Kem Kepimpinan BTN Penang (6-9 Feb 2008)

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa..

Kali ini saya nak kongsi lebih kurang macam catitan saya sepanjang mengikuti kem kepimpinan Biro Tata Negara pada tahun 2008. Masa tu berada di tingkatan 5. Maklumkan kena pegang jawatan Pengerusi Tenpin bowling. haha Memang tak pandai langsung jadi pengerusi. Tapi semua orang pilih, maka redah ja la kan.. Ni nak tulis balik kat sini supaya senang nak baca dan mengimbau kenangan lama. hihi

Nak pergi tu kena kumpul ramai-ramai kat sek, pastu naik bas. Bila dah sampai kena jalan kaki sikit sebab bas tak boleh masuk dalam. Tidur dalam dorm atas katil single.Sebiji macam asrama. Masa tu dah la baru lepas tsunami. Tempat tu pulak betul-betul tepi laut dan memang kena tsunami sikit. Memang ada cerita hantu la jawabnya. haha Tandas dan makan memang selasa. Mana taknya, makan 5x sehari. Memang perut tak pernah kosong la jawabnya. Ada juga kena trekking. Tapi tak mencabar langsung sebab jalan dia landai dan biasa. Tapi kawan-kawan semua kata mencabar. hihi~




Alang-alang sekarang ni mood rajin menulis, maka kita tulis la sebanyak-banyaknya. Seronok sebenarnya pergi BTN ni sebab rilek walaupun memang depa dok brainwash habis-habisan supaya sokong kerajaan. haha Masa pergi ni memang zero ilmu tentang kepimpinan. Lepas pergi ni pun rasanya kosong juga. Cuma sekarang baru la faham betul-betul tentang setiap jawatan tu sebab sedang 'praktikal'. kikiki~ Lagipun kan, masa universiti pun ada belajar. Maka ilmu pun alhamdulillah bertambah-tambah.


TUGAS-TUGAS DALAM BERORGANISASI / PERSATUAN

TUGAS PENGERUSI (oleh Cikgu Mazanah)
1. Mempengerusikan majlis atau mesyuarat
2. Buat perancangan dan beritahu guru penasihat
3. Teliti minit mesyuarat yang diberi oleh setiausaha. Serahkan kepada guru penasihat sebanyak 3 salinan.
4. Tanya secara terperinci tentang sesuatu perkara
5. Bijak mengawal karakter yang pelbagai.

TUGAS SETIAUSAHA
1.  Susun atau urus bila nak ada mesyuarat biasa
2. Keluarkan surat arahan, tampal di 'notice board' satu minggu sebelum program
3. Panggilan mesyuarat mesti nyatakan dimana, pukul berapa, siapa yang terlibat
4. Mencatat dan menandatangai minit mesyuarat
5. Menyimpan dokumen yang berkaitan persatuan.

TUGAS BENDAHARI
1. Kutip duit dan apa-apa yang berkaitan dengan kewangan
2. Pungut duit jika perlu dan beritahu apa kegunaan duit
3. Menyediakan laporan kewangan, serah kepada audit (pemeriksa kira-kira)
4. Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul

TUGAS AJK LAIN
1. Membantu melaksanakan

Tajuk : KOMUNIKASI BERKESAN (oleh En Mustafa Hashim, Kaunselor SMK Batu Maung)

- Komunikasi terbahagi kepada 2 iaitu sehala dan 2 hala.
- Komunikasi sehala = Sebelah pihak, pihak ke-2 jadi pendengar setia, dan tidak ada 'feedback' (autokratik)
- Komunikasi 2 hala = Memainkan peranaan yang sama aktif, keadaan bersemuka, memek muka.

Jadi, macam mana nak bagi berkesan?
Mestilah Jelas, Teratur, Lancar, Tidak Berbelit, Tidak Terlalu Cepat.
- Jelas = Sebut perkataan dengan jelas, kekuatan suara, jarak kedudukan.
- Teratur = Tersusun maksudnya, ucap satu-satu jika penting
- Lancar = Tidak tergagap
- Tidak Berbelit = Terus ke matlamatnya, tidak perlu berbunga-bunga
- TIdak Terlalu Laju = Tidak lebih 100 patah perkataan seminit atau terlalu lambat

Bagaimana nak kawal perasaan semasa berada atas pentas?
- Jangan perhati semua sekali audien. Tengok tempat lain dahulu lepas tu baru perlahan-lahan tengok audien.
- Jangan 'over-confident'
- Kena bersedia dan ada tajuk yang hendak diucapkan
- Jangan hafal. Tulis isi-isi penting
- Perlu ada intonasi
- Ada penampilan
- Training dihadapan cermin
- Tarik nafas, minum air, main ibu jari kaki
- Jangan ulang perkataan terlalu banyak
- Jangan panjang-panjang/ melalut

PROJEK
1. Buat kertas kerja yang mempunyai Tajuk, Tujuan (umum), Matlamat, Objektif, Tarikh, Tempat, Masa, Sasaran, Jawatankuasa pelaksanaan, Jawatankuasa bertindak (kenalpasti tugas), Kewangan, Perbelanjaan, Langkah keselamatan, Penutup (rumusan), Tandatangan (s/u atau pengerusi).

Tajuk : MESYUARAT (oleh Cikgu Baharom)

TUJUAN MESYUARAT
1. Memberi taklimat
2. Mencari maklumat
3. Berunding
4. Mendapatkan keputusan

FAKTOR MEMPENGARUHI MASA MESYUARAT
1. Pentingnya agenda kepada ahli-ahli
2. Keluangan masa ahli
3. "Keseronokan" mesyuarat
4. Tahap pengetahuan sedia ada ahli
5. Tahap penumpuan ahli
6. Kuasa pengerusi

FAIL
1. Bernama dalam dan luar
2. Perlembagaan
3. Carta organisasi
4. Laporan mesyuarat agong
5. Bina takwim sendiri
6. Senarai nama AJK dan Ahli
7. Jadual kedatangan ahli dan kutipan kewangan
8. Penyata akaun bulanan
9. Penyata akaun akhir tahun
10. Laporan mingguan
11. Laporan aktiviti tambahan (sekiranya ada)

Tajuk : ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA (oleh Ramli bin Din, Pengetua PFS)

- Ancaman terdiri daripada dalaman dan luaran
- Faktor keselamatan negara : Makanan, Sosial, dan Fahaman.

Tajuk : EKONOMI DAN PENDIDIKAN (oleh Cik Norezan Ahmad) - 8 Feb 2008

- Objektif : Mengetahui dan menghayati nilai sejarah

Sesi LDK (Facilitator : En Asri dan En Sofyan)

Masa ni salah sorang faci baru dapat anak tau. Jadi faci tu ada sekerat je. Tapi masa tu saya kena jadi target utama encik faci pasal saya cakap tokoh diminati ialah nik aziz. haha!

- Kena lukis cawan dan pemandangan
- Tulis pasal diri : kelemahan, kebaikan , yang dikasihi, yang dibenci.
- Bincang 6 orang yang patut dipilih
- Bincang tentang nilai-nilai murni, insuran diri yang tak dapat dinilai
- Main game tutup mata, cari kasut , nametag, kawan
- Komunikasi, daya ingatan mesti kuat
- Kena lukis gambar kelapa yang ada monyet atas pokok tengah pegang cawan
- Matlamat peperiksaan :

Persediaan sebelum : Bersedia awal, tumpu perhatian dalam kelas, pergi tusyen, menyiapkan kerja sek yang diberi oleh guru, baca dulu sebelum guru masuk kelas, rajin bertanya kepada guru, membuat latihan tambahan, belajar berkumpulan, menjaga kesihatan diri, berdoa, membuat nota ringkas, menjaga hati ibubapa dan guru, melakukan solat sunat, belajar secara konsisten, mesti berani.

Persediaan semasa : Menjaga kesihatan diri, jawab dengan tenang, menyemak kembali jawapan, melihat nota-nota ringkas, membawa kelengkapan peperiksaan, bersarapan, salam dan cium tangan ibubapa

Persediaan selepas : Bertawakkal, merancang masa hadapan, mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah

Begitulah catitan masa zaman dahulu kala. Memang tak ingat langsung pernah belajar benda ni.haha Ok, nantikan catitan seterusnya.

Jaane~

Comments