learning (142) diary (104) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Tuesday, October 04, 2016

Resepi - Terung Masak Lada [Pic]

Assalamualaikum, ni hao konnichiwa

Kali ni nak kongsi resepi terung masak berlada. Hihi senang yang amat. Resepi ni sedap kalau pedas. Kalau tak pedas, rasa kurang aummm. Senang tapi sedap. Makan ni dengan ikan goreng pun dah lazat. Jadi, jom belajar.

Bahan-bahan :

1. Bawang putih (2biji)
2. Bawang merah (5biji) - kalau bawang banyak sangat, nanti kena masak lagi lama untuk hilangkan bau bawang.
3. Cili hidup merah (2biji)
4. Cili padi (5-10 biji - ikut tahap kepedasan yang disukai. Kalau tak pedas, tak best.hihi)
5. Tomato (1biji)
6. Gula
7. Garam
8. Terung saiz sederhana (2biji)
9. Ikan bilis (1tbsp)

Cara :

1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Potong terung & lap supaya tidak ada air.
3. Goreng sehingga agak layu. Jangan terlalu layu sebab nanti jadi kering.
4. Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah, cili padi, ikan bilis, dan tomato.
5. Guna minyak yang goreng terung tadi dan masukkan bahan kisar.
6. Masak sampai hilang bau bawang dan agak kering.
7. Masukkan gula dan garam. Rasa adakah cukup rasa.
8. Masukkan terung goreng. Gaul sebentar.
9. Sedia untuk dimakan. 

Itu saja untuk kali ini, semoga berjumpa lagi untuk resepi seterusnya. Hihi Jaane~ Zai jian~

No comments: