Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Ni hao ma? Genki desu ka? Kali ni nak tulis pasal bengkak tonsil. Sebelum tu mari berkenalan dengan tonsil. Tonsil juga boleh dikenali sebagai 'guard station' yang terletak di bahagian kiri dan kanan antara mulut dan tengkok. Dalam tonsil ni ada polis-polis yang menjaga sekiranya ada serangan bakteria atau virus yang masuk melalui mulut. Bila polis-polis ni sibuk berlawan disebabkan musuh yang terlalu banyak, maka tonsil ni jadi bengkak dan merah-merah. Faham kan analogi ni? hehehe...
Jadinya.... Sebenarnya saya tengah sakit tonsillitis ni. Nak jelaskan dengan terperinci kat sini. Ini adalah buat julung kalinya dalam seumur hidup ni kena tonsillitis. Dulu-dulu ingatkan biasa-biasa saja sakit ni. Rupa-rupanya memang sangat annoying dan menyeksakan. Amat-amat tak selesa. Peliknya, selsema tiada langsung. Sakit tekak pun jarang-jarang dalam hidup. Pernah dalam 3-4 kali saja sakit tekak seumur hidup.
Progress dia mula-mula sakit tengkok sikit-sikit rabu lepas (4 Nov). Ingatkan perkara biasa, jadi buat tak kisah. Esoknya ok sikit. Jumaat malam tu dah mula sangat tak selesa sebab sakit walaupun telan air liur. Seolah telan tapi tersangkut kat penutup esophagus. Rasa penutup esophagus tu membengkak. Jadi cuba bayangkan keadaan kalau nak telan air liur pun tersekat dan sakit..?? T.T
Jadi hari sabtu (7 Nov) saya ambil ubat homeopathy. Makan tapi tak dak penambahbaikan. Makin hari makin teruk sampai la hari ni Selasa (10 Nov). Malam ni dapat rasakan seperti c-curve soft palate juga membengkak kerana nak ludah buang air liur pun sakit. Kahak pada waktu pagi juga berwarna hijau. Lepas bangun setiap pagi, batuk yang kuat sampai sakit satu tulang tu. Tak tau nama tulang tu apa. Rasa makanan kat lidah pun dah kurang. Jadi tak selera makan. Sangat terseksa ok. Tapi apakan daya. Kita kena tahan supaya jadi kuat kan? Hari ni dah mula batuk yang banyak. Jadi sakit badan bila batuk. Leher pun nampak bengkak dah. Bawah dagu ni pun bengkak sikit belah kiri.
Orang kata kena rehat banyak. Tapi saya rasa tenaga saya sangat banyak. Cuma bila dah tak selesa sangat, memang nak tidur saja rasa. Tapi kalau tidur siang banyak, nanti malam tak boleh tidur. Memang konflik.
Sekarang ni cuma ingat nak makan ubat tahan sakit. Sebab dah tak tahan. Rasa hilang rasa nak makan. Rasa nak keringkan air liur supaya tak perlu susah payah nak telan. Betapa nikmatnya sebenarnya bila dapat telan air liur dengan mudah. Keadaan tonsillitis ni seolah makin lama makin teruk. Tak tahu la akan sembuh ka tak. Biasa kalau sakit, lama-lama akan sembuh perlahan-lahan.
Air lemon minum dah selama 3 hari, pastu minum juga air celery, air daun sup, makan buah-buahan, tapi masih makin teruk. Pelik kan? Hari ni kira 7 hari dah sakit.
Nak jadi cerita juga, saya terlibat sebagai 'leader' untuk satu program ni. Rasa macam nak berhenti sebab rasa badan cam tak berapa sihat. Tapi tu lain cerita la. Alasan je tu kan..@.@
Saja nak taip sini supaya simpan kenangan. Entah-entah nanti sudah tiada kat sini, orang lain boleh ambil pengajaran apa-apa dalam kisah ni. hiii~
Setelah dibuat sedikit pembacaan, cara nak cegah ialah pastikan basuh tangan setiap kali sebelum makan, elakkan berkongsi makanan dengan orang yang sakit tekak, dan jaga kesihatan elok-elok. Selebihnya serah kepada Allah.
p/s: Tazkirah ringkas kali ini ialah adalah berkaitan dengan adab bergaul dengan manusia.
1. Kita cakap mesti serupa bikin. Bila kita asyik seronok mengata orang, jangan lupa cermin diri sendiri. Manusia ni asyik cakap banyak mengata orang itu ini, sampai lupa cermin diri sendiri.
2. Adakalanya orang itu dah malas nak berkata-kata kepada anda kerana anda tidak pernah faham walaupun penerangan sudah diberikan beratus-ratus kali. Tapi oleh kerana ingin mengelakkan pertengkaran terjadi, maka lebih baik berdiam daripada bertengkar dengan anda. Jadi, jangan anggap orang yang diam tu sebab dia bermasalah. Tapi CERMIN DIRI ANDA DULU!! Mungkin sebab andalah, dia terpaksa diam menahan diri daripada berkata-kata kerana dikhuatiri bergaduh. Jangan mudah menuduh tanpa usul periksa.
3. Jangan paksa orang lain terima pendapat anda. Sekiranya anda tidak bersetuju, tidak perlulah berulang-ulang kali usaha memaksa orang lain.
4. Jangan putar belit bila berkata-kata. Fikir sebelum dan selepas bercakap. Jangan berkata-kata dalam keadaan marah kerana anda akan nampak sangat "bodoh". Mungkin agak kasar, tapi itu lah hakikatnya. Bodoh ni maksudnya sebab dia bercakap seolah tak guna otak.
Nasihat ni adalah untuk mengingatkan diri saya juga. Saya juga manusia biasa yang banyak kelemahan. :'(
Ingat nak tulis pendek, tapi jadi panjang. haha Jadi, selamat membaca.
Itu saja kali ini.
Jaane~ Zaijian~

Comments
p/s: kannnnn. kadang diam sebab malas nak ikutkan kepala batu mnusia itu. okbai. haha.
kan.. betul2 .hehehe