learning (142) diary (104) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Thursday, November 10, 2016

Resepi - Tart Keju [Pic]

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa.

Kali ni nak berkongsi cara membuat 'cheese tart' . Orang lain dalam rumah buat tapi sedap. hoho Sebab kalau cari kat google, ada banyak teknik dan resepi untuk buat. Jadi ni paling simple tapi rasa sedap. Rasanya tak terlalu manis macam kat kedai, tapi tak la tawar. Sedang-sedang. Lepas makan memang rasa full betul. haha Kalau beli kat kedai, harga mungkin RM2.50 satu. Tapi dulu-dulu la. Sekarang tak tau la kalau besar ni orang cas berapa.
Cheese tart in the house~



Bahan-bahan Kulit :
1. Tepung gandum - 3 cawan
2. Tepung jagung - 1/2 cawan
3. Buttercup - 1 cawan (dipotong dadu dan disimpan di dalam peti sejuk. Dicampur ke dalam adunan sejuk-sejuk)

4. Garam - 2 sudu teh
5. Gula - 1 sudu teh
6. Air ais - 6-8 sudu teh
7. Telur kuning - dipukul- 1 biji

Teknik Membuat Kulit :
1) Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, garam, gula dan buttercup. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.

2) Masukkan air ais satu sudu, kemudian gaulkan. Masukkan lagi air ais sebanyak satu sudu, gaulkan lagi. Air yang dimasukkan hanyalah sekadar untuk menjadikan adunan doh yang boleh bercantum antara satu sama lain.

3) Air yang dimasukkan terlalu banyak akan mengakibatkan doh menjadi kurang rapuh dan keras. Manakala tempoh menguli yang terlalu lama juga boleh memberi kesan kepada darjah kerapuhan kulit.

4) Letakkan adunan di atas meja dan tekan dengan tapak tangan.

5) Masukkan dalam plastik dan tekan-tekan lagi.

6) Simpan dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya satu jam. Dan maksimum 2 hari.

7) Bentukkan dalam bekas dan bakar dalam oven.

Bahan-bahan Inti:
1. Telur - 1 biji
2. Cream cheese - 250g
3. Gula halus - 50g
4. Esen vanila - sedikit
5. Garam - sedikit

6. Blueberry jam (prefer yang ada rasa masam-masa skit)

Teknik : Pukul bahan 1-5 sampai kembang.

Akhir sekali letakkan juga blueberry jam dan cheese. Dan bakar sekali lagi dalam oven 10 min. Agak2 sampai telur tu masak la skit. Pastu simpan dalam peti bagi sejuk. Makan sejuk-sejuk baru sedap.

Ok, itu saja kali ini. Jaane~ Zai jian~

No comments: