Kursus Pengurusan Jenazah (13 Ogos 2016)

Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa, 

Disampaikan oleh Sheikh Nazril wakil Pertubuhan Pengurusan Jenazah al-Ikhlas, Pulau Pinang.

Ringkasan kitab ahkamul ....

KEWAJIPAN ORANG LAIN KEPADA PESAKIT

1. Ziarah pesakit.  Tanggungjawab sesama Muslim untuk ziarah seperti mana hadis ada sebut.

2. Mendoakan pesakit. Kelebihan ziarah : jalan menuju ke syurga.

KEWAJIPAN PESAKIT SENDIRI

1. Redha & sabar.
2. Dilarang mengharapkan kematian. Walaupun sakit macam mana sekalipun.
3. Doa & tawakkal.
4. Wasiat. Selalunya orang ingat wasiat harta saja. Tapi selalu Nabi pesan ialah bertaqwa kepada Allah. 

Contoh Nasirudin alBani wasiat : "Jika aku sedang nazak, bisik lah kalimah lailahaillallah. Jika sampai kematian ku, doalah kepadaku, usah diratapi. Segerakan urusan jenazah, pastikan berlandaskan petunjuk rasulullah. Usah dilewatkan kebumi jenazahku. Jangan dibuat binaan dikuburku. dll... ".
 Waris tidak termasuk dalam wasiat. 


-Talkin ni untuk orang hidup. Contoh dalam keadaan pesakit sedang sakaratul maut. Talkin ialah bisik lailahaillallah.ada hadis sebut siapa yang ucap lailahaillallah akan masuk syurga. Jangan memasak dan terlalu laju. Boleh buat tapi jangan ganggu dia.

- Doa kepada pesakit dan tidak bercakap perkara tidak penting disisinya.
- Qiamkan jenazah (letak tangan macam tengah solat) tak wajib tapi benda ni dah menyusahkan proses mandi jenazah sebab dah keras.
-

KEWAJIPAN DALAM MENGHADIRI KEMATIAN

1. Tutup mata jenazah.
2. Selimuti keseluruhan badan. Tak kisah kain apa asalkan tutup.
3. Segerakan urusan pengebumian. Sebab kita tak mau bawa apa2 fitnah kepada si mati.
4. Tolong selesaikan hutang si mati. Nabi tak mahu solatkan jenazah orang yang berhutang.
5. Menyingkatkan kain.
6. Sabar dan menangis dan sedih tapi bukan bentuk meratap. Sebab Nabi pun menangis atas kematian anak lelakinya ibrahim. Meratap seolah salah 1 bentuk protes.
7. Harus memberitahu kematian tapi tak 'nakyu'. nakyu = penyebaran secara melampau, contoh ketuk kompang bising 1 kampung. Hebah kematian secara berhemah.

- Orang yang mendengar kematian hendaklah berdoa kepada si mati. Ucapan al istijak : ............ dibaca oleh ummu salamah yang kematian suaminya. Bukan suruh baca al-fatihah.
- Jangan kaitkan kematian seseorang dengan fenomena alam. Contoh "tengok bumi bersedih a.k.a. hujan sebab dia mati"

MEMANDIKAN JENAZAH
- Hukum Pendapat jumhur ulama : Fardu kifayah . Wajib untuk setiap individu muslim mempelajarinya.

- Siapa yang boleh mandikan jenazah :
1. Mesti sesama jantina kecuali suami nak mandi isterinya.
2. Amanah dan soleh. Nak elak dia jaja cerita aib si mati.
3. Berilmu.

- Hadis ummu 'athiyyah cerita pasal tatacara nak mandi jenazah : mandikan dengan air kapur barus, selimutkan, etc.
- Proses mandi
1. Tanggalkan keseluruhan pakaian . Tapi aurat si mati tetap kena jaga.
2. Membuka ikatan dan sanggul rambut bagi wanita.
3. Melazimi lemah lembut dalam proses memandikan jenazah. Hadis ada kata dia seolah mematahkan tulang mayat kalau dia kasar dengan jenazah.
4. Hilangkan kotoran dan sisa najis. Cucur dengan air kat kawasan najis tu. Urut perut dan tekan ke bawah. Tengok sampai yakin air bersih dan selesai.
5. Memulakan mandian dengan anggota wudhu. Bukannya ambil wuduk untuk si mati. Sama macam kita ambil wuduk.
6. Mendahulukan bahagian kanan badan mayat kemudian sebelah kiri.

- Jumlah mandian hendaklah 3x minimum atau dengan jumlah ganjil atau sehingga rasa bersih.
- Menggunakan sabun bidara.
- Ikat rambut 3 ikatan untuk wanita.
- Mandi selepas memandikan jenazah.ni untuk orang yang menguruskan jenazah. Hadis lemah pasal ni.

MENGKAFANKAN JENAZAH
- 3 kain utk lelaki, 5 kain perempuan. Tapi benda ni hadis lemah.
- Warna putih. 
- Diwangikan kain kafan.

SOLAT JENAZAH
- Hukum fardu kifayah. Wajib kepada semua yang hadir /iring tak kira lelaki atau perempuan.
- Solat = Doa kepada simati. Tak perlu buat upacara lain dah. Bukannya hanya dengan iring saja.
- Zaman nabi pernah dibuat di tanah yang lapang. Tapi tak ada ketetapan nak solat dimana.
- kedudukan imam masa solat : kepala untuk jenazah lelaki, pinggang untuk jenazah perempuan.
- niat. Tak perlu lafaz niat.
- 4 takbir tanpa sujud
1. Surah alfatihah
2. Selawat. Selawat ibrahim . Macam masa tahiyat akhir.
3. Doa kepada si mati. اللهم اغفرله ورحمه
4. Doa & beri salam.
-Solat mesti ikhlas kerana allah. Bukan kerana sampul duit etc.

USUNG DAN IRINGI JENAZAH
- Hak2 muslim sesama muslim seperti mana disebut hadis.
- 2 peringkat : hingga disemayangkan, hingga dikebumikan. Sebesar gunung uhud ganjarannya.
- Makruh untuk wanita iringi hingga perkuburan klu ikut hadis ummu atiyah. Sebab emosi wanita lemah.
- dilarang angkat suara . Berhenti2 selangkah baca fatihah pun tak dak dalil .

PENGEBUMIAN
- 2 jenis : Lahad : Masuk ke dalam dan tepi sikit & Syaq : Terus masuk.
- Jenis tu ikut tanah. Kat penang ikut syaq.
- 3 waktu dilarang kebumi : matahari terbit, tegak atas kepala, sedang terbenam. Tak boleh kecuali terpaksa.
- Orang soleh yang sambut mayat.
- Beri peringatan kepada hadirin
- Tinggikan sejengkal dan diratakan.
- Haram bina sebarang binaan. Tak kisah macam mana pun.
- Diletakkan batu sebagai tanda.
- Dilarang duduk atas kubur.
- Sunat ucapkan tazkiah kepada keluarga si mati.
- Jauhi berhimpun beramai2 untuk menjamu orang datang. Seolah meratap. Menurut pandangan sahabat.
- Sunat ziarah kubur untuk mengambil iktibar yang ini adalah pengakhiran kita sahaja.
- Budaya siram air ni sebab tanah kat mekah pasir ringan sebab nak mampatkan tanah takmau bagi terbang.
- Binatang datang tu sebab faktor kedalaman. Sebabtu korek dalam.
- Doa

Nota yang dapat semasa kursus
Itu saja untuk kali ini. Jaane. Zai jian.

Comments