Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa,
Kali ni nak berkongsi tentang Seminar Fiqh Multikultural Islam dan Masyarakat Cina yang berlangsung di UIA Gombak pada hari Sabtu 30 Januari 2016. Saya bertolak daripada P***** pada malam jumaat tersebut. Sampai di KL jam 1 pagi. Fuh... Esok paginya bangun dan terus ke situ. Secara keseluruhannya, seminar ni memang best dan mantap. Harus dan wajib pergi terutamanya kalau anda hidup dalam komuniti yang berbilang bangsa. Sangat banyak benda yang dapat dipelajari. Jadinya, bahan2 serta informasi yang baru saya dapat akan saya kongsikan di bawah ni. Baca sampai habis tau... jengjengjeng...
Tapi..tapi... Ada yang tak berapa best iaitu slot Forum. Moderatornya telah menjadi ahli panel kerana bercakap lebih panjang dan banyak daripada ahli panel. Adoi~ hihi Cuma yang bagusnya, mereka jemput seorang ahli panel nonMuslim. Wow sangat~
-------------------------------------------------------------------------
SLOT 1 - PERANAN MUSLIM DALAM MEMBAWA IMEJ ISLAM KEPADA MASYARAKAT MULTIKULTURAL (oleh Dr Zaharuddin bin Abdul Rahman)
- Dr Zaharuddin juga dikenali dengan shortform UZAR. Boleh cari kat youtube banyak ceramah yang disampaikan oleh beliau. Ust Zaharuddin adalah pensyarah UIAM Gombak dan Presiden Murshid.
- Berikut adalah peranan utama seorang Muslim:
1. Tunaikan hak Allah ialah melaksanakan ibadah fardhiah.
2. Fahami hak manusia sesama manusia. Terdapat disiplin dalil tentang hak sesama Muslim dan hak dengan bukan Islam.

- (Mumtahanah 60 :8) Berbuat baik dalam apa jua keadaan selagi mana mereka tidak memerangi Islam.
- Al Tabari mengulas yang bermaksud : Allah sukakan mereka yang munsif dan munsif bersama manusia, memberikan mereka hak dan keadilan, berbuat baik kepada yang baik dari kalangan mereka.
*MUNSIF bermaksud adil dan tidak dipengaruhi emosi.
*Demikian juga huraian Ibn Kathir, al-Mawardi dan lain-lain
*Namun ada yang sebut seperti Qatadah, ayat ini telah di NASAKH dengan ayat "perangi musyrikin dimana sahaja kamu dapati mereka."
*Keadaan ini apabila difahami sebaliknya, boleh melahirkan ekstrimism daripada kalangan Muslim.
*Namun al-Tabari menganggap itu PENDAPAT LEMAH kerana hadis Asma' terhadap keluarganya. Kata beliau : "Pendapat yang lebih tepat ialah ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan penganut semua agama.
INI KERANA ALLAH MENYEBUTNYA SECARA UMUM DENGAN KATANYA "ORANG-ORANG YANG TIDAK MEMERANGI KAMU KERANA AGAMA (KAMU), DAN TIDAK MENGELUARKAN KAMU DARI KAMPUNG HALAMAN KAMU"
merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian" (alTabari, Jami' al Bayan 'an Takwil aiy Al Quran 28/66 Beirut:Dar al-Fikr)
*Hadis bermaksud : Seorang wanita musyrik bekas isteri Abu Bakar as-Siddiq yang diceraikan masa jahiliah dan juga ibu kepada Asma' datang bertemu Asma' bt Abi Bakr sewaktu ketika gencatan senjata, dan dihadiahkan Asma' tetapi Asma' enggan terima sehingga merujuk kepada Rasulullah, kemudian turun ayat ini. (Al Qurtubi, 18/54)
- Tafsir Al Karim Al Rahman fi Tafsir Kalam Manan : ص 856 ) : Allah tidak larang kamu berbuat baik dan berhubungan dan mengganjari sesuai dengan situasi yang baik serta adik dengan musyrikin samada dari kalangan sanak saudara atau lainnya, dengan syarat....
(1) Tidak memusuhi atau melawan agama kamu &
(2) Halau muslim keluar dari tempat tinggal.
*Kita kena buat baik dan terus buat baik sebab mereka akan tertarik untuk peluk Islam.
- Beri Makan Walaupun Kafir Harbi.
- (Ibnu Ashur) Diberi ganjaran Muslim atas kebaikan kepada nonMuslim, Allah telah sebut dalam al-Quran "Memberi makan kepada yang dikasihinya kepada miskin, yatim dan tawanan" dan tawan tiadalah kecuali yang kafir (ketika perang).
- An-Nawai dalam Majmu' (6/237) : Masih muslim diberi ganjaran pahala atas kebaikan yang dilakukan.
- Kisah Thumamah tetap jual makanan kepada orang kafir
- Islam ini Ihsan & Rahmatan Lil Alamin. Itulah bezanya cara (orang kafir) dengan Islam sebab orang kafir kepung dalam perang Ahzab sampai orang Islam tak boleh makan.
*SYARAT & LIMITASI :( Mumtahanah : 1) Ayat tentang jangan mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia dll...
- Kena tengok banyak faktor. Bukannya terus faham secara buta tuli dan sekerat-sekerat. Untuk ayat ni ada 4 faktor
- Sebab nuzul adalah Kisah Abi Balta'ah (Tafsir al-Baghawi etc)
(1) Fahami konteks ayat - suasana
(2) Rahsia kena dijaga - jenis rahsia dan maslahat penjagaannya
(3) Peperangan dan bersama kafir harbi
(4) Ciri mereka
*PUTUS HUBUNGAN RAPAT DENGAN YANG MUSUHI ISLAM? (Mumtahanah : 5) "Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja"
- Ayat ni ada orang faham yang kita kena benci orang bukan Islam. Sebab tu ada segelintir golongan jadi keras dan kempen kebencian kepada nonMuslim.
- Tapi sebenarnya boleh faham 2 maksud.
*JANGAN TINGGAL DALAM KOMUNITI NON-MUSLIM? Riwayat Abu Daud & At-Tirmidzi : "Aku berlepas diri dari setiap orang Islam yang mendiami di kawasan persekitaran musyrikin".
- Aku = Nabi
- Berlepas diri = Maksudnya nabi tak mampu nak buat apa-apa dah
- Benda ini hanya terpakai untuk negara yang amalam Islam dihalang
-Bagi memahami dan menggunakan hadis ini, perlu difahami bukan bersifat am dalam semua keadaan tetapi dinyatakan oleh Nabi bagi menegaskan wajib berhijrah dari bumi Mekah ke Madinah bagi membantu Islam.
- Sheikh Soleh Munajjid mengulas erti hadis ini : Maksud (dari hadis itu) adalah disebabkan kegagalan untuk menzahirkan agama Islam iaitu mengiklankan kalimah tauhid, menjauhi syirik (seperti dipaksa berbuat syirik) dan mendirikan syiar-syiar Islam tanpa takut.
- Maka apabila keadaan itu berlaku, barulah perlu seseorang (1) segera keluar dari negara terbabit, ATAU (2) menghadapi risiko ancaman yang terdapat dalam teks hadis.
- Larangan daripada Nabi juga dapat difahami sebab musababnya adalah sahabat kemudiannya bertanya mengapa dilarang? Baginda menjawab : "Jangan saling kau nampak api (cahaya) diantara satu sama lain".
- Terdapat 2 maksud akan erti frasa disebutkan ini :
(1) Simbolik agar jangan berdekatan dengan kaum musyrik sehingga mereka boleh melihat kamu dan sebaliknya.
(2) Cahaya musyrik membawa kepada kekafiran dan syaitan, manakala cahaya Islam membawa kepada Allah, mana mungkin ia boleh bersama dan berdekatan.
- Kesimpulannya apabila Muslim itu duduk disatu kawasan yang mana urusan dan syiar yang membawa kepada penzahiran Islam serta amalan disekat oleh pihak berkuasa kafir, tatkala itu mesti meninggalkan pemukiman di negara/kawasan tersebut ke tempat lain.
- Al-Qardawi membawakan hujah bahawa 'berlepas diri' bukan bererti sebuah pengharaman, tetapi bermaksud jika dibunuh dan dicederakan oleh penentang Islam disana, baginda tidak akan dapat bertanggungjawab.
*URUSAN MUAMALAT PERNIAGAAN / HARTA DENGAN NONMUSLIM.
- Athar : Umar nak bagi sembelihan kepada orang Yahudi (masa tu bukan kafir harbi)
- Hadis & Athar : Nabi beli makanan daripada orang Yahudi dan cagar guna baju besi sebab tiada duit pada masa itu.
*ZIARAH KENALAN NONMUSLIM YANG SAKIT. Ziarah Abu Talib.
- Kita tak boleh doa minta ampun kepada orang kafir yang mati dalam musyrik walaupun untuk kaum kerabat.
- Ada Hadis tentang Nabi ziarah orang Yahudi.
*7 PERANAN UTAMA MUSLIM
(1) Adil (Maidah 5:8)
- Dalam memberi hukuman kepada (1) Sikap (2) Perniagaan (3).................
- Contoh : Tidak ada jawatan 'Amirul Mukminin" kalau kat mahkamah . Yang ada hanyalah (1) Menuntut hak (2) Mendakwa.
(2) Berakhlak mulia
- Nanti kita akan dapat merit daripada Allah
- Rasulullah diutus untuk menyempurkan akhlak mulia ( Musnad al-Bazzar dari Abu Hurairah )
- Akhlak mulia bukti kesempurnaan iman (Sunan Tirmizi dari Abu Hurairah : Hasan Sahih)
- Dakwah bil Hal (dengan akhlak mulia) merupakan cara dakwah paling efektif dan berkesan. Rasulullah sebelum diutus menjadi Rasul mendapat gelaran al-Amin disebabkan akhlak baginda dan mendapat kemuliaan untuk memimpin perletakan batu hajar-ul-aswad.
- Akhlak mulia praktikal yang sering menonjol & diinginkan di zaman ini :
(a) JAGA MASA!! Tepati janji, Bayar hutang dan memberi bantuan, Humble tidak sombong, jika pemimpin - tidak bermewah berlebihan.
(b) UTAMA KUALITI & FOKUS PENINGKATAN! Jangan buat secara remeh temeh, Tolak rasuh, tipu (contoh jual air yang boleh sembuh semua penyakit, air 30 juz etc), Act as leader not boss, Dahulukan dialog lebih daripada perintah (buat bila kita ada kuasa lebih), Tidak rasis & eksteme serta memaksa.
- Bagi makan isteri pun kira sedekah
(3) Berhikmah
- Ali Imran (3:110) Umat islam adalah sebaik-baik umat jika menyampaikan dakwah.
- Fussilat (41:33) Dakwah merupakan sebaik-baik perbuatan.
- Menurut Madarij Salikin :Hikmah ialah jangan tergesa-gesa nak implement sesuatu. Contoh nak implement hudud tapi hakim terima rasuh. Jadi mula-mula kena tunjukkan integrity dahulu. Sebab kalau tak , nanti kalau ada kes syubhah, tapi sebab hakim dapat rasuah,orang yang tak bersalah kena hukum.
(4) Menjelaskan berkenaan Islam
- Ustaz/ Pendakwah perlu mempunyai ilmu fiqh multikultural iaitu ilmu fiqh yang mampu bersaing dengan mereka yang berhujah dari pelbagai budaya, aliran , dan bahasa.
- Menjelaskan beza Islam dan ajarannya dengan Muslim serta kelemahannya
- Memahami kelemahan sistem moden sekular dan lain-lain serta bagaimana Islam punyai solusinya seperti kewangan Islam.
- Contoh persoalan seperti :
(a) Masuk Islam = Masuk melayu
(b) isu bin abdullah
(c) isu agama Islam tersebar melalui mata pedang
(d) perhambaan dalam islam
(e) hukuman murtad bagi keluar Islam
(f) poligami
(5) Highlight kehebatan Islam
- Mukjizat ketepatan al-Quran sudut bahasa, kandungan, dan faktanya.
- Kehebatan akhlak Nabi dan sahabatnya.
- Contoh Gary Miller kaji Quran untuk menentang Islam tapi akhirnya memeluk Islam.
(6) Fahami Mad'u & Sabar kerenahnya
- Asnaf Muallaf al-Qulub
- Hujurat (49:13) Berkenalan bukan dengan matlamat dunia tetapi akhirat.
- Taaruf membawa kepada Tafahum. Tafahum membawa kepada Takaful. Takaful Membawa kepada Takamul. (Sheikh Ali Qarradaghi, Dialog dan Nilai TOleransi dalam Islam)
- Sebab itu kena sekufu kalau nak kawin.
(7) Tidak cela, membalas sabar, & baiki diri
- An'aam (6:108) Larangan celaan sembahan penganut agama lain.
- al-Hijr (Ayat 97-98) Tasbih dan memuji Tuhan, dan bersujud apabila dimaki dan dicela orang kafir.
- Ali Imran (3:186) Pendekatan perbaiki diri dalam dakwah.
# Kelebihan Dakwah : Perumpamaan seperti mendapat Unta Merah. Unta Merah = Berjuta-juta harga.
Kita akan sambung dengan Bahagian seterusnya. Jumlah ada 4 bahagian oleh 4 penceramah berbeza. Nantikan.

Jaane~ zai jian~
Comments