learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Tuesday, May 03, 2016

Kursus Kanak-Kanak PraSekolah (Feb 2016)

Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa,

Kali ni nak berkongsi tentang tajuk KENALI & FAHAMI FITRAH KANAK-KANAK. Kursus ni disampaikan oleh Ibu Zaharah Awang. Rupa-rupanya banyak ja persamaan antara orang besar dan kanak-kanak. Dan banyak benda yang kita rasa kecik, rupanya besar kesannya kepada kanak-kanak. Mula-mula memang berat bebenor nak hadir kursus ni. Almaklumla, jauh ..dah pulak time weekend nak bercuti. tapi terpaksa digagahi juga memandangkan bos tempat kerja suruh pi. Bersyukur juga la pergi sebab rupanya memang best pun.hihi tapi nasib baik tak dak LDK. Tak minat sangat LDK ni sebab time-consuming. kikiki~
Contoh Latihan mewarna ikut nombor untuk kanak-kanak berumur 5 tahun

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR?

1. Melihat
2. Mendengar
3. Memegang
4. Merasa
5. Menghidu
6. Memerhati
7. Meneroka
8. Memikir
9. Membuat
10. Mengalami
11. Meniru

NOTA RINGKAS YANG SALIN 

- Kena kreatif
- Tak boleh dalam kelas saja
- Kanak-kanak memang sangat cepat meniru apa yang kita buat.
- Cara gaduh antara orang dewasa : Jangan tempat panas, melalui whatsapp. Tujuannya sebab nak elak bercakap
- Buat pembelajaran bagi menarik, jangan bunuh (garang, marah, rotan) minat dia. Contoh bunuh minat dia ialah marah masa dia tengah baca pastu tengok muka dia.
- AJAR bukan test
- Kena belajar deep breathing
- Kat tadika, cikgu boleh kerja macam-macam jenis. Contoh jadi jurutera, peguam, polis, doktor, dan lain-lain. Ni secara tak langsung boleh pupuk cita-cita sejak kecik lagi. Budak-budak boleh kenal lebih awal dan lebih dekat.
- Kena kreatif
- Kanak-kanak ada 2 watak. Biasanya di rumah lain, di sekolah lain.
- Cikgu lah yang berfungsi untuk membentuk peribadi kanak-kanak.
- Kanak-kanak ibarat CPU kosong
- Kemahiran berfikir aras tinggi = Kena tunjuk 'proses'. Contoh bawa carrot, tunjuk blend, potong, rasa. Baru rasa seronok.

JENIS-JENIS ANAK DIDIK

1. Sneezy (selalu sakit)
2. Doc (Semua dia tahu)
3. Grumpy (Garang)
4. Bashful (Pemalu)
5. Sleepy
6. Happy
7. Dopey (Lost focus)

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1. Perkembangan Fizikal (Motor kasar dan motor halus)
2. Perkembangan Bahasa (contohnya menyanyi)
3. Perkembangan Kognitif
4. Perkembangan Emosi
5. Perkembangan Spiritual

- Masa 4 tahun, mesti pra-angka / pra-tulis. Buat titik-titik untuk depa ikut.
- Budak-budak baru belajar menulis boleh disama ertikan  seolah orang dewasa yang tidak kidal, tapi ingin menulis menggunakan tangan kiri.
- Ajar kanak-kanak daripada mudah ke susah
- Perbezaan kalau orang pressure vs puji. Bila pressure, kita/budak tu jadi tak tenang, tak boleh buat. Tapi kalau kita puji, baru dia rasa tenang nak buat. Contoh demo 2 situasi pressure vs puji untuk bagi cikgu faham
- Cikgu-cikgu atau sesiapa saja yang berada di institusi pendidikan ibarat jari-jari di tangan. Semua ada peranan tersendiri.

- Ajar kanak-kanak untuk disiplin : Mesti susun kasut, jaga kebersihan, susun beg, botol air
- Sebut 'hai', then suruh budak-budak respon 'hello'
- Budak-budak yang kurang kasih sayang, memang akan ada masalah tingkah laku.
- Galakkan tadika ajar bawa dan makan buah,
- Time tegas, kena tegas
- Time main, kena main.
- Bagi kasih sayang TAK SAMA dengan manja.
- Kalau budak-budak ada masalah, peluk, usap, cakap "cikgu sayang awak, awak budak baik" etc2.
- Kasih sayang kena tunjuk, zahirkan, kena bagitau secara lisan.
- Ada budak buat perangai sebab nak perhatian
- Kena ada 'TIME OUT'. Sebab nak suruh dia berfikir. Asingkan dia.
- Guru kena tolong bagi kasih sayang untuk budak yang kurang kasih sayang.
- Boleh guna bahasa isyarat, non-verbal, ambil balik.
-Kena CAKAP/EXPLAIN  "perasaan" supaya budak-budak faham

♡♡Anak belajar untuk kehidupan, bukan untuk peperiksaan.♡♡

- Anak-anak kalau dah explain, jangan kita langgar undang-undang yang kita dah explain tadi.

- Cabaran guru-guru untuk develop potential murid-murid.
- Standard adalah ukuran. Kalau boleh lebih, mesti lagi elok.

3 BENDA CARA BELAJAR

1. Bertema
2. Bersepadu
3. Learning to play . Contoh buat projek,
- Belajar daripada pengalaman. Lawat tadika atau tempat-tempat lain. Observe.
- Budak-budak 4 tahyn ni memang kena ulang setiap hari.

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

- Belajar dalam suasana tak berformat, menyeronokkan, ada interaksi
- Learning without worksheet
- I want to play with children
- Contoh : Disciplin / Class rule. Kena habis kerja baru boleh main, kena bagi salam kat cikgu.
-Buat tagging warna buku, ikut kumpulan.

4 KUNCI UTAMA CLASS RULE

1. Disiplin
2. Prosedur
3. Konsisten
4. Maintenance

- Teknik nak search kat google :

1. "Thematic approach kindergarten"
2. "Clip art in ........"
3. "Aktiviti prasekolah"
Itu saja coretan kali ini. Nanti artikel akan datang baru saya bercerita tentang pengalaman bekerja sebagai cikgu tadika yang penuh pahit manis masam masin ni.hahaha Nantikan~~

Jaane, Zai jian

No comments: