Pengalaman Mukhayyam (Perkhemahan) Sekolah

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa.

Hari ni saya ingin bercerita tentang pengalaman mukhayyam yang saya alami sewaktu persekolahan. Mukhayyam adalah dalam bahasa Arab  bermaksud perkhemahan dan yang sewaktu dengannya lah. Setiap tahun sejak daripada berumur 10 tahun sehingga 15 tahun, sekolah mewajibkan kami menghadiri mukhayyam sekali setahun. Jadi jumlah mukhayyam yang saya pergi adalah 5 kali. Sepatutnya 6 kali tapi disebabkan berjaya pujuk mak supaya tak pergi, jadi kuranglah satu. hahaha

Dulu-dulu masa kecik, tak faham sebenarnya tujuan mukhayyam. Cuma yang tahu, sekiranya tiba-tiba kita 'terlepas' dalam hutan atau sesat atau apa-apalah yang susah hidup, jadi berbekalkan pengalaman semasa mukhayyam memang sangat membantu teramat-amat banyaklah. Tapi lepas dah besar sekarang ni, baru lah tahu apa itu objektif mukhayyam yang sebenarnya. Sebenarnya pengalaman yang pernah lalui semasa di sekolah menyebabkan jadi serik dan tak mahu dah pergi sampai bila-bila kecuali la memang ada kawan rapat pergi atau masa tu mood dan kesihatan memang sangat optimum. hihi~
Oyeahhhh~ hahaha

Ok, saya akan pecahkan mengikut aktiviti yang dibuat semasa mukhayyam. Banyak kisah yang agak tragis ni adalah pengalaman masa sekolah rendah (umur cumalah 10-12 tahun ja). Masa sekolah menengah memang banyak mudah dan ringanlah.



1. PERSIAPAN SEBELUM PERGI

Beg memang besar la juga. Macam-macam kena bawa sebab biasanya mukhayyam ni makan masa kebiasaanya 3-5 hari (seingat-ingat sayalah. haha dah lupa sikit sebab lama sangat memori tu). Makanan asas seperti gula, beras, sudu, garpu, bawang, dan lain-lain lagi perlu dibawa seorang sedikit sebab kami kena masak sendiri nanti. Cuba bayangkan umur baru 9-12 tahun kena masak sendiri dalam hutan. haha Bayangkan budak-budak sekarang buat gitu.. Menarik kan~~ kikiki~~

Bila dah lama sikit, baru la pandai beli makanan segera jenama 'Brahim' yang senang nak masak. Cuma panaskan dan boleh terus makan. Tapikan, yang tak best nya ialah makanan macam tu ada satu bau yang 'harum' yang tidak enak. heee Jadi hilang selera makan juga.

Berus gigi, tuala, baju, seluar, dan macam-macam lagilah kena bawa. Biasanya kena 'hiking' dulu sikit baru sampai ke tapak perkhemahan. Jadi, beramai-ramailah kami budak-budak kecik bawa barang punya banyak masuk hutan.

2. BINA KHEMAH

Pengalaman ni masa sekolah rendah ja. Sekolah menengah tak dapat pengalaman ni sebab selalunya pergi di tempat yang memang khemah tersedia besar cantik dan agak selesa. Dulu-dulu kami kecik kemetot ni kena bina khemah yang ada pancang setiap penjuru. Tiang khemah semestinyalah lebih tinggi daripada kami. Jadi muallim muallimah la banyak kena tolong. Khemah yang segi tiga tu. Bukan khemah pasang siap. Tapi khemah segi tiga tu besar daripada khemah pasang siap yang bulat. Anggaran masa nak siap pasang khemah lebih kurang 1 jam kot. Biasanya semua orang berebut-rebut tak mau tidor dekat dengan pintu khemah sebab takut macam-macam. Takut orang datang la, takut serangga la, takut hantu la, nanti kena bangun awal la, nanti kotor sebab orang dok pijak2, dan macam-macam lagi. haha

Masa sekolah menengah, memang 'syurga' sangat bila pergi mukhayyam dan khemah lebih besar dah tersedia pasang. Siap dengan bantal lagi tu.


3. JUNGLE TREKKING

Ni aktiviti wajib setiap kali mukhayyam. Jungle treking biasanya 3-4jam. Tak kisah hujan lebat atau panas terik, kami kena masuk juga. Ada 1 kali tu masuk guna kompas. Hutan tu pulak memang tak pernah lagi orang guna dan kami orang pertama berkhemah disitu. Jadi sudah pastilah tidak ada laluan yang elok dan penuh dengan pokok2. Cuba bayangkan lepas hujan lebat, kami redah hutan. Kena daki curam bukit yang lebih kurang 30-50 darjah senget. Memang rasa badan berat macam batu. Sudahlah curam, tidak ada tempat untuk berpegang kecuali dahan-dahan kecil yang ada duri tajam macam jarum menjahit. Saya terkena duri dan darah terus mengalir. Pengalaman yang menyerikkan. haha Tapi masa tu dah tak kisah luka sebab nak cepat balik ke tapak perkhemahan.

Ada tu juga lalu kawasan selut dalam. Dengan pacat yang 'berdiri' laparkan makanan. Memang kaki saya tidak akan statik ditanah kerana risau pacat naik ke kasut dan  masuk dalam baju. Betapa takutnya kami semua sehingga kami sembur 'Ridset' kat kasut sebelum masuk hutan. Padahal boleh ja tabur garam dalam kasut. Tapi sebab semua tak bawa garam, dan ada yang bawa Ridset, jadi guna sajalah. hihi

Lepas dah sampai di puncak, mestilah kena turun balik. Curamnya memang kalau fikir sekarang, tak sanggup la nak lalu. Tapi itu satu-satunya cara nak turun. Jadi duduk dan gelunsur turun. Tak perlu fikir panjang lagi.

Ada juga kena lalu melalui sungai yang air deras. Selamat ada bantuan tali yang tergantung. Masa tu saya rendah dan kecik. Ditambah dengan air sungai yang sangat-sangat laju, dalam, dan bebatu, memang sangat mencabar untuk saya. Saya hampir-hampir dibawa arus tapi selamat saya berpegang kuat pada tali  dan ada ahli kumpulan saya dibelakang. jadi selamatla masa tu.

Lepas habis jungle trekking ialah masa mencari pacat kat badan. Memang menjerit la kalau tiba-tiba nampak pacat sebab kalau kita tarik, memang tak tercabut. Kalau paksa tarik juga, memang berdarah-darah keluar tak berhenti. Dalam berjam-jam juga baru darah berhenti.

Ni sekadar gambar. Tak dak pengalaman saya trekking guna jalan cantik gini. Semuanya jalan tanah merah penuh pokok-pokok. haha


4. KAWAD

 Ni aktiviti wajib.juga. Sikit-sikit kawad. Pagi kawad, tengahari kawad, petang kawad. "Kanan, kiri, kanan, baris sedia, senang diri, dan lain-lain lagi". Memang boleh terbakar kulit muka. haha Jadi kena pandai-pandai tutup muka supaya tak la teruk terbakar.

5. MAKAN

 Masa sekolah rendah juga, kami kena masak sendiri. Bayangkan penat-penat trekking, bina khemah, pastu kena masak. Jadi bergotong royong ramai-ramai menyediakan makanan. Kami masak bukan guna 'rice cooker' dan minyak gas. Tapi masak guna lilin, mistin, daun kering, dan cara-cara tradisional ala-ala tentera. Payah kot nak hidupkan lilin dan jaga api. kalau lupa bawa sudu atau tak cukup sudu, gula batang kayu ja lah. Disebabkan nak masak nasi dalam mistin tak dak penutup, jadi daun-daun segar la jadi mangsa. Makanan tu memang tak berapa best la tapi disebabkan lapar dan tidak ada dah makanan lain, jadi yang tak best tu pun jadi best. Cuma menariknya, badan saya ni boleh tahan tak makan kalau waktu mukhayyam. haha Jadi, biasanya memang sikit sangat makan sebab makanan dimasak pun tak banyak.

Ni la rupa mistin tu. Kecik ja empat segi. Dah la lepas masak, muallim muallimah suruh basuh sampai hilang jelaga hitam bawah mistim tu. Memang dasyat nak tonyoh guna daun kering.


6. TANDAS / MANDI

Mandi ni pengalaman yang best sebab sungai masa ni sangat bersih. Kalau masa sekolah rendah seronok la sebab tak perlu risau sangat pasal aurat sebab tak baligh lagi kan. haha Jadi, memang main habis-habisan. Kalau nak 'melepas' pun, memang lepaskan disungai. Sebab biasanya tandas kat tempat perkhemahan hanya ada untuk buang air besar ja. Nak mandi memang kena guna air sungai. Tandas pun ada 1. Cuba bayangkan ramai-ramai puluh orang nak guna 1 tandas. Memang terseksa la kan. Dulu-dulu berkhemah kat pantai kerachut. Sekarang ni dah jadi hutan simpan dan tempat melancong. Jadi mungkin dah tak boleh berkhemah dah kat situ. Ni lah satu-satunya pengalaman yang memang sampai sekarang saya suka sangat dan nak lagi. Iya lah, sekarang memang susah nak jumpa sungai yang bersih dan jernih. Mandi sungai waktu mukhayyam biasanya berjam-jam sebab tak puas main. haha
Lebih kurang macam ni sungai tempat mandi kami-kami. hehe tenang dan jernih.


7. JALAN MALAM

Ni kadang-kadang ada. Biasanya wajib ada lah. Kena jalan sorang, tanpa lampu. Jadi meraba-raba la dalam kegelapan malam. Tapi selalunya bernasib baik sebab masa tu bulan mengambang. Jadi memang cerah la hutan situ. Pastu nanti ada muallim muallimah yang dok menyamar dan menyorok nak takutkan pelajar-pelajar. Masa tu memang kecut perut ketar kaki la sebab takut gelap. haha Padahal tahu je ada muallim muallimah jaga.

8. TIDUR

Biasanya kena hirasah. Hirasah bermaksud berjaga malam untuk keselamatan. Kena bergilir-gilir ikut jam. Biasanya semua orang berebut nak hirasah pukul 11-12am sebab tak tidur lagi atau 3-4 am atau 4-5am sebab masa tu memang dah nak kena bangun untuk qiamullail. Yang tak best masa sini ialah kita kejutkan orang bangun. Biasanya depa ni liat nak bangun, kita nak tidur pun serba salah sebab risau tak dak orang jaga nanti orang masuk khemah ka apa pulak. Tapi tidur waktu mukhayyam memang tak cukup. haha

Biasanya tidur dalam hutan ni sejuk mengalahkan air-cond. Jadi bawa sleeping bag begini memang selesa la nak tidur sebab panas dan tebal. hihi Tapi sleeping bag mahal la skit. Cuma mudah nak dibawa kemana-mana.


9. SEHARI SELEPAS BALIK RUMAH

Lepas balik rumah ja, memang tenaga 0%. Jadi kena recharge dengan tidur banyak-banyak dan makan banyak. haha Dan baju mestilah kena rendam air sabun sebab busuk dan kotor.

Sebab tu la saya dah serik kalau orang ajak nak mukhayyam ok. Kalau kamu-kamu boleh janji tak lasak macam atas ni, saya boleh pergi. haha Sebab nanti balik mukhayyam, ada banyak kerja nak kena setel. Jadi saya dah tak mau dah pergi yang memenatkan begitu. Tapi setakat yang saya tahu, semua mukhayyam zaman sekarang tidak dapat menandingi kesusahan mukhayyam masa saya sekolah rendah. Mungkin peringkat tentera baru sama kot. haha

*Nanti kalau saya rajin, saya ada 'topup' cerita ni lagi. Tulis ni sebab nak cepat pos ja. Hahaha

Ok, itu sahaja untuk kali ini. Jaane~~ Zai jian~ Xie xie sebab rajin baca. Nanti komen la ..haha

Comments