11 Tips Memilih Taska/Tadika

Assalamualaikum, Konnichiwa, Ni hao.

Bagi yang bekerja dan mempunyai anak kecil, pasti hendak menghantar anak ke pusat jagaan seperti Taska atau Tadika. Hari ini saya ingin berkongsi kriteria yang perlu dilihat sebelum memilih tempat tersebut. Ilmu saya mungkin tidak sebanyak mana tapi saya cuba berkongsi ilmu yang saya harap dapat membantu sesiapa yang buntu untuk membuat keputusan memilih taska/tadika. Pemilihan ini penting terutamanya bagi kanak-kanak yang 'day-care' (berada di Tadika/Taska daripada pagi sampai petang).

Suka diingatkan, anda tidak boleh menyamaratakan semua taska/tadika. Ada tadia/taska yang memang tiptop, bagus dan sangat sesuai untuk perkembangan mental dan fizikal anak anda, TAPI.....ada yang bakal membantutkan perkembangan mereka. Saya akan senaraikan kriteria mengikut point ringkas seperti dibawah ini. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sepanjang bekerja 'part-time' sebagai cikgu tadika dan perbincangan dengan kawan-kawan yang bekerja sebagai guru tadika di tempat lain.



  • 1. LENGKAPKAN DIRI anda dengan ILMU tentang perkara yang penting tentang pendidikan awal kanak-kanak. Baca buku atau google tentang perkembangan kanak-kanak yang berumur 3-6 tahun (mengikut umur anak anda).Selain itu, anda juga boleh berbincang dan bertanya pendapat atau menghadiri kursus pendidikan kanak-kanak. Sangat bagus untuk anda. Kerana pada pendapat saya, ilmu itu berguna sehingga anak anda besar. Sebab sikap manusia tidak berubah banyak daripada kecik sampai dewasa. Masih banyak persamaan antara orang dewasa dan kanak-kanak. :)

  • 2. Lakukan lawatan secara tidak rasmi ke Tadika/Taska tempat anak anda bakal tinggal.  Lihat PERSEKITARAN / SUASANA sekolah tadika/taska tersebut. Adakah kondusif dan selesa dan sesuai dengan umur anak anda.  Kelas tadika mestilah tidak sama seperti kelas pelajar yang berada di sekolah rendah/menengah . Maksudnya kelas / suasana di tadika mestilah ceria, mempunyai pelbagai sudut aktiviti/permainan . Semua ini penting  untuk meransang perkembangan mental kanak-kanak.

  • 3. Lihat LATAR BELAKANG CIKGU yang mengajar. SANGAT SANGAT SANGAT PENTING! Ini benda yang sangat penting yang  saya nak tekankan. Kebiasaanya pengurus tadika tidak mahu mengambil pelajar lulusan diploma kerana perlu membayar gaji lebih dan mereka biasanya ambil pelajar lulusan SPM. Saya tidak kisah perkara ini cuma yang penting ialah adakah pengurus itu seorang yang bertanggungjawab untuk menberi tunjuk ajar kepada cikgu yang tidak berlatar belakangkan pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini memerlukan kefahaman dan ilmu yang betul. Kalau tak, itulah jadinya kes kanak-kanak takut ke sekolah kerana khuatir dicubit, dimarah oleh cikgu. Panjang sebenarnya kalau nak cakap pasal cikgu ni. Kalau cikgu bermasalah, pelajar pun bakal bermasalah. Sebab kanak-kanak ni suci dan tahu meniru semua perbuatan cikgu. Sedih kan kalau kanak-kanak tiru perbuatan yang buruk ada pada cikgu? Saya sendiri berpengalaman jumpa cikgu yang suka menipu, memutar belit, dan cakap kasar. Saya cuma boleh berdoa semoga murid-murid cikgu tidak terpengaruh dengan sikap cikgu tersebut. Cikgu juga hendaklah mempunyai mindset MENDIDIK & KASIH SAYANG kepada kanak-kanak. Kalau tak, sikit2 nak cubit, tampar murid. Kasihan mereka.

  • 4. PENGURUS tadika juga hendaklah TIDAK KEDEKUT dalam mengeluarkan wang untuk pendidikan kanak-kanak. Laburkan sedikit wang untuk meningkatkan keseronokan murid belajar dan hadir ke sekolah.  Guru-guru sendiri perlu hadir kursus supaya mereka mempunyai ilmu yang betul. Ada kes yang berlaku depan mata saya dimana kanak-kanak dipaksa duduk diam dan tidak berbuat apa2 dalam masa yang lama. Cuba bayangkan budak-budak yang sangat aktif dipaksa diam? Sudahlah dipaksa diam, aktiviti / game lain yang boleh dibuat juga tidak dibenarkan. Cek bahan bantu mengajar (BBM) tempat itu. Adakah ada banyak atau terlalu sedikit?

  • 5. Pengurus juga perlu mengambil berat tentang KEBAJIKAN PEKERJA. Mengambil berat bukan hanya dari segi fizikal tapi secara rohani. Kalau tak, ada pekerja akan jadi 'alim-alim kucing'. Depan pengurus bukan main bagus, tapi mengutuk dibelakang. Itulah masalah bila rohani mereka bermasalah.  Cikgu yang mengumpat ibubapa murid-murid. Cikgu yang emosi bermasalah tidak dapat mendidik muridnya dengan baik. Sedangkan mendidik kanak-kanak memang sangat memerlukan emosi yang stabil dan positif. Ada cikgu yang alim kucing depan ibu bapa saja sebab ibu bapa kerja gaji mahal. aduh~ my sick community.

  • 6. JUMLAH MURID yang terlalu banyak juga bermasalah. Terutama sekali kalau tempat kecil seperti rumah biasa dan cikgu yang tiada ilmu pendidikan kanak-kanak. Pengalaman bekerja TIDAK menjamin seseorang cikgu itu bijak dalam mengawal kanak-kanak kalau ilmu tidak bertambah.   

  • 7. Lihat JADUAL KELAS / aktiviti untuk seharian pelajar. Mungkin boleh lihat Pelan Perancangan Sebelum Mengajar Cikgu. Adakah hanya pensil dan buku atau banyak aktiviti permainan lain yang meransang minda mereka? 

  • 8. MAKANAN. Ini benda sangat penting juga. Ada tadika yang sangat tidak menjaga makanan. Kanak-kanak disuap/diberi kek selalu, gula2, makanan ringan yang amat tidak menyihatkan dan merosakkan gigi. Jadi berhati-hati lah sebagai ibubapa. Kesihatan kena jaga daripada kecil. Kalau kanak-kanak dah biasa makanan yang tidak sihat, nanti akan jadi gemuk melampau, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Buah2an seakan hampir tiada manakala sayur-sayuran juga tidak banyak. Dimana lagi kanak-kanak mahu belajar kalau tidak disekolah?

  • 9. KEBERSIHAN adalah perkara yang sangat penting. Sekurang-kurangnya pembersihan menyeluruh dilakukan sebulan sekali. Pengurus perlu mengambil berat tentang bagaimana memastikan kebersihan sentiasa berat ditahap optimum. Barang-barang hendaklah yang mudah dicuci dan dikemas. Cuba sedaya upaya elakkan perkongsian cawan air kerana ini adalah salah satu sumber jangkitan selsema batuk.

  • 10. KESELAMATAN susun atur barang & lain-lain. Kerana mungkin ada sesetengah tadika/taska terlepas pandang atau tidak kisah. Contoh penghadang tangga untuk mengelakkan kanak-kanak bermain ditangga.

  • 11. NASIHAT UNTUK IBUBAPA diluar sana, bekalkan ilmu dengan pendidikan awal kanak-kanak supaya anda tidak meminta sesuai yang tidak bersesuaian dengan anak anda. Sebab permintaan ibubapa yang tiada ilmu pendidikan awal ni menyebabkan ada pengurus tadika/taska yang mahu duit banyak, hanya mengikut saja tapi menghiraukan kepentingan sebenar kanak-kanak.


Itu saja untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Kelemahan yang disebutkan diatas adalah supaya kita dapat mengambil pengajaran dan tidak mengulangnya.

Jaane~ Zai jian~

Comments