dan Sunnah itu benar dan anda pengikut Nabi Muhammad s.a.w., mengapa anda tidak mengamalkan ( kalau susah sangat nak amalkan, sekurang-kurangnya berusaha untuk memahami dan menimba ilmu mengenai ajaran sebenar ) apa yang telah diajar?

Nanti saya akan kupas mengenai ibadah/ubudiyah. Masyarakat telah mengasingkannya dalam kehidupan yang sepatutnya tidak diasingkan.

Itu sahaja pada kali ini. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang kelemahan diri saya dan mohon ditegur sekiranya ada bercanggah/salah.

Comments